v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Sumbangan Orang Perseorangan terhadap Sukan Olimpik Beijing
2007-04-11 13:41:19 CRI

Persiapan dan penganjuran Sukan Olimpik Beijing tidak boleh dipisahkan daripada penyertaan penduduk Beijing dan rakyat China. Baru-baru ini, Beijing Hotel dan Grand Hotel Beijing secara rasmi dipilih menjadi salah satu "Hotel Sambutan Olimpik". Dalam tempoh penganjuran Sukan Olimpik Beijing 2008 kelak, hotel tersebut akan menjadi tempat kediaman pegawai Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa serta ibu pejabat dan pusat komander jawatankuasa itu. Dalam ruangan hari ini, marilah kita mengenali dua orang kakitangan daripada Grand Hotel Beijing dan cara mereka bekerja untuk menyambut kedatangan Sukan Olimpik Beijing 2008.

"Apa khabar kawan-kawan, saya seorang tukangmasak daripada jabatan makanan Western-style Grand Hotel Beijing. Nama saya Zhong Xin. Kerja saya ialah memasak makanan manis."

"Apa khabar, saya Li Wei, ketua jabatan penyambut tetamu Grand Hotel Beijing. Tugas saya itu lebih kepada menjadi saluran komunikasi antara para tetamu dengan hotel kami. Kami merupakan pemandu pelancong, setiausaha dan pembantu para tetamu. Kami boleh menetapkan proses pelancongan tetamu di Beijing."

Encik Zhong Xin, berumur 38 tahun. Selepas tamat daripada Sekolah Menengah Qianmen pada tahun 1986, beliau telah menjadi seorang tukangmasak. Kuih-muih "Bunga Berkembang dalam Musim Bunga" yang dimasak oleh Zhong Xin telah memperoleh anugerah tempat pertama dalam "Pertandingan Teknik Memasak Kakitangan Grand Hotel Beijing Sambutan Sukan Olimpik Beijing 2008". Semasa memperkatakan tentang Sukan Olimpik Beijing 2008, Zhong Xin menyatakan bahawa: "Semasa China berjaya memperoleh hak penganjuran Sukan Olimpik 2008 pada tahun 2001, saya yakin setiap rakyat China berasa teruja dan bangga. Semasa hotel kami ditetapkan sebagai hotel sambutan tetamu Sukan Olimpik Beijing 2008, perasaan saya sama seperti enam tahun lalu. Sebagai salah seorang kakitangan hotel ini, saya berasa bangga dan gembira, di samping itu, saya juga turut berasa bahawa tugas ini merupakan tanggungjawab saya. Ini kerana perkhidmatan makanan dan minuman merupakan perkara yang penting dalam usaha sambutan tetamu semasa penganjuran Sukan Olimpik. Saya akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memasak makanan yang sedap dan lazat."

Encik Zhong Xin berharap agar kawan-kawan dari pelbagai tempat di dunia dapat datang ke Beijing untuk menyaksikan pertandingan. Pada masa itu, beliau akan memasak makanan yang sedap dan lazat kepada para tetamu. Beliau berkata: "Seiring dengan kedatangan Sukan Olimpik, saya ingin mengucapkan sesuatu kepada para tetamu dari seluruh dunia bahawa saya ternanti-nantikan kedatangan saudara. Saya akan memasak makanan yang sedap bagi mempersembahkan budaya makanan China dan menyediakan perkhidmatan yang rapi kepada saudara."

Sekarang, marilah kita mengenali Puan Li Wei, ketua jabatan penyambut tetamu Grand Hotel Beijing. Pelancongan tidak boleh dipisahkan daripada "makanan, penginapan dan perjalanan". Sekiranya tukangmasak dapat menyelesaikan masalah "makanan" kepada para tetamu, maka, perkhidmatan jabatan penyambut tetamu boleh menyelesaikan pelbagai masalah. Puan Li Wei, 34 tahun. Beliau menjawat jawatan sebagai ketua jabatan penyambut tetamu pada tahun 2003. Menyebut tentang Grand Hotel Beijing yang ditetapkan sebagai "Hotel Sambutan Olimpik", Puan Li Wei berasa amat bangga. Beliau menyatakan bahawa: "Saya selalu memberitahu tetamu kami bahawa hotel ini telah ditetapkan sebagai anggota keluarga Olimpik. Saya bersasa amat bangga dan para tetamu juga turut dapat menikmati perkhidmatan yang berbeza semasa menginap di hotel kami."

Puan Li Wei berkata, Grand Hotel Beijing sebagai hotel bertaraf tinggi di dunia sentiasa mengekalkan kawalan yang ketat. Pihak hotel menuntut kakitangannya meningkatkan tahap perkhidmatan mereka bagi menyambut kedatangan tahun 2008. Beliau berpendapat bahawa bahasa merupakan jambatan komunikasi dengan tetamu asing. Dalam tempoh penganjuran Sukan Olimpik Beijing 2008, penyediaan maklumat mengenai cara untuk melancong ke Beijing merupakan tanggungjawab jabatan sambutan tetamu. Beliau berkata: "Ramai pegawai Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa berasal dari negara yang bertutur dalam bahasa Perancis. Oleh itu, kami mula mempelajari bahasa Perancis pada tahun ini dan berusaha untuk menyediakan perkhidmatan bahasa asing tanpa sebarang halangan. Kami turut mengumpulkan maklumat tentang pelancongan, lalu lintas dan hiburan di Beijing."

Puan Li Wei berpendapat bahawa pada tahun lalu, lalu lintas di Beijing semakin sempurna, kesedaran perlindungan alam sekitar dalam kalangan penduduk Beijing semakin meningkat dan ramai orang ingin menjadi sukarewalan Sukan Olimpik Beijing 2008. Beliau aktif menyertai aktiviti setiap individu "Kurangkan Pemanduan Kereta Sehari dalam Seminggu" dan pergi bekerja dengan menaiki bas pada setiap Rabu.

Semasa ditanya tentang kesan positif yang didatangkan oleh Sukan Olimpik kepada kehidupannya, Puan Li Wei berpendapat bahawa penganjuran Sukan Olimpik Beijing tentu akan mendorong perkembangan industri pelancongan China. Beliau berkata:"Seiring dengan persiapan Sukan Olimpik Beijing 2008, Beijing akan menjadi destinasi pelancongan. Pertambahan jumlah pelancong akan mendorong peningkatan tahap perkhidmatan pelancongan dan peningkatan pendapatan dalam industri pelancongan. Di samping itu, peningkatan pendapatan industeri pelancongan tentu akan mendorong peningkatan kadar pengambilan tenaga kerja dalam industri pelancongan. Saya sebagai seorang pekerja dalam sektor pelancongan, berpendapat bahawa kesemua perubahan tersebut berfaedah bagi saya."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |