v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pengambilan Sukarelawan Sukan Olimpik Beijing Menarik Perhatian Pelajar Warga Republik Korea di Beijing
2007-03-21 12:16:40 CRI

Pelbagai persiapan bagi Sukan Olimpik Beijing 2008 sedang berjalan lancar. Antaranya pengambilan sukarelawan merupakan salah satu kerja yang penting. Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing bercadang untuk memulakan aktiviti pengambilan sukarelawan di luar negara China pada penghujung Mac nanti dan secara rasmi menerima borang pendaftaran sukarelawan warga asing. Ramai pelajar asing di Universiti Perguruan Beijing menumpukan perhatian terhadap Sukan Olimpik Beijing 2008. Mereka berharap agar dapat menyaksikan temasya sukan itu dan memberi sumbangan mereka sendiri. Sehubungan dengan itu, baru-baru ini wartawan CRI telah mewawancara beberapa pelajar Republik Korea di universiti itu.

Kim Dae Su, 27 tahun, bekerja di sebuah syarikat di Republik Korea sebelum melanjutkan pengajian di Beijing. Beliau telah belajar di Beijing selama enam bulan. Beliau berkata bahawa dalam setiap hari di Beijing, beliau boleh merasai suasana sambutan Sukan Olimpik Beijing 2008. Beberapa orang antara rakan China Kim Dae Su telah menyertai pengambilan sukarelawan temasya sukan itu. Oleh itu, beliau turut berharap agar dapat menjadi salah seorang sukarelawan Sukan Olimpik Beijing 2008. Beliau berkata:"Saya sedang belajar di China. Sekiranya saya dapat menjadi seorang sukarewalan, maka saya boleh menggunakan pengetahuan yang saya pelajari dan memperoleh lebih banyak peluang baru. Selain itu, saya boleh menyaksikan sebenar pertandingan di stadium dan bukannya melalui stesen TV, pada pendapat saya cara itu tentu lebih seronok."

Walaupun semasa diwawancara, kerja pengambilan sukarelawan warga asing masih belum dimulakan, akan tetapi Kim Dae Su telah membuat perancangan yang terperinci tentang usahanya setelah menjadi seorang sukarelwan Sukan Olimpik Beijing 2008 kelak. Beliau berkata: "Sekiranya saya mampu, saya berhasrat untuk cuba bekerja dalam semua sektor. Sekirannya saya menjadi seorang sukarelawan, saya akan menunjukkan jalan kepada penonton di stadium dan memberitahu mereka tentang pertandingan yang berlangsung pada hari itu. Pada hemat saya kerja itu amat bererti."

Kawan sekelas Kim Dae Su, Lee Sang Yoon turut merupakan seorang "peminat China". Semasa memperkatakan Sukan Olimpik Beijing 2008, beliau amat teruja. Beliau berkata: "Saya amat menaruh perhatian terhadap Sukan Olimpik Beijing 2008, sebab Republik Korea pernah menganjurkan Sukan Olimpik pada tahun 1988. Pada masa itu, saya belajar di tahun ketiga sekolah rendah. Sosioekonomi Republik Korea berkembang pesat setelah Sukan Olimpik 1988 selesai dianjurkan. Republik Korea turut menjadi salah sebuah negara yang mendapat perhatian umum di dunia. Oleh itu, penganjuran Sukan Olimpik 2008 tentu akan menjadikan perhatian umum tertumpu kepada Beijing dan mendorong perkembangan ekonomi di China."

Lee Sang Yoon menyatakan bahawa beliau sedang belajar bahasa Mandarin dengan bersungguh-sungguh dan berusaha untuk menjadi seorang sukarelawan semasa penganjuran Sukan Olimpik Beijing nanti. Beliau berkata:"Tugas ini tentu akan menjadi pengalaman yang manis. Sukarelawan boleh menterjemah atau membantu orang asing. Semasa penganjuran Sukan Olimpik Beijing, ramai warga asing akan datang ke Beijing. Kebanyakan daripada tidak tahu laluan dan arah perjalanan serta cara untuk menaiki bas. Pasa masa itu, warga asing seumpana saya yang boleh bertutur dalam bahasa Mandarin boleh membantu mereka."

Lee Sang Yoon menyatakan bahawa beliau bukan sahaja berharap agar dapat memberi sumbangan bagi Sukan Olimpik Beijing 2008, tetapi juga memberi sumbangan kepada warga Beijing. Beliau juga mengemukakan cadangan bagi pembangunan bandar Beijing. Beliau berkata:"Saya berasa bahawa kereta api bawah tanah di Beijing agak kurang maju, sebaliknya kereta api bawah tanah di Republik Korea amat maju. Saudara boleh melawat seluruh bandar Seoul dengan menaiki kereta api bawah tanah. Akan tetapi, masih terdapat beberapa tempat di Beijing yang tidak boleh ditujui dengan menaiki kereta api bawah tanah."

Encik Oh Se Won, rakan kepada Lee Sang Yoon telah mengikuti pengajian dalam bahasa Mandarin selama dua tahun. Kini, beliau sudah boleh bertutur dalam bahasa Mandarin dengan lancar. Beliau turut memerhatikan maklumat tentang pengambilan sukarelawan Sukan Olimpik Beijing. Beliau berpendapat bahawa sekiranya pelajar asing di China dapat memberi perkhidmatan sukarelawan dalam Sukan Olimpik Beijing 2008, maka pengalaman itu akan dapat membantu mereka apabila bekerja kelak. Ini kerana Sukan Olimpik merupakan suatu tempat yang boleh membuktikan kemampuan seseorang. Oleh itu, Sukan Olimpik Beijing merupakan satu peluang baginya. Beliau berkata:"Saya ingin menjadi seorang sukarelawan Sukan Olimplik Beijing. Tugas ini akan dapat menambah pengalaman dalam menyertai aktiviti sosial dan memberi faedah kepada saya. Di Republik Korea, majikan lebih mengutamakan orang yang mempunyai pengalaman."

Seorang pelajar Republik Korea yang lain iaitu Choi Jin Young merupakan peminat China. Beliau berharap agar dapat melawat setiap tempat di China. Beliau turut menimati akan acara pingpong. Sehubungan dengan itu, beliau menaruh perhatian kepada Sukan Olimpik Beijing. Beliau berkata:"Saya sangat suka acara pingpong. Saya mula bermain pingpong semasa saya belajar di sekolah menengah atas di Republik Korea. Saya pernah menonton beberapa pertandingan pingpong di China. Saya berpendapat bahawa pemain wanita yang paling hebat di dunia ialah Wang Nan, manakala pemain lelaki ialah Wang Hao. Cara permainanya berbeza dengan pemain yang lain. Saya sangat menimatinya. Saya menaruh harapan tinggi terhadap Sukan Olimpik Beijing 2008. Saya berharap agar saya dapat menyaksikan temasya sukan itu dan saya juga berharap agar dapat merasai perkembangan Beijing."

Choi Jin Young turut melahirkan hasratnya untuk menjadi seorang sukarelawan Sukan Olimpik Beijing. Beliau berkata: "Saya pernah menjalankan usaha penterjemahan yang berkenaan. Walaupun kemampuan saya masih kurang baik sekarang, tetapi masih terdapat masa untuk saya meningkatkan tahap bahasa Mandarin saya. Saya fikir, tidak ada masalah saya membantu orang ramai pada tahun depan."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |