v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Beijing Berusaha Tingkatkan Tahap Perkhidmatan Kesukanan Semasa Membuat Persiapan Sukan Olimpik Beijing 2008
2007-03-07 14:00:38 CRI

Tahun 2007 merupakan tahun yang penting bagi persiapan Sukan Olimpik Beijing 2008. Ini juga menyediakan peluang perkembangan bagi industri kesukanan rakyat China. Kerajaan Beijing berharap agar peluang tersebut dapat meningkatkan tahap perkhidmatan kesukanan di Beijing dan supaya menyediakan perkhidmatan yang lebih sempurna serta memuaskan hati kepada rakyat Beijing. Sehubungan dengan itu, Biro Sukan Beijing telah mengumumkan beberapa tindakan baru-baru ini.

Biro Sukan Beijing telah mengadakan sidang akhbar tentang keadaan cadangan riadah rakyat Beijing di pusat penerangan Olimpik Beijing pada 28 Februari lalu. Dalam sidang akhbar tersebut, Naib Ketua Biro Sukan Beijing Encik Sun Xuecai menyatakan bahawa mereka akan terus berusaha untuk menyediakan kemudahan sukan yang lebih sempurna kepada rakyat Beijing, mengadakan pelbagai aktiviti kesukanan dan menyediakan suasana Olimpik yang baik di Beijing. Beliau berkata, setakat ini, terdapat 21 kawasan kediaman yang mempunyai kemudahan riadah yang sempurna dan kerajaan Beijing bercadang untuk memperuntukkan enam juta Yuan RMB pada tahun ini bagi menubuhkan 20 lagi kawasan seumpama itu supaya lebih ramai penduduk Beijing menyertai cadangan riadah rakyat.

Beijing akan mengadakan siri aktiviti kesukanan bagi sambutan Sukan Olimpik Beijing 2008 pada tahun ini. Dijangka 11 jenis aktiviti riadah rakyat akan diadakan secara besar-besaran, antaranya termasuklah pertandingan acara pingpong, bola sepak, bola keranjang, badminton dan acara tradisional China seperti tarian Singa, tarian Naga dan lain-lain. Penduduk Beijing, pekerja atau kakitangan migrasi di Beijing dan orang kurang upaya turut boleh menyertai aktiviti itu. Ketua Biro Sukan Beijing Encik Sun Kanglin menyatakan bahawa sekiranya kesemua perancangan berjalan lancar, maka acara pingpong yang akan diadakan di lapangan Tian'anmen dan bakat disertai oleh puluhan ribu orang. Beliau berkata: "Kami akan mengadakan pertandingan acara pingpong yang bakat menarik penyertaan puluhan ribu orang di lapangan Tian'anmen. Ini merupakan salah satu aktiviti bersempena dengan kempen pertandingan acara pingpong "piala kawasan kediaman harmoni". Kempen "piala kawasan kediaman harmoni" akan menarik puluhan ribu orang. Pada masa ini kami telah mengemukakan cadangan kepada Biro Keselamatan Awam Beijing dan Suruhanjaya Kawalan Lapangan Tian'anmen. Persiapan bagi aktiviti itu sedang dijalankan. Sekiranya cadangan itu diluluskan, kami akan mengadakan satu pertandingan pingpong di lapangan Tian'anmen yang belum pernah diadakan pada masa dulu."

Selain itu, Beijing akan turut mengadakan 10 pertandingan sukan antarabangsa yang termasuklah pertandingan Snooker terbuka China 2007, pertandingan ragbi NFL A.S., pertandingan bola sepak antara pasukan kelab Guoan Beijing dengan pasukan kelab Barcelona Sepanyol, pertandingan tennis terbuka China, pertandingan NBA sebelum musim pertandingan dan lain-lain. Sehubungan dengan itu, rakyat Beijing dapat menyaksikan pertandingan antarabangsa yang bertaraf tinggi. Beberapa pertandingan tersebut akan diadakan di stadium Sukan Olimpik Beijing. Ini merupakan pemeriksaan awal bagi mengenal pasti prestasi stadium itu. Antara kesemua pertandingan tersebut, pertandingan bola sepak antara pasukan Guoan Beijing dengan pasukan Barcelona Sepanyol tentu akan menarik perhatian para peminat bola sepak di Beijing. Semasa memperkatakan pertandingan itu, Encik Sun Kanglin berkata:"Saya baru kembali dari Barcelona pada minggu lalu. Saya telah mengadakan rundingan dengan kelab bola sepak Barcelona dan menandatangani perjanjian. Pertandingan bola sepak antara pasukan Guoan China dengan pasukan Barcelona akan diadakan pada 3 atau 5 Ogos nanti. Tempat pertandingan akan diadakan Stadium Buruh Beijing. Stadium itu sedang dibaikpulihkan sekarang untuk Sukan Olimpik Beijing 2008. Kami sedang berbincang dengan Pusat Komander Projek Sukan Olimpik Beijing dan diharapkan pembaikpulihan itu dapat diselesaikan sebelum pertandingan bola sepak tersebut. Kami turut bercadang untuk mengadakan pertandingan ragbi A.S. di stadium itu pada tahun ini."

Untuk menjadikan riadah sebagai rutin kehidupan rakyat Beijing dan lebih ramai orang mempunyai pengetahuan tentang acara sukan, mak kerajaan Beijing akan berusaha untuk menyediakan peluang pertukaran antara rakyat Beijing dengan pemain unggul pada tahun 2007. Satu aktiviti yang bertema "tiada jurang antara rakyat dengan bintang sukan Olimpik" akan diadakan pada bulan Julai nanti. Ketua Biro Sukan Beijing Encik Sun Kanglin menjelaskan bahawa:"Kami bercadang untuk membawa beberapa orang pelajar sekolah rendah dan menengah ke pusat latihan pemain China dan mempelawa pemain unggul dalam pasukan negara China seperti juara acara pingpong Sukan Olimpik Zhang Yining dan juara acara bola tampar Sukan Olimpik Feng Kun mengadakan rundingan dengan para pelajar. Aktiviti itu bukan sahaja dapat mempamerkan semangat gigih para pemain China, tetapi juga dapat mendorong perkembangan riadah rakyat Beijing."

Wartawan difahamkan bahawa untuk menyediakan lebih banyak kemudahan riadah bagi rakyat Beijing, Biro Sukan Beijing sedang mempertimbangkan penyediaan perkhidmatan "kad riadah rakyat" kepada penduduk Beijing. Dengan memiliki kad tersebut, rakyat Beijing boleh mengunjungi setiap kelab riadah yang terdapat di Beijing. Encik Sun Kanglin menyatakan bahawa:"Persatuan Riadah Beijing telah mengadakan sidang khas untuk membincangkan "kad riadah rakyat". Kami bercadang bahawa penduduk Beijing dapat menyertai setiap kelab di Beijing dengan kad itu. Tindakan tersebut dapat menjimatkan masa dan wang para peserta. Walaupun masih memerlukan sedikit masa, tetapi kami akan berusaha untuk mewujudkan cadangan itu."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |