v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pengenalan tentang Padang Sofbal Fengtai China
2007-04-11 14:04:14 CRI

Seiring dengan kedatangan Sukan Olimpik Beijing 2008, 37 gelanggang yang akan digunakan dalam Sukan Olimpik Beijing 2008 akan selesai dibina pada penghujung tahun ini. Kesemua gelanggang tersebut mempunyai keunikan sendiri. Sekarang, marilah kita bersama-sama melawat gelanggang Sukan Olimpik Beijing yang pertama selesai dibina dan digunakan di Beijing iaitu Padang Sofbal Fengtai China.

Padang Sofbal Fengtai terletak di selatan Beijing. Padang itu mula dibina pada 28 Julai tahun 2005. Keluasannya mencatat 15 ribu meter persegi dan dipasang 4700 kerusi tetap dan 5000 kerusi sementara dalam gelanggang pertandingan utama. Selain itu turut dipasang 3500 kerusi sementara di gelanggang simpanan. Padang itu boleh menampung lebih 13 ribu orang penonton. Projek itu termasuklah gelanggang pertandingan utama, gelanggang pertandingan simpanan, dua gelanggang latihan dan sebuah balai serta laluan, tempat meletakkan kereta, jalur hijau dan kemudahan awam. Projek pembinaan gelanggang pertandingan utama dan gelanggang pertandingan simpanan telah diselesaikan pada Julai tahun lalu.

Tidak lama selepas penyelesaian pembinaan padang tersebut, Kejohanan Sofbal Wanita Dunia ke-11 telah diadakan di padang itu pada Ogos lalu. Ini merupakan pertandingan pertama yang diadakan di Beijing untuk memeriksa gelanggang Sukan Olimpik Bejing 2008. Dalam tempoh penganjuran kejohanan tersebut, Padang itu telah mendapat sanjungan tinggi daripada Persatuan Sofbal Antarabangsa, para atlet, jurulatih dan pengadil. Pengerusi Persatuan Sofbal Antarabangsa Encik Don E. Porter menyatakan bahawa Padang Sofbal Fengtai Beijing merupakan salah satu gelanggang yang paling baik dalam sejarah acara sofbal. Beliau berharap agar padang itu dijadikan sebagai pusat latihan acara sofbal di Asia.

Semasa penganjuran Kejohanan Sofbal Wanita Dunia, pihak penganjur telah mempopularkan pengetahuan tentang acara sofbal kepada penduduk Beijing dan mengurangkan harga tiket bagi menarik perhatian lebih ramai orang.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |