v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Warisan yang Ditinggalkan kepada China Setelah Sukan Olimpik Beijing 2008 Selesai Dianjurkan
2007-03-14 11:25:25 CRI

Sidang Tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) dan Sidang Tahunan Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat China (CPPCC) sedang diadakan di Beijing. Semasa memperbincangkan "laporan kerja kerajaan China" yang dibentangkan oleh Perdana Menteri China Wen Jiabao, para peserta amat menaruh perhatian kepada Sukan Olimpik Beijing 2008. Kini, persiapan bagi Sukan Olimpik Beijing 2008 telah memasuki fasa yang penting, pelbagai persiapan sedang berjalan lancar, namum begitu, para peserta telah menumpukan perhatian kepada masa selepas berlangsungnya temasya sukan itu. Perhatian umum lebih tertumpu pada kesen ketara yang ditinggalkan kepada China dan seluruh dunia setelah Sukan Olimpik Beijing 2008 selesai dianjurkan.

Sejak Beijing memperoleh hak penganjuran Sukan Olimpik 2008 pada 13 Julai tahun 2001, bandar ini telah menggubal cadangan persiapan yang terperinci dan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Projek pembinaan stadium bagi Sukan Olimpik Beijing 2008 mula dilaksanakan pada penghujung tahun 2003.

Ramai peserta dalam sidang tahunan NPC dan CPPCC tersebut berharap agar mereka dapat melawat ke tapak pembinaan stadium itu. Delegasi dari provinsi Sichuan telah melawat Stadium Negara iaitu tempat yang upacara perasmian dan penutupan Sukan Olimpik Beijing 2008 akan diadakan kelak. Mereka telah mengetahui keadaan pembinaan stadium itu. Di samping melahirkan kepuasan hati terhadap pembinaan projek itu, beberapa wakil turut berharap agar mereka dapat mengetahui jangkaan penggunaan stadium itu selepas Sukan Olimpik Beijing 2008 selesai dianjurkan. Wakil Kongres Rakyat Kebangsaan China Qvmushiha turut menaruh perhatian terhadap isu itu. Beliau berkata: "Stadium untuk upacara perasmian temasya sukan kelak itu amat istimewa dan mempunyai banyak peruntukan. Kami bukan sahaja menaruh perhatian terhadap upacara perasmian itu, bahkan juga turut menumpukan perhatian kepada penggunaan stadium itu selepas Sukan Olimpik Beijing berlangsung."

Pada tahun 1990, Beijing buat pertama kalinya telah menganjurkan Sukan Asia. Kini, kampung Sukan Asia telah menjadi tempat utama bagi rakyat Beijing untuk beriadah, menyaksikan pertandingan sukan dan persembahan kebudayaan. Stadium yang sedang dibina atau diperbaiki bagi Sukan Olimpik Beijing tentu akan memberi faedah kepada rakyat China.

Berdasarkan cadangan, pembinaan gelanggang Sukan Olimpik Beijing lebih mengutamakan fungsinya dalam bidang sukan, kebudayaan, pameran, perdagangan, pelancongan dan riadah supaya gelanggang tersebut boleh memainkan peranannya dengan sedapat mungkin selepas temasya sukan itu selesai dianjurkan.

Selepas Sukan Olimpik Beijing 2008 selesai dianjurkan, Stadium Negara China tersebut akan menjadi tempat latihan bagi pasukan bola sepak Guoan Beijing serta pusat perdagangan dan riadah. Naib Ketua Pengurus Syarikat Stadium Negara China Bhd Encik Zhang Hengli menyatakan bahawa: "Selepas Sukan Olimpik Beijing 2008 selesai dianjurkan, kami akan menyempurnakan beberapa kemudahan perniagaan seperti bilik-bilik VIP dan hotel secara berperingkat-peringkat."

Menurut pengalaman lepas, setiap penganjuran Sukan Olimpik boleh mendatangkan faedah dalam jangka panjang kepada bandar tuan rumah. Sebenarnya, pembinaan gelanggang hanya merupakan bahagian yang kecil, sebenarnya Beijing sedang mempercepat pembinaan kemudahan infrastruktur dan berusaha bagi menunaikan janji mengenai "Olimpik Hijau". Tidak syak lagi, Sukan Olimpik Beijing 2008 akan meninggalkan warisan Olimpik yang mempunyai keistimewaan. Wakil Kongres Rakyat Kebangsaan China yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing Encik Liu Qi menyatakan bahawa: "Persiapan Sukan Olimpik Beijing telah mendorong perkembangan bandar Beijing. Kawalan bandar, persekitaran bandar dan perkhidmatan di Beijing telah meningkat kepada satu tahap yang baru."

Ahli Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat China yang juga Penolong Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing Encik Tu Mingde berpendapat bahawa atas dorongan persiapan bagi Sukan Olimpik Beijing 2008, perkembangan sosioekonomi Beijing dan taraf kehidupan rakyat Beijing semakin meningkat. Kesemua itu merupakan faedah yang didatangkan oleh Sukan Olimpik Beijing. Beliau berkata: "Dalam persiapan Sukan Olimpik Beijing, perkembangan Beijing meningkat kepada tahap yang baru. Pembinaan jalan raya, kemudahan infrasturuktur, pembaikpulihan rumah turut memberi faedah kepada rakyat. Apakah warisan Olimpik? Saya berpendapat inilah warisan Olimpik."

Seiring dengan perkembangan bandar, ekonomi Olimpik semakin memainkan peranan sebagai pendorong ekonomi. Berdasarkan kenyataan Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Beijing, atas dorongan ekonomi Olimpik, KDNK Beijing dijangka akan mencapai 630 bilion Yuan RMB pada tahun 2008 dan KDNK setiap penduduk akan melebihi 5000 dolar Amerika.

Semasa memperkatakan dorongan penganjuran Sukan Olimpik Beijing terhadap perkembangan ekonomi China, ahli Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat China yang juga tokoh terkenal dalam arena ekonomi China Encik Zhu Congjiu menyatakan pandangannya bahawa: "Saya berpendapat bahawa bertolak dari segi arah aliran perkembangan pembaharuan, dasar negara dan usaha kami, Sukan Olimpik Beijing tentu akan dapat memainkan peranan sebagai pendorong kepada ekonomi China."

Dalam persiapan Sukan Olimpik Beijing 2008, Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing amat mengutamakan pembudayaan semangat Olimpik. Pihaknya telah mengadakan beberapa aktiviti. Mereka telah mengagihkan 800 ribu buku tentang pengetahuan Olimpik kepada sekolah di seluruh negara China. Pada penghujung tahun ini, China akan menubuhkan 500 buah sekolah contoh pendidikan sukan Olimpik. Puan Shi Ying sebagai wakil Kongres Rakyat Kebangsaan China yang juga seorang profesor di universiti menyatakan bahawa selepas penganjuran Sukan Olimpik Beijing, semangat Olimpik tentu boleh dikembangkan kepada kalangan rakyat China. Beliau berkata: "Selepas penganjuran Sukan Olimpik Beijing, kami akan terus mengekalkan semangat Olimpik seperti persaingan, persahabatan, persatupaduan dan perjuangan."

Cadangan pendidikan Olimpik yang sedang dilaksanakan oleh Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing telah mendapat sanjungan tinggi Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa. Pengerusi jawatankuasa itu Encik Jacques Rogge menyatakan bahawa usaha tersebut akan menjadi warisan yang berharga bagi Sukan Olimpik Beijing.

 

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |