v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Penduduk Tanah Besar China Berebut-rebut Menempah Tiket Sukan Olimpik Beijing 2008
2007-05-09 12:29:43 CRI

Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing telah mula menerima tempahan jualan tiket pada 15 April lalu. Menurut Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing, fasa pertama penjualan tiket Sukan Olimpik Beijing bermula dari bulan April hingga September tahun ini, semua tiket untuk upacara perasmian dan penutupan serta 50% tiket untuk pelbagai acara yang akan dijual dalam negara boleh ditempah dalam tempoh tersebut. Wartawan dimaklumkan oleh Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing baru-baru ini bahawa selepas perkhidmatan tempahan tiket itu dilancar, para penduduk Tanah Besar China telah menunjukkan minat yang sangat besar dan berebut-rebut untuk membuat tempahan.

Encik Guo Jian ialah orang Beijing dan sekarang bekerja dalam sebuah syarikat modal asing. Menyaksikan upacara perasmian Sukan Olimpik merupakan hasrat beliau. Maka, apabila mendengar perkhidmatan tempahan tiket Sukan Olimpik Beijing telah dimulakan, Encik Guo segera menyerahkan permohonan untuk menempah tiket secara dalam talian. Beliau berkata:

"Saya ialah orang Beijing, menyaksikan upacara perasmian Sukan Olimpik yang diadakan di sini merupakan hasrat saya. Semasa diketahui bahawa tempahan jualan tiket Sukan Olimpik Beijing boleh dibuat secara dalam talian, saya sedang bertugas di luar Beijing. Saya segera pergi ke sebuah kafe siber untuk menyerahkan permohonan."

Penjualan tiket Sukan Olimpik Beijing pada fasa pertama diadakan secara terbuka dengan bentuk tempahan, pengagihan tiket akan dibuatkan melalui tiket loteri. Dimaklumkan bahawa tiket untuk upacara perasmian telah menerima permohonan tempahan yang paling banyak. Ramai orang seperti Encik Guo mempunyai hasrat untuk menyaksikan upacara perasmian Sukan Olimpik sendiri ke stadium. Tempahan tiket secara dalam talian telah menyediakan kemudahan kepada mereka. Dimaklumkan oleh pegawai Pusat Urusan Tiket Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing bahawa setakat ini, jumlah lawatan laman web urusan tiket Sukan Olimpik Beijing telah mencapai lebih 200 juta, lebih 800 ribu orang telah menyerahkan permohonan tempahan melalui laman web itu.

Semasa cuti penjang "1 Mei" di China, ramai orang juga telah pergi ke cawangan-cawangan Bank China untuk mengisi borang permohonan untuk menempah tiket Sukan Olimpik Beijing. Cawangan Bank China di Xidan, Beijing baru-baru ini telah menjadi sangat sibuk, tiga orang staf Bank China sedang menjawab pertanyaan para pemohon tiket. Staf bank itu, Encik Zhang memperkenalkan bahawa dalam tempoh cuti panjang selama tujuh hari itu, mereka telah mengeluarkan purata lebih 1000 helai borang permohonan tiket Sukan Olimpik Beijing setiap hari, mereka yang datang untuk menanya tentang tempahan tiket juga bertambah ramai. Beliau berkata:

"Jumlah orang yang datang ke sini untuk membuat tempahan tiket Sukan Olimpik dalam cuti panjang ini ramai sekali, dan kami juga telah menerima ramai orang yang membawa banyak pertanyaan tentang urusan tiket. setakat ini, tempahan jualan tiket Sukan Olimpik Beijing dijalankan dengan lancar."

Papan yang memperkenalkan pelbagai acara Sukan Olimpik serta harga tiket di cawangan itu juga telah menarik perhatian ramai orang. Puan Lu Min yang sedang membaca papan itu sudah mengandung, beliau akan bersalin pada bulan Januari tahun 2008. beliau berkata:

"Hasrat yang terbesar saya ialah membawa anak saya menyaksikan pertandingaan dan perlumbaan Sukan Olimpik. Perlumbaan Lari lompat pagar 110 meter yang akan disertai oleh Liu Xiang, acara terjun dan bola tampar merupakan acara yang saya minat. Saya berharap dapat memperoleh tiket sebanyak mungkin untuk menyaksikan acara-acara tersebut supaya saya dan anak saya dapat menikmati suasana Sukan Olimpik dengan lebih baik."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |