v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Sebuah Keluarga Poland dengan Sukan Olimpik Beijing
2007-04-25 09:36:26 CRI

Sukan Olimpik Beijing 2008 akan menyediakan peluang bagi 10500 pemain unggul di dunia untuk merebut pingat emas, manakala penyertaan dan penambahan pengalaman dalam Sukan Olimpik merupakan perkara yang penting bagi 13 juta penduduk Beijing. Bukan sahaja penduduk Beijing menaruh perhatian akan Sukan Olimpik 2008, malah ramai rakan negara asing yang tinggal di Beijing juga turut meminati temasya sukan itu. Dalam ruangan hari ini, marilah kita mendengar cerita tentang salah sebuah antara satu keluarga Poland dengan Sukan Olimpik Beijing.

Keluarga Encik Janusz Tatera yang berasal dari Poland, kini tinggal di Beijing. Pada 9 April lalu, Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing mula mengumpulkan keluarga Olimpik dari seluruh dunia. Mereka akan memilih 10 buah keluarga dan mempelawa 10 buah keluarga tersebut datang ke Beijing sempena setahun kira detik tarikh penganjuran Sukan Olimpik Beijing kelak. Keluarga Encik Janusz Tatera telah mendaftarkan diri dalam aktiviti itu pada 9 April lalu.

Encik Janusz Tatera memberitahu wartawan bahawa beliau mempunyai cerita tersendiri mengenai permohonan hak penganjuran Sukan Olimpik 2008. Memetik kenyataan beliau sebagai berkata bahawa beliau merupakan orang pertama yang mengucapkan tahniah kepada Beijing yang berjaya memperoleh hak penganjuran Sukan Olimpik 2008.

Sebenarnya, Encik Janusz Tatera pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Setiausaha Jawatankuasa Olimpik Poland selama 9 tahun. Pada bulan Julai tahun 2001, Encik Janusz Tatera telah bersama-sama dengan pegawai jawatankuasa itu menyertai Sidang Pleno Moskow Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa. Hak penganjuran Sukan Olimpik 2008 ditetapkan dalam sidang itu. Semasa mengingat kembali perkara itu, Encik Janusz Tatera menyatakan bahawa sebelum bekas Pengerusi Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa Encik Juan Antonio Samaranchi mengumumkan keputusan pengundian tentang hak penganjuran Sukan Olimpik 2008 malam itu, Encik Janusz Tatera duduk bersama-sama dengan beberapa pegawai delegasi China secara kebetulan. Beliau berkata:"Sebenarnya saya tidak tahu Beijing akan mencapai kemenangan. Saya masih ingat bahawa kenyataan pihak China telah meninggalkan kesan yang mendalam bagi saya. Saya berpendapat bahawa mereka berkemungkinan besar akan berjaya memperoleh hak penganjuran Sukan Olimpik 2008. Pada masa itu, semua hal berlaku dengan sewajarnya dan saya suka kewajaran seumpama itu. Semasa Pengerusi Juan Antonio Samaranchi mengumumkan bahawa Beijing berjaya menjadi penganjur Sukan Olimpik 2008, saya turut mengucapkan tahniah kepada mereka dengan sewajarnya."

Encik Janusz Tatera telah dihantar ke China kerana beliau berkhidmat dalam sektor kesukanan dalam tempoh yang panjang dan Sukan Olimpik Beijing yang akan diadakan kelak. Semasa menjelaskan alas an yang menyebabkan beliau menyertai aktiviti mengumpul keluarga Olimpik tersebut, Encik Janusz Tatera berkata bahawa Sukan Olimpik Beijing 2008 mendapat perhatian orang ramai, kini lebih ramai orang berharap agar dapat melawat ke Beijing. Beliau dan keluarganya kini tinggal di Beijing, sudah tentu mereka ingin menyertai kempen berkaitan dengan Sukan Olimpik Beijing 2008.

Keluarga Encik Janusz Tatera pernah menyertai Sukan Olimpik sebanyak enam kali dan merupakan sebuah keluarga Olimpik yang sebenar. Sukan Olimpik telah meninggalkan kenangan yang manis kepada mereka. Encik Janusz Tatera menyatakan bahawa semasa penganjuran Sukan Olimpik Roma 1960, beliau merupakan seorang kanak-kanak yang berumur 12 tahun. Selepas menonton pertandingan dalam temasya sukan itu, beliau bersama-sama dengan kawan-kawannya telah mengadakan "Sukan Olimpik Kanak-kanak" yang berskop kecil di padang sekolah dan mereka juga turut membuat pingat dan watikah anugerah dengan tomato. Sukan Olimpik yang pertama kalinya disertai oleh keluarga Encik Janusz Tatera ialah Sukan Olimpik Atlanta 1996. Semasa mengenang kembali peristiwa itu, Puan Janusz Tatera menyatakan bahawa:"Setiap Sukan Olimpik tidak sama. Akan tetapi, Atlanta telah meninggalkan kenangan yang mendalam kepada saya. Keluarga kami pertama kalinya menyertai Sukan Olimpik. Anak prempuan saya masih berumur 11 tahun pada masa itu. Kami sekeluarga telah pergi ke Chicago dan Atlanta. Dia telah membantu delegasi Poland untuk mejalankan aktiviti pempromosian. Walaupun kami tidak dapat menyaksikan pertandingan bagi semua acara, tetapi kami benar-benar merasai suasana Olimpik yang amat istimewa itu."

Pengalaman tersebut telah memberi kesan yang positif kepada anak perempuan Encik Janusz Tatera. Kini, Beata Tatera yang berumur 22 tahun sedang mengikuti pengajian di Universiti Budaya dan Bahasa China. Beliau fasih bertutur dalam bahasa Mandarin. Beliau berharap agar beliau dapat menjadi salah seorang sukarelawan Sukan Olimpik Beijing 2008. Beliau berkata:"Ramai kawan saya bertanya tentang pandangan saya terhadap Beijing. Kesemua mereka berhagap agar mereka dapat melawat ke China. Saya bersedia untuk menyediakan bantuan kepada rakan-rakan dari seluruh dunia semasa penganjuran Sukan Olimpik Beijing 2008 kelak."

Penyertaan dalam Sukan Olimpik telah mendatangkan banyak kenangan yang manis kepada keluarga Encik Janusz Tatera. Oleh itu, mereka menyeru lebih ramai orang menyertai temasya sukan itu. Encik Janusz Tatera menyatakan bahawa penduduk di Athens, Barcelona, Atlanta, Los Angeles dan bandar yang pernah menganjur Sukan Olimpik akan mempunyai keinginan untuk menganggotai keluarga sedunia selepas penganjuran temasya sukan itu. Mereka berasa bangga dan gembira kerana bandar itu dapat menganjurkan Sukan Olimpik.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |