v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Beijing Berusaha Bagi Menjamin Keselamatan Kesihatan Awam semasa Penganjuran Sukan Olimpik Beijing 2008
2007-03-28 13:31:06 CRI

Semasa penganjuran temasya sukan seperti Sukan Olimpik, beberapa perkara selain acara sukan turut mendapat perhatian umum. Keselamatan kesihatan awam merupakan salah satu perkara yang penting. Ini kerana perkara itu bukan sahaja berkait rapat dengan kesihatan pemain dan jurulatih, tetapi juga berkait dengan rakyat di bandar tuan rumah. Seiring dengan kedatangan Sukan Olimpik Beijing 2008, usaha keselamatan kesihatan awam di Beijing turut mendapat perhatian umum. Kini, sidang akhbar tentang keadaan jaminan keselamatan kesihatan awam semasa penganjuran Sukan Olimpik Beijing 2008 telah diadakan di Beijing baru-baru ini.

Ketua Pengarah Biro Kesihatan Beijing Encik Jin Dapeng dalam sidang akhbar itu mendedahkan bahawa bandar Beijing berdasarkan pengalaman pada masa dahulu dan melalui pelbagai persiapan serta latihan telah menyediakan asas yang kukuh dalam bidang jaminan keselamatan kesihatan awam semasa penganjuran Sukan Olimpik Beijing. Beliau berkata: "Matlamat muktamad kami adalah untuk berjaya menganjurkan Sukan Olimpik yang bertaraf tinggi dan meninggalkan warisan Olimpik yang dipanggil 'Beijing, Bandar yang Sihat'."

Encik Jin Dapeng memaklumkan bahawa salah satu perkara penting dalam usaha jaminan keselamatan kesihatan awam semasa penganjuran Sukan Olimpik ialah pencegahan terhadap penyakit berjangkit yang serius. Kini, penyakit yang menjangkiti binatang dan manusia telah menjadi ancaman bagi seluruh umat manusia. Contohnya seperti wabak selesema burung. Selain itu, SARS dan AIDS juga turut merupakan masalah yang dihadapi oleh seluruh dunia. Beijing merupakan ibu negara China. Semasa penganjuran Sukan Olimpik Beijing 2008, ramai orang akan berhimpun di Beijing. Oleh itu, usaha pencegahan penyakit berjangkit merupakan salah satu perkara yang penting. Sehubungan dengan itu, badan kesihatan Beijing akan bekerjasama dengan badan pertanian, industri perdagangan, pendidikan, pembinaan, pemeriksaan kuarantin, penerbangan awam, jalan raya, kerata api dan lain-lain bagi menubuhkan mekanisme perkongsian maklumat dan sidang bersama. Kini, rangka mekanisme jaminan keselamatan kesihatan awam tersebut telah ditubuhkan pada peringkat awal.

Difahamkan, Beijing telah membuat latihan jaminan keselamatan kesihatan awam secara menyeluruh melalui peluang penganjuran Forum China-Afrika pada tahun lalu. Keputusan latihan itu menunjukkan bahawa mekamisme keselamatan kesihatan awam Beijing mampu menghadapi aktiviti antarabangsa yang besar dan boleh dipercayai. Encik Jin Dapeng memberi contoh bahawa dalam forum tersebut, penyakit AIDS seorang wartawan warga Tanzania menjadi serius. Atas usaha badan kesihatan Beijing yang membuat pengesahan dan rawatan yang tepat serta bekerjasama dengan badan penerbangan awam, pemeriksaan kuarantin dan kastam, wartawan itu telah diberikan rawatan yang baik dan dihantar ke negaranya dengan selamat. Berdasarkan tinjauan Biro Kesihatan Beijing, dalam tempoh penganjuran Sukan Olimpik Beijing 2008, peristiwa kesihatan awam yang mungkin berlaku dibahagikan dalam lima bidang. Pertama ialah peristiwa wabak penyakit berjangkit, kedua ialah peristiwa keselamatan makanan, ketiga ialah peristiwa keselamatan air minuman, keempat ialah kesihatan awam yang diakibatkan oleh faktor biologi yang dapat menyebarkan penyakit dan kelima ialah peristiwa kesihatan awam yang berlaku secara tiba-tiba. Sehubungan dengan itu, Beijing telah menetapkan beberapa cadangan. Ketua Pengarah Pusat Kawalan Penyakit Biro Kesihatan Bandar Beijing Encik Liu Zejun menyatakan bahawa: "Kami menganalisis bahawa dalam tempoh penganjuran Sukan Olimpik Beijing, cuaca dan kelembapan di Beijing tentu amat tinggi. Oleh itu, kami akan mengutamakan pencegahan terhadap penyakit berjangkit seperti penyakit usus, wabak selesem dan penyakit \yang direbak melalui sentuhan. Pada keseluruhanya, kami telah mengumpulkan 45 peristiwa kesihatan awam yang mungkin berlaku dalam tempoh penganjuran Sukan Olimpik Beijing kelak. Kami turut mendapatkan cara penyelesaian berkenaan."

Sudah tentu usaha pencegahan dan kawalan hanya merupakan cadangan untuk menghadapi keadaan yang tertentu. Perkara yang penting ialah setiap penduduk Beijing akan berusaha bagi mengurangkan ancaman keselamatan kesihatan awam dan mengekalkan amalan penjagaan kesihatan yang baik. Enck Jin Dapeng menyatakan bahawa Beijing akan berusaha untuk membetulkan beberapa kebiasaan yang kurang baik yang dilakukan oleh kalangan penduduk Beijing pada masa akan datang. Beliau berkata: "Mengenai perbuatan berludah dan berkahak dengan sesuka hati, ramai orang telah membincangkan masalah itu dalam akhbar. Ini merupakan masalah dalam bidang kesihatan awam dan turut terlibat dalam cadangan 'Sambutan Sukan Olimplik dengan Bersopan santun" yang dikeluarkan oleh Beijing. Kami bercadang untuk menjalakan aktiviti bagi mendidik penduduk Beijing suapay tidak berludah dan berkahak dengan sesuka hati."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |