v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Beijing Berusaha Perbaiki Iklim Beijing Beri Peluang Penganjuran Sukan Olimpik 2008
2007-02-14 11:18:35 CRI

Semasa Beijing memohon penganjuran Sukan Olimpik 2008 pada masa lalu, Beijing telah berjanji kepada seluruh dunia bahawa Beijing akan memperbaiki iklim bandar itu jika diberi peluang penganjuran Sukan Olimpik Beijing 2008. Seiring dengan perjalanan persiapan bagi temasya sukan itu, iklim Beijing turut mengalami perubahan besar. Baru-baru ini, kerajaan Beijing telah mengumumkan kejayaan yang dicapai oleh pihaknya dalam bidang pembaiki iklim bandar itu serta rancangan pada tahun ini.

Sama seperti banyak bandar raya lain yang sedang dalam pembangunan, terdapat banyak gejala yang berbeza dalam imej Beijing. Contohnya, bangunan tinggi dekat dengan rumah setingkat, jalan raya yang luas dan struktur pembangunan yang kacau bilau dan lain-lain. Pihak perancang pembinaan bandar Beijing sentiasa berusaha untuk mengubah situasi tersebut. Penganjuran Sukan Olimpik Beijing menyediakan satu peluang bagi meningkatkan perubahan itu. Bandar Beijing menubuhkan pusat penyempurnaan iklim Beijing 2008 yang bertanggungjawab atas usaha pembinaan bangunan, pembinaan kemudahan infrastruktur dan penyusunan semula orde sosial.

Berdasarkan kenyataan ketua pengarah pusat itu, usaha penyempurnaan iklim Beijing telah menyelesaikan pengurusan terhadap masalah pada masa ini dalam pada tahun 2006. 2007 merupakan tahun yang penting bagi persiapan Sukan Olimpik Beijing 2008. Beliau berkata:"Beijing telah mencapai kejayaan dalam usaha perlindungan persekitaran pada beberapa tahun kebelakangan ini. Akan tetapi masih terdapat tempat yang kurang memuaskan hati. Oleh itu, menyediakan persekitaran yang baik bukan sahaja merupakan syarat bagi penganjuran Sukan Olimpik Beijing 2008, tetapi juga merupakan hasrat dan tuntuan rakyat Beijing."

Usaha mereka pada tahun lalu bertujuan untuk mengatasi "kampung di dalam bandar" yang bermaksud beberapa tempat kediaman penduduk yang lama dan persekitarannya agak daif. Di sana, terdapat bangunan yang haram dan keadaan jalan penuh sesak. Ini menjejaskan persekitaran dan lalu lintas Beijing. Pada tahun 2006, 55 tempat seumpama itu dibatalkan di Beijing. Persekitaran di kawasan tersebut diperbaiki dengan ketara. Lu Haijun menjelaskan bahawa antaranya satu "kampung di dalam bandar" yang terletak di selatan jalan lingkungan kedua diubah sebagai satu taman bunga terbuka. Taman bunga itu menjadi tempat beriadah penduduk di sana. Manakala penduduk yang tinggal di sana pada masa dahulu dipindah ke tempat kediaman baru.

Encik Lu Haijun menyatakan bahawa beberapa "kampung di dalam bandar" terletak di lorong lama yang mempunyai cirri-ciri tradisional China. Oleh itu, semasa memperbaiki persekitaran tempat tersebut, pihak kerajaan Beijing bukan sahaja mengutamakan pembaiki persekitaran di kawasan itu, tetapi juga menegaskan pemeliharaan dan pembaikpulihan terhadap kebudayaan tradisional. Tindakan tersebut mendapat sanjungan pakar berkenaan. Encik Lu menjelaskan bahawa:"Encik Shu Ji, anak lelaki penulis terkenal China Lao She biasanya menyangkal pembaikpulihan terhadap 'kampung di dalam bandar', akan tetapi beliau menyanjung tinggi tindakan kali ini. Beliau menerbitkan rencana dalam surat khabar yang berbunyi bahawa 'datanglah cepat, lihatkan taman bunga yang amat indah permai itu, saya sangat sukannya.'"

Semasa menyebut usaha pembaikan persekitaran pada tahun 2007, Encik Lu Haijun berkata bahawa, usaha kami pada tahun ini memfokuskan pembinaan persekitaran di jalan utama, kawasan utama, kawasan sekeliling stadium Sukan Olimpik Beijing, kedua-dua belah garisan lalu lintas Sukan Olimpik Beijing, meningkatkan pembaikiN persekitaran di kawasan yang menyambung bandar dan kampung serta meningkatkan mutU persekitaran di Beijing. Beliau turut menjelaskan bahawa dalam usaha tersebut, mereka telah membatalkan bangunan yang dibina secara haram dan menanam rumput hiasan.

Pada tahun 2007, perancang pembangunan bandar Beijing bercadang menggabungkan keunikan Olimpik dengan keunikan bandar Beijing bagi menggubal cadangan pembinaan pemandangan yang indah supaya menyediakan suasana yang meriah sambutan Sukan Olimpik Beijing 2008. Tambah beliau, pembinaan persekitaran merupakan kompenen penting untuk mewujudkan cadangan "Beijing yang Baru, Olimpik yang Baru". "Olimpik yang Baru" merupakan peluang, maka membangunkan bandar Beijing merupakan tujuan utama. Beliau menyeru orang ramai, pertubuhan kalangan rakyat dan tokoh-tokoh pelbagai lapisan masyarakat

Menaruh harapan dalam pembangunan bandar dan pembaikan persekitaran. Diharapkan melalui usaha yang berterusan, bandar Beijing menjadi salah sebuah Bandar yang sesuai untuk penginapan orang ramai. Beliau berkata:"Mendapat peluang menganjurkan Sukan Olimpik Beijing 2008, kami menyusun semula persekitaran, memperbaiki persekitaran kehidupan rakyat Beijing dan menjadikan penduduk Beijing hidup dalam persekitaran yang indah permai, seronok dan harmoni. Ini merupakan hasrat kami."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |