v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pasukan Bola Sepak Wanita China Buat Persiapan Bagi Sukan Olimpik Beijing
2007-02-07 10:13:40 CRI

Baru-baru ini, Pertandingan Bola Sepak Wanita Empat Negara diadakan di bandar Guangzhou, selatan China. Pasukan Jerman iaitu juara dunia, pasukan A.S. yang meraih pingat emas dalam Sukan Olimpik Athens, pasukan Britain iaitu sebagai pasukan yang hebat di Eropah dan pasukan China telah menyertai pertandingan itu. Pasukan bola sepak wanita China berada dalam kemerosotan pada beberapa tahun kebelakangan ini. Oleh itu, pertandingan itu merupakan peluang yang berharga bagi mereka sebagai persiapan bagi Sukan Olimpik Beijing 2008.

Pasukan bola sepak wanita pernah mencapai kecemerlangan pada masa lalu. Mereka pernah meraih pingat perak dalam pertandingan Sukan Olimpik Atlanta 1996 dan menjadi naib juara dalam Piala Dunia Bola Sepak Wanita 1999. Dalam arena bola sepak wanita, pasukan China dianggap sebagai salah sebuah pasukan yang hebat. Akan tetapi, pada tahun-tahun kebalakangan ini, persembahan pasukan bola sepak wanita China kurang memuaskan hati orang ramai. Dalam pertandingan dengan pasukan Jerman, A.S. dan pasukan hebat dunia yang lain, kekalahan lebih banyak daripada kemenangan. Di Asia, pasukan China kerap kali dikalahkan oleh pasukan DPRK yang semakin hebat dalam acara itu.

Walau bagaimanapun, peminat bola sepak China tetap memberi harapan tinggi kepada pasukan bola sepak wanita China untuk mencapai kejayaan dalam Sukan Olimpik Beijing 2008. Kejayaan yang pernah dicapai dan harapan tinggi para peminat telah mendorong pasukan bola sepak wanita China mengatasi pelbagai kesukaran. Sehubungan dengan itu, Persatuan Bola Sepak China dan pasuka bola sepak wanita China mengambil banyak tindakan. Pada awal tahun 2004, Persatuan Bola Sepak China telah meningkatkan latihan terhadap pemain bola sepak wanita muda China. Dalam Kejohanan Dunia Bola Sepak Wanita Remaja 2004 dan 2006, pasukan bola sepak wanita remaja China telah menjadi naib johan. Hampir 10 orang pemain unggul antara mereka telah menganggotai pasukan bola sepak wanita China. Keanggotaan mereka meningkatkan semangat pasukan China. Dalam Pertandingan Empat Negara tersebut, pasukan itu telah memberi persembahan yang baik. Mereka telah mengalahkan pasukan Britain dengan mata 2:0, 0:0 seri dengan pasukan Jerman yang menduduki tangga pertama di dunia sekarang serta dikalahkan oleh pasukan A.S. dengan mata 0:2. Pasukan China akhirnya berjaya menjadi naib juara. Jurulatih pasukan China Wang Haiming berpendapat bahawa melalui penyertaan dalam pertandingan, anggota pasukan China telah meningkatkan keyakinan untuk mencapai kejayaan dalam Sukan Olimpik Beijing 2008. Beliau berkata:"Melalui pertandingan itu, kami telah menetapkan hala tuju perkembangan, cara dan gaya pasukan bola sepak wanita China pada masa depan dan meningkatkan keyakinan diri."

Selepas pertandingan antara pasukan A.S. dengan China, ketua jurulatih pasukan A.S. Greg Ryan turut menyanjung persembahan pasukan China. Beliau berkata:"Persembahan pasukan China dalam pertandingan separuh masa kedua adalah baik. Walaupun ketinggalan, namun semangat mereka masih kental. Walapu mereka gagal mencapai kejayaan, akan tetapi saya tetap ingin mengucapkan tahniah atas persembahan mereka dalam pertandingan separuh masa kedua."

Memang seperi kenyataan Greg Ryan, pasukan bola sepak wanita China memperlihatkan semangat mereka yang hebat dalam pertandingan itu. Perkara yang lebih penting ialah beberapa pemain muda memberi persembahan yang baik. Sehubungan dengan itu, jurulatih pasukan China Wang Haiming menyatakan bahawa pencalonan ramai pemain muda bertujuan untuk membuat persiapan bagi Sukan Olimpik Beijing 2008. Beliau berkata:"Kami menghantar beberapa pemain muda dalam pertandingan itu bertujuan untuk menyediakan peluang kepada mereka supaya berkembang dan mempertimbangkan tanggungjawab pasukan kami pada tahun 2007 dan 2008."

Penyertaan pemain muda tentu akan memberi tenaga kepada pasukan China, akan tetapi satu masalah baru turut muncul iaitu koordinasi pemain berpasukan. Dalam pertandingan dengan pasukan Jerman dan A.S. telah mendedahkan kekurangan pasukan China dalma teknik menyampaikan bola. Pemain China Han Duan berpendapat bahawa pasukan China mesti meningkatkan latihan bagi teknik menyampaikan bola. Beliau berkata:"Kami harus meningkatkan teknik menyampaikan bola. Sekiranya kami kekurangan teknik itu semasa menghadapi pasukan hebat, maka kami sukar bagi kami untuk mengalahkan pihak lawan."

Pemain muda pasukan bola sepak wanita China Yue Min turut menyatakan bahawa dasar persiapan pasukan China untuk Sukan Olimpik Beijing 2008 adalah untuk meningkatkan latihan dari segi teknik dan taktik, menggunakan kelebihan taktik untuk berjuang dengan pasukan Eropah dan A.S. yang mempunyai ciri fizikal yang baik. Beliau berkata: "Meneruskan keunikan pasukan bola sepak wanita China pada masa lalu dan meningkatkan kemampuan dari segi taktik. Mereka mempunyai keunikan diri, kami juga mempunyai keunikan diri. Sekiranya kami dapat mempersembahkan kemampuan kami dalam pertandingan, maka kami akan dapat bertanding dengan pasukan hebat."

Pandangan Han Duan dan Yue Min mewakili pandangan utama orang ramai terhadap arah perkembangan pasukan bola sepak wanita China. Jurulatih Wang Haiming yakin bahawa sekiranya pasukan China meningkatkan terus teknik dan taktik, maka pasukan China tentu akan dapat mengurangkan jurang perbezaan dari segi permainan dengan pasukan hebat di dunia dan mencapai kejayaan dalam Sukan Olimpik Beijing 2008. Beliau berkata:"Kami berusaha untuk mengurangkan jurang perbezaan dengan pasukan hebat di dunia. Saya berpuas hati dengan gaya permainan kami. Kami akan mengekalkan gaya teknik sendiri. Pemain muda kami amat berkeyakinan terhadap diri mereka sendiri."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |