v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

China Dorong Program Riadah Rakyat China dalam Persiapan Sukan Olimpik Beijing 2008
2007-02-28 14:34:46 CRI

Naib Ketua Pengarah Biro Sukan Rakyat Jabatan Pentadbiran Am Sukan Negara China Encik Xu Chuan dalam sidang akhbar yang diadakan oleh Suruhanjaya Penganjur Sukan Olimpik Beijing pada 14 Februari lalu menyatakan bahawa jabatan itu akan mengadakan 65 aktiviti kesukanan secara besar-besaran yang bertema "cadangan riadah rakyat maju bersama dengan Olimpik" di seluruh negara China pada tahun ini. Tindakan tersebut bertujuan untuk mendorong program riadah rakyat China di samping menyediakan suasana bagi penganjuran Sukan Olimpik Beijing 2008.

Encik Xu Chuan berpendapat bahawa tahun 2007 merupakan tahun yang penting bagi membuat persiapan Sukan Olimpik Beijing 2008. Melaksanakan aktiviti kesukanan rakyat pada tahun ini bukan sahaja berfaedah bagi mendorong perhatian umum terhadap Sukan Olimpik, tetapi juga berfaedah bagi mendorong riadah rakyat China. Sehubungan itu, proses persiapan bagi Sukan Olimpik Beijing menjadi proses bagi mendorong rakyat China meningkatkan kesihatan dan ciri fizikal sendiri.

Encik Xu Chuan menyatakan bahawa tanggungjawab Jabatan Pentadbiran Am Sukan Negara China bukan sahaja merupakan usaha melatih lebih ramai atlet yang unggul. Melaksanakan aktiviti riadah rakyat dan meningkatkan ciri fizikal rakyat China turut merupakan tugas asas bagi jabatan itu. Beliau berkata: "Melaksanakan latihan terhadap atlet China yang akan menyertai Sukan Olimpik Beijing 2008 merupakan salah satu tugas utama bagi jabatan kami. Akan tetapi, perkara yang lebih penting ialah meningkatkan ciri fizikal rakyat China. Semasa menyediakan persiapan bagi temasya sukan, kami tidak harus mengabaikan usaha dalam bidang tersebut."

Semasa memperkatakan riadah rakyat, salah satu konsep yang harus diperhatikan ialah "penduduk yang bersukan". Penduduk yang bersukan bermaksud kalangan yang menyertai aktiviti sukan tiga kali seminggu, setengah jam setiap kali dan tahap kekuatan bersukan adalah pertengahan. Kadar penduduk bersukan berhubung rapat dengan tahap pembangunan sosioeknomi. Walaupun jabatan kesukanan China selalu berusaha mendorong riadah rakyat di China, akan tetapi disebabkan oleh sekatan tahap pembangunan ekonomi yang terbatas, kadar penduduk bersukan di China masih rendah berbanding negara-negara maju. Encik Xu Chuan menyatakan bahawa diharapkan atas peluang penganjuran Sukan Olimpik Beijing, jumlah penduduk bersukan di China meningkat dengan ketara dalam beberapa tahun akan datang. Beliau berkata:"Biasanya, kadar penduduk bersukan di negara-negara maju mencapai 50% hingga 60%, yang lebih tinggi dapat mencapai 70%. Berdasarkan tinjauan, kadar penduduk bersukan di China tidak mencapai 34% pada tahun 2000. Banci penduduk bersukan kali ketiga sedang dilaksanakan. Data akhir kami belum tahu lagi. Matlamat kami ialah kadar penduduk bersukan di China mencapai 40% pada tahun 2010."

Perkara yang memuaskan hati ialah seiring dengan pelaksanaan sistem cuti dua hari dalam seminggu, cuti Hari Kebangsaan, cuti Hari Buruh Antarabangsa yang berlangsung selama tujuh hari, masa lapang rakyat China turut meningkat. Sehubungan dengan itu, semakin ramai orang menyertai aktiviti beriadah. Di samping menggalakkan kalangan pekerja menyertai aktiviti beriadah ia diharap dapat menjadi kesedaran pendapatan umum. Encik Xu Chuan menjelaskan bahawa disebabkan oleh peningkatan kesedaran beriadah rakyat China, pelbagai aktiviti sukan besar-besaran yang diadakan pada beberapa tahun kebelakangan ini turut mendapat sambutan meluas kalangan rakyat China. Beliau berkata:

"Kami tidak bimbang tidak ada peserta semasa mengadakan aktiviti sukan pada masa ini. Sebaliknya, perkara yang membimbangkan kami ialah jumlah pendaftar agak tinggi dan skop aktiviti itu adalah terhad."

Encik Xu Chuan menyatakan bahawa berdasarkan cadangan aktiviti "cadangan riadah rakyat maju bersama dengan Olimpik", Jabatan Pentadbiran Am Sukan Negara China akan mengadakan 65 buah temasya sukan yang besar-besaran di seluruh negara, antaranya termasuklah acara yang diminati ramai di China seperti acara mendaki gunung, berenang, tenis, senam robik, perlumbaan perahu naga dan lain-lain. Kesemua aktiviti itu akan dilangsungkan dalam tahun 2007. Hampir setiap bulan diadakan aktiviti. Di samping itu, Jabatan Pentadbiran Am Sukan Negara China menggalakkan badan sukan pelbagai peringkat di China turut mengadakan aktiviti sukan tempatan pada tahun 2007.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |