v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Reka Bentuk Obor Sukan Olimpik 2008 dan Laluan Larian Obor Berganti-ganti Dilancarkan
2007-05-02 15:48:10 CRI

Pada malam 26 April, reka bentuk obor Sukan Olimpik Beijing 2008 dan laluan obor berganti-ganti telah dilancarkan dengan meriah di Beijing.

Sejak program larian obor berganti-ganti Sukan Olimpik diadakan buat pertama kalinya dalam Sukan Olimpik Berlin pada tahun 1936, akiviti larian turut disertai oleh ramai orang dan telah memainkan peranan penting dalam pembudayaan Olimpik, maka larian ini telah menjadi konponen penting bagi Sukan Olimpik. Dalam upacara pelancaran tersebut, anggota Dewan Negara China, Puan Chen Zhili dan Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Sukan Olimpik Beijing yang di bawah kelolaan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, Encik Hein Verbruggen bersama-sama telah membuka tirai yang menyelimuti obor Sukan Olimpik Beijing. Kemudian, anggota tetap Biro Politik Jawantakuasa Pusat Parti Komunis China, Luo Gan dan Presiden Jawantankuasa Olimpik Antarabangsa, Jacque Rogge telah mengumumkan bersama-sama laluan larian obor berganti-ganti.

Tema utama aktiviti larian obor berganti-ganti Sukan Olimpik Beijing ialah "lawatan harmoni", manakala slogannya ialah "Nyalakan keghairahan dan Sampaikan impian". Aktiviti larian berganti-ganti akan dilancarkan di 5 benua. Obor ini dijadualkan berlepas dari Beijing pada Mac tahun 2008 dan melalui 22 buah bandar negara lain serta 113 buah bandar dan kawasan China dan akhir sekali tiba pada malam 8 Ogos tahun 2008 di stadium tempat upacara perasmian Sukan Olimpik Beijing diadakan. Aktiviti larian ini akan berlangsung selama 130 hari dengan jaraknya mencecah 130 ribu kilometer.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing, Encik Liu Qi ketika menyebut tema utama larian kali ini iaitu "lawatan harmoni" berkata:

"Aktiviti larian berganti-ganti kali ini akan merupakan jarak yang paling jauh, meliputi kawasan yang paling luas dan disertai oleh paling ramai peserta dalam sejarah. Kami berharap agar larian kali ini dapat menyebarkan semangat Olimpik ke seluruh dunia, mempamerkan keikhlasan rakyat China untuk mendorong aktiviti Olimpik, mencerminkan pemandangan yang indah, kebudayaan tradisional dan semangat rakyat pelbagai negara, kawasan dan bandar yang dilalui oleh obor dan meningkatkan persefahaman dan persahabatan antara rakyat pelbagai negara."

Difahamkan bahawa obor Sukan Olimpik Beijing 2008 akan tiba di puncak Gunung Everest, puncak tertinggi di dunia pada Mei tahun 2008.

Laluan larian di luar Tanah Besar China akan mengikut "jalan sutera" iaitu laluan perdagangan luar China yang penting pada zaman kuno. Obor itu juga akan dibawa berganti-ganti di negara-negara yang tidak pernah mengadakan Sukan Olimpik. Larian ini juga akan mengutamakan Asia dengan melalui 15 buah bandar di Asia kerana Sukan Olimpik hanya pernah diadakan dua kali sahaja di Asia. Sehubungan dengan itu, Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, Jacque Rogge telah menyampaikan penghargaannya. Belau berkata:

"Laluan larian akan mengikuti 'jalan sutera' dan obor akan tiba di negara yang tidak pernah menyertai larian berganti-ganti obor Sukan Olimpik. Aktiviti larian kali ini yang bertemakan 'lawatan harmoni' tentu akan mengeratkan persahabatan dan penghormatan kepada pelbagai bangsa, etnik dan penganut pelbagai agama."

Obor Sukan Olimpik Beijing direka seperti skrol China, panjangnya 72 sentimeter dan beratnya 985 gram. Di bahagian luar obor itu dihias dengan awan larat reka bentuk tradisional China dan berwarna merah.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |