v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Rakyat China Sambut Tahun Baru dengan Beriadah
2007-01-11 10:47:44 CRI

Seiring dengan perkembangan ekonomi China dan taraf kehidupan rakyatnya, kini rakyat China semakin mementingkan kesihatan. Dalam cuti sambutan tahun baru 2007, ramai warga China menyambut kedatangan Tahun Baru dengan beriadah.

Di Beijing, ibu kota China, disebabkan pada hari tersebut salji telah turun maka para penduduk Beijing memilih pusat riadah dan stadium sebagai tempat beriadah. Berdasarkan Ketua Pusat Riadah Qingniao Beijing Encik Chen Huayu, jumlah penduduk Beijing yang menjalankan aktiviti riadah di pusat mereka menjadi tiga kali ganda berbanding hari biasa.

Wartawan mendapati bahawa di pusat riadah itu, orang ramai sedang menikmati kegembiaraan beriadah. Encik Huang yang sedang menggunakan mesin larian dalam mesia lari memberitahu wartawan bahawa: "Aktiviti riadah dapat mengurangkan tekanan pekerjaan yang saya alami. Saya berpendapat bahawa beriadah pada hari pertama tahun baru ini menunjukkan keprihatinan saya terhadap kesihatan dan amat bererti bagi memulakan tahun baru."

Semasa cuti sambutan tahun baru, beberapa bandar seperti Shanghai, Guangzhou, Lanzhou dan lain-lain telah mengadakan aktiviti larian marathon sempena sambutan tahun baru dan menarik penyertaan ramai penduduk. Di bandar Lanzhou, barat China, hampir sepuluh ribu penduduk berhimpun di Lapangan Merah Timur pada pagi 1 Januari lalu untuk menyertai aktiviti larian marathon sempena sambutan tahun baru. Perlumbaan tersebut terdiri daripada 2 kategori iaitu lima kilometer dan 10 kilometer. Antara para peserta yang paling tua ialah 76 tahun, manakala yang paling muda hanya 9 tahun. Encik Chen Lei yang selesai berlari sejauk 10 kilometer menyatakan bahawa: "Kesihatan badan merupakan perkara yang penting bagi semua orang. Menyambut kedatangan tahun baru dengan cara larian marathon ini adalah amat positif. Ini bukan sahaja menunjukkan bahawa kami harus meningkatkan perhatian terhadap kesihatan sendiri, tetapi juga menunjukkan hasrat kami untuk bekerja dan menikmati hidup dengan baik."

Di bandar Haerbin, utara China. Suhu setempat telah menurun kepada lebih 20 darjah di bawah paras beku. Namun, hal ini tidak mengurangkan keghirahan penduduk di sana untuk beriadah. Hari pertama tahun baru 2007 juga merupakan "Hari Renang Pada Musim Sejuk". Seramai 180 orang peminat renang di luar musim sejuk telah datang ke sungai Songhuajiang untuk menyertai acara tersebut. Antara peserta tersebut yang paling tua berumur 74 tahun, manakala yang paling muda berumur enam tahun. Makcik Tong yang berumur 70 tahun dari Beijing datang ke sini khusus untuk menyertai aktiviti itu. Beliau berkata: "Saya seorang peminat renang pada musim sejuk dan sering menyertai aktiviti berenang ini. Saya berpendapat bahawa acara itu amat berfaedah bagi kesihatan, khususnya berfaedah bagi fungsi jantung dan paru-paru. Selain itu, acara tersebut turut merupakan cabaran terhadap diri saya sendiri. Saya menyambut kedatangan Tahun Baru dengan acara berenang di luar, oleh itu, saya berharap agar saya sihat pada sepanjang tahun 2007 ini."

Menyentuh tentang aktiviti tersebut, Prof. Huang Yaling dari Univertisi Sukan Beijing menyatakan bahawa sejajar dengan perkembangan ekonomi China, taraf kehidupan rakyat China juga semakin meningkat. Oleh itu, tuntutan mereka terhadap mutu kehidupan turut meningkat. Tahap kesihatan seseorang bukan semata-mata berganting kepada tiada menghidap penyakit. Akan tetapi, memiliki ciri fizikal dan psikologi yang harmoni menjadi matlamat yang lebih utama. Menyertai acara sukan bukan sahaja dapat meningkatkan kesihatan badan, mengurangkan tekanan pekerjaan pada hari biasa, tetapi juga turut menjadi teman serta mengayakan kehidupan rohani seseorang. Menyambut kedatangan tahun baru dengan cara beriadah menunjukkan peningkatan kesedaran kesihatan orang ramai.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |