v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Singapura
2007-04-24 15:04:52 CRI

Singapura terletak di hujung selatan Semenanjung Malaysia, di pesisir Selat Melaka, juga pusat Asia Tenggara dan mempunyai kedudukan strategik yang sangat penting. Keluasan negara Singapura ialah 626.4 kilometer persegi, yang keseluruhanya ialah bandar Singapura.

Asas tradisiekonomi Singapura ialah perdagangan, antaranya termasuklah perdagangan pengangkutan, eksport pemprosesan, perkapalan dan lain-lain. Singapura merupakan pelabuhan yang terbesar, bandar perdagangan yang penting dan pusat perdagangan pengangkutan di Asia Tenggara, dan juga merupakan pusat kewangan antarabangsa serta pusat perkapalan yang penting.

Sejak mencapai kemerdekaan, pembangunan ekonominya yang sangat pesat telah menarik perhatian seluruh dunia. Kini, industri perdagangan telah menjadi salah satu industri yang penting bagi Singapura.

Pulau Sentosa terletak di bahagian selatan Singapura, kira-kira 500 meter jauhnya dari pusat bandar Singapura. Dahulunya, di sini cuma sebuah kampung nelayan yang kecil, Pihak British telah menubuhkan pangkalan tentera di sini. Sejak tahun 1972, Pulau Sentosa telah menjadi destinasi pelancongan yang sangat terkenal di Singapura.

Patung Merlion terletak di tebing kuala Sungai Singapura, di bawah jambatan Anderson. Patung ini merupakan karya seniman terkenal Singapura Lim Nang Seng pada tahun 1972, kini telah menjadi mercu tanda Singapura.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |