v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pendidikan Pelbagai Bahasa di Sekolah Beijing
2007-01-31 15:41:00 CRI

Sukan Olimpik merupakan temasya sukan peringkat antarabangsa. Semasa Sukan Olimpik Beijing 2008 berlangsung kelak, para peserta yang bertutur dalam pelbagai bahasa akan datang ke Beijing. Sehubungan dengan itu, untuk menyediakan perkhidmatan yang sempurna, kerajaan Beijing bukan sahaja menggalakkan penduduk Beijing mempelajari bahasa Inggeris, tetapi juga turut mencadangkan kalangan remaja mengikuti pengajian dalam pelbagai bahasa. Kini, kempen "Sampaikan Salam kepada Seluruh Dunia" iaitu pelajaran pelbagai bahasa di sekolah merupakan salah satu kempen dalam usaha tersebut.

Kempen "Sampaikan Salam kepada Seluruh Dunia" dianjurkan bersama oleh Suruhanjaya Pelajaran Bahasa Asing Penduduk Beijing, Suruhanjaya Pendidikan Beijing dan Jabatan Urusan Luar Negara Kerajaan Beijing. Enam jenis bahasa asing yang diperkenalkan pada kali ini ialah bahasa Jepun, bahasa Perancis, bahasa Jerman, bahasa Rusia, bahasa Sepanyol dan bahasa Korea. Kebanyakan peserta yang terlibat dalam kempen tersebut ialah pelajar universiti dan sekolah menengah atas yang tidak pernah mempelajari bahasa-bahasa tersebut. Pihak penganjur telah menyediakan bahan bacaan dalam enam bahasa asing tersebut dan merakamkan VCD bagi pelajar itu dan penduduk Beijing yang ingin menyertai kempen tersebut secara percuma. Semasa memperkatakan tentang kempen tersebut, Naib Ketua Pusat Komunikasi Pendidikan Antarabangsa Beijing Encik Ding Shulin menyatakan bahawa: "Kempen 'Sampaikan Salam kepada Seluruh Dunia' mula diadakan pada 22 November tahun lalu dan akan dijalankan sepanjang Sukan Olimpik Beijing 2008 dilangsungkan. Kempen tersebut melibatkan kalangan pelajar di universiti dan sekolah menengah atas iaitu kalangan utama sukarelawan dalam temasya sukan itu. Kami menyediakan peluang pempelajaran secara percuma."

Kempen "Sampaikan Salam kepada Seluruh Dunia" mendapat sambutan meriah di pelbagai universiti dan sekolah menengah atas. Kini, 3000 bahan bacaan dan VCD telah habis dikeluarkan dan seramai lebih seribu orang telah menerima latihan. Difahamkan, kempen tersebut dijangkan akan mengadakan latihan kepada 25 ribu orang sehingga penghujung tahun ini.

Encik Ding berpendapat bahawa aktiviti tersebut diharap dapat memainkan peranan yang penting bagi menyediakan suasana Sukan Olimpik Beijing yang baik. Beliau berkata: "Tujuan kami menganjurkan aktiviti itu adalah untuk menyediakan suasana dan iklim bahasa yang baik bagi penganjuran Sukan Olimpik Beijing 2008. Di samping itu, kami berharap agar lebih ramai orang menaruh perhatian terhadap pembelajaran bahasa asing supaya lebih ramai orang bersedia untuk menjadi sukarelawan."

Para peserta aktiviti "Sampaikan Salam kepada Seluruh Dunia" tersebut merupakan pelajar universiti dan sekolah menengah atas yang tiada asas bahasa berkenaan. Adakah mereka mampu menjadi sukarelawan yang dapat menyediakan perkhidmatan bahasa asing dalam Sukan Olimpik Beijing hanya dengan mengikuti latihan selama setahun? Encik Ding menjelaskan bahawa: "Para peserta dalam aktiviti itu ialah pelajar yang tiada asas bahasa asing berkenaan. Berdasarkan latihan asas, kami bercadang akan mengadakan latihan peningkatan kemahiran bahasa berkenaan pada bulan April dan Mei tahun ini. Kami berharap agar para peserta dapat menjadi sukarelawan yang mampu menyediakan perkhidmatan bahasa dalam temasya sukan itu dan turut menyediakan bantuan kepada orang asing di China pada bila-bila masa."

Pertandingan Pertuturan Bahasa Perancis Pelajar Beijing sebagai salah satu komponen aktiviti itu telah diadakan baru-baru ini. Seramai lebih 200 orang daripada belasan sekolah yang menawarkan pengajaran bahasa Perancis di Beijing telah menyertai pertandingan itu. Selepas beberapa siri pertandingan, lapan orang pelajar daripada Universiti Bahasa-bahasa Asing Beijing, Universiti Komunikasi China, Universiti Bahasa-bahasa Asing Beijing kedua dan Universiti Rakyat China telah melayakkan diri dalam pertandingan akhir.

Puan Eva Martim daripada Kedutaan Besar Perancis di Beijing ialah salah seorang pengadil dalam pertandingan tersebut. Beliau amat mengagumi tahap pertuturan bahasa Perancis para peserta dan menyanjung tinggi aktiviti "Sampaikan Salam kepada Seluruh Dunia". Beliau berpendapat bahawa aktiviti yang seumpama itu berfaedah bagi mendorong pempopularan bahasa Perancis dan penganjuran Sukan Olimpik Beijing dengan jayanya. Beliau berkata: "Saya berpendapat bahawa lebih ramai orang menjadi sukarelawan adalah lebih baik. Bahasa Perancis merupakan salah satu bahasa yang popular di seluruh dunia dan turut digunakan dengan meluas dalam Sukan Olimpik. Aktiviti seumpama itu menggalakkan lebih ramai orang mempelajari bahasa Perancis, antaranya bukan sahaja kalangan pelajar, tetapi juga orang yang sudah bekerja."

Selepas pertandingan, ramai peserta menyatakan bahawa pertandingan tersebut merupakan cabaran besar bagi mereka dan mereka telah menyampaikan keinginan untuk menjadi sukarelawan dalam Sukan Olimpik Beijing 2008. Kang Yi, pemenang tempat pertama daripada Universiti Bahasa-bahasa Asing Beijing kedua telah mendaftar sebagai sukarelawan Sukan Olimpik Beijing baru-baru ini. Beliau melahirkan harapan agar dapat menggunakan kelebihannya dalam bahasa asing untuk menyumbang usaha dalam menjayakan Sukan Olimpik Beijing. Semasa diwawancara oleh wartawan, beliau menyampaikan harapan semoga Sukan Olimpik Beijing dapat dijayakan dengan baik dan mengalu-alukan kedatangan para tetamu dari seluruh dunia. Beliau menyatakan dalam bahasa Perancis bahawa: "Sukan Olimpik sebagai temasya sukan peringkat antarabangsa akan menarik penyertaan banyak pihak. Dalam pada itu, setiap orang tanpa mengira warna kulit akan mengalami kegembiraan dan keharmonian. Di sini, saya berharap semoga Sukan Olimpik Beijing 2008 dapat dijayakan dengan cemerlang."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |