v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Cerita antara Encik Chang Baishun dengan Stadium Negara China
2007-05-16 12:38:56 CRI

Stadium Negara China yang terletak di kawasan sebelah utara bandar Beijing akan menjadi stadium utama Sukan Olimpik Beijing 2008 kelak.Oleh itu, stadium itu mendapat perhatian umum. Stadium itu merupakan sebuah bangunan yang megah dan moden. Sejak stadium yang berbentuk sarang burung itu mula dibina pada Disember tahun 2002, banyak perkara sudah berubah dalam tempoh tiga tahun lalu, antaranya termasuklah penduduk Beijing yang tinggal di sekeliling tapak pembinaan stadium itu. Dalam ruangan hari ini, marilah kita berkenal-kenalan dengan Encik Chang Baishun, salah seorang penduduk Beijing biasa yang tinggal di sekeliling stadium itu. Beliau telah menyaksikan proses pembinaan stadium itu.

Encik Chang Baishun merupakan seorang penduduk yang tinggal di kawasan penginapan Anhuili, Beijing. Beliau sentiasa melalui tapak pembinaan stadium itu pada setiap petang semasa balik ke rumah. Encik Chang berpendapat bahawa Stadium Negara China merupakan sebuah bangunan yang megah. Semasa memperkatakan tentang kawasan perumahannya, Encik Chang berasa amat bangga. Beliau berkata: "Memanglah, saya berasa sangat bangga kerana rumah saya dekat dengan gelanggang Sukan Olimpik Beijing. Semasa orang lain bertanya akan tempat tinggal saya, saya sentiasa berkata bahawa saya tinggal di kampung Sukan Asia. Apabila Sukan Olimpik Beijing diadakan pada tahun 2008 nanti, mudalah bagi saya untuk menonton pertandingan temasya sukan itu. Saya dapat melihat stadium itu dari rumah saya."

Perasaan bangga memang tidak dapat dinafikan, akan tetapi sesiapa tiada orang yang sanggup mendengar bunyi bising dan habuk serta debu pasir sekiranya rumah mereka dekat dengan tapak pembinaan. Walaupun Stadium Negara China merupakan stadium utama Sukan Olimpik Beijing kelak, akan tetapi tempat itu juga turut merupakan tapak pembinaan dan sudah tentulah akan menjejaskan kehidupan penduduk di sekitarnya. Encik Chang turut menghadapi perkara seumpama itu. Semasa kerja pemasangan dinding luar dijalankan, bahan-bahan yang digunakan seperti cat telah ditiup oleh angin hingga bangunan atau kereta di kawasan penginapan Encik Chang. Kereta milik Encik Chang juga turut terjejas. Walau bagaimanapun, Encik Chang bersikap sabar dan menyatakan bahawa kesemua itu merupakan sokongannya terhadap Sukan Olimpik Beijing yang bakal dianjurkan. Beliau berkata: "Lihatlah kereta saya, saya sudah membersihkan sekali lagi cat yang berterbangan dari tapak pembinaan stadium itu. Bukan sahaja kereta saya, bahkan kesemua kereta di kawasan penginapan saya juga turut terjejas. Saya sudah megnhubungi pihak syarikat insurans, mereka memberi ganti rugi sebanyak lebih empat ratus kepada saya, tetapi saya sudah membayar lebih lapan ratus yuan RMB. Saya berpendapat itu merupakan pengorbanan saya demi Sukan Olimpik Beijing."

Walaupun pembinaan Stadium Negara China mendatangkan beberapa kesukaran kepada Encik Chang, akan tetapi beliau mengakui bahawa kesukaran itu bukan perkara yang serius bagi beliau. Encik Chang berpendapat bahawa kediaman yang dekat dengan gelanggang Sukan Olimpik Beijing tentu akan memberi faedah kepada beliau. Beliau berkata: "Kami berpendapat bahawa tinggal dekat dengan dua buah stadium besar tentu akan memudahkan kami untuk beriadah pada masa depan."

Akan tetapi, Encik Chang juga turut bimbang akan kehidupannya selepas Sukan Olimpik Beijing diadakan kelak. Ini kerana beberapa kemudahan hiburan tentu akan dibina di sekeliling Stadium Negara China pada masa itu. Encik Chang menyatakan bahawa beliau memahami perkara itu, akan tetapi beliau juga berharap agar kemudahan hiburan itu terletak lebih jauh dari rumahnya dan kehidupannya tidak terjejas oleh bunyi bising. Beliau berkata: "Saya tidak mengharapkan banyak bangunan perniagaan dibina di sini, maka dengan itu kehidupan kami tentu tidak akan terjejas. Saya berharap agar bangunan perniagaan dibina lebih jauh dari kawasan penginapan."

Encik Chang berasa amat bangga kerana tinggal di sekitar Stadium Negara China. Di samping itu, beliau juga turut menyatakan bahawa semasa penganjuran Sukan Olimpik Beijing 2008 nanti, beliau akan menyokong temasya sukan itu dengan tindakan konkrit iaitu atas anjuran kerajaan Beijing, beliau akan pergi ke pejabat dengan menaiki bas dan tidak memandu kereta sendiri. Beliau berkata: "Oleh sebab kebanyakan pertandingan Sukan Olimpik Beijing diadakan di Beijing dan kebanyakan gelanggang Sukan Olimpik terletak di sekitar jalan raya lingkaran keempat. Lalu lintas di sana tentu sangat sesak. Sekiranya 'Sublaluan Olimpik' yang sedang dibina memudahkan kami untuk keluar masuk, maka saya akan tidak memandu kereta saya semasa penganjuran Sukan Olimpik Beijing. Selain itu, saya juga berharap agar kami boleh bercuti selama setengah bulan sama seperti sewaktu Sukan Olimpik Athens diadakan."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |