v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Beijing Aktif Berusaha Untuk Menjamin Keselamatan Stadium Semasa Penganjuran Sukan Olimpik Beijing 2008
2007-04-18 10:41:42 CRI

Semasa membuat persiapan dan penganjuran Sukan Olimpik Beijing, usaha bagi menjamin keselamatan pelbagai gelanggang Sukan Olimpik merupakan perkara yang amat penting. Pihak penganjur Sukan Olimpik Beijing baru-baru ini di Beijing menyatakan bahawa pihaknya telah mencapai kejayaan dalam bidang jaminan keselamatan di tapak pembinaan pelbagai gelanggang Sukan Olimpik.

Beijing mempunyai 31 stadium rasmi bagi penganjuran pertandingan Sukan Olimpik Beijing, 45 stadium latihan dan lima bangunan berkenaan seperti Pusat Persidangan Negara China. Menjamin keselamatan projek pembinaan tersebut dan mengelakkan ancaman seperti serangan keganasan merupakan tugas utama dalam persiapan Sukan Olimpik Beijing 2008. Semasa stadium tersebut mula dibina, Kumpulan Koordinasi Usaha Jaminan Keselamatan Sukan Olimpik Beijing telah ditubuhkan. Markas Komando Usaha Jaminan Keselamatan Sukan Olimpik Beijing pimpinan kumpulan tersebut bertanggungjawab atas jaminan keselamatan projek pembinaan stadium Sukan Olimpik Beijing tersebut.

Sidang akhbar tentang keadaan jaminan keselamatan tapak pembinaan stadium Sukan Olimpik Beijing diadakan di Pusat Penerangan Sukan Olimpik Beijing pada 4 April lalu. Dalam sidang akhbar tersebut, Naib Ketua Jabatan Kumpulan Koordinasi Usaha Jaminan Keselamatan Sukan Olimpik Beijing tersebut Encik Liu Shaowu menyatakan bahawa matlamat kumpulan tersebut adalah untuk mewujudkan "Sukan Olimpik yang Selamat" dan telah menjamin pembinaan Stadium Negara China, Stadium Renang Negara China dan beberapa projek pembinaan gelanggang Sukan Olimpik Beijing berjaya diselesaikan. Beliau berkata:

"Selepas Beijing berjaya memperoleh hak penganjuran Sukan Olimpik ke-29, pembinaan gelanggang Sukan Olimpik telah menjadi perkara pertama dalam persiapan bagi Sukan Olimpik Beijing. Maka, jaminan keselamatan pembinaan gelanggang tersebut turut menjadi tugas utama."

Wartawan difahamkan dalam sidang akhbar tersebut bahawa, untuk menjamin keselamatan di tapak pembinaan gelanggang Sukan Olimpik Beijing 2008 tersebut, pihak penganjur telah mengambil langkah tertentu yang berasaskan kepada penggunaan teknologi canggih. Di setiap tapak pembinaan gelanggang Sukan Olimpik telah dipasangkan kemudahan pemantauan 24 jam. Jaringan sistem pemantauan melalui video telah diwujudkan. Markas Komando Usaha Jaminan Keselamatan Sukan Olimpik Beijing boleh mengawal kesemua keadaan tapak pembinaan gelanggang Sukan Olimpik. Encik Liu Shaowu menyatakan bahawa: "Kami telah menggunakan teknologi canggih dan mewujudkan jaringan kawalan yang sempurna. Setakat ini, sistem pemantauan terhadap tapak pembinaan gelanggang Sukan Olimpik Beijing telah disambung dengan rangkaian internet dengan Markas Komando Usaha Jaminan Keselamatan Sukan Olimpik."

Atas pemantauan yang rapi, walaupun tapak pembinaan gelanggang Sukan Olimpik agak banyak, keluasannya besar, proses pembinaannya agak rumit dan bilangan pekerja yang ramai, akan tetapi setakat ini, tidak berlaku kes jenayah di tapak pembinaan tersebut.

Seiring dengan kedatangan Sukan Olimpik Beijing 2008, pembinaan gelanggang Sukan Olimpik tersebut telah diselesaikan secara berperingkat-peringkat. Sehubungan dengan itu, usaha jaminan keselamatan bagi gelanggang Sukan Olimpik lebih tertumpu kepada jaminan keselamatan semasa penganjuran pertandingan daripada jaminan keselamatan di tapak pembinaan. Selain itu, selaras dengan penganjuran siri pertandingan untuk memeriksa mutu gelanggang Sukan Olimpik Beijing pada tahun ini, isu jaminan keselamatan bagi gelanggang Sukan Olimpik akan mendapat perhatian orang ramai.

Encik Liu Shaowu menyatakan bahawa berdasarkan kelaziman antarabangsa dan peraturan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, dalam tempoh penganjuran Sukan Olimpik Beijing kelak termasuklah dalam tempoh penganjuran siri pertandingan bagi memeriksa mutu gelanggang Sukan Olimpik tersebut, kesemua penonton harus menerima pemeriksaan keselamatan. Proses itu sama seperti pemeriksaan keselamatan sebelum menaiki pesawat dan tiada perbezaan. Di samping itu, Encik Liu Shaowu menyatakan bahawa pihaknya akan memantau kumpulan pengganas atau orang perseorangan yang berniat untuk melakukan peristiwa dan menghalang mereka membawa barang berbahaya ke dalam gelanggang Sukan Olimpik.

Satu pasukan polis khas telah ditubuhkan untuk menjamin keselamatan gelanggang Sukan Olimpik. Encik Liu Shaowu menjelaskan bahawa: "Biro Keselamatan Awam Beijing telah menubuhkan pasukan polis khas dan sedang dilaksanakan latihan khas menurut kelaziman antarabangsa. Maka, sekiranya berlaku serangan keganasan, mereka akan memainkan peranan utama."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |