v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Maskot Sukan Olimpik Khas Musim Panas Sedunia 2007 Dirasmikan
2007-05-22 13:47:21 Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, maskot Sukan Olimpik Khas Musim Panas Sedunia 2007 telah dirasmikan di Shanghai pada 20 Mei lalu. Maskot itu dipanggil "Sunshine Baby". Ia memakai singlet yang kuning, seluar pendek yang merah dan kasut yang biru dengan senyuman yang manis.

Jawatankuasa Penganjur Olimpik Khas 2007 memaklumkan bahawa aktiviti pemilihan maskot Sukan Olimpik Khas 2007 bermula dari bulan Jun hingga November tahun lalu. Pihak penganjur tersebut telah menerima 525 buah ciptaan maskot. Akhirnya, maskot "Sunshine Baby" yang diciptakan oleh Sun Shaobo, seorang editor seni lukis akhbar Xinminwanbao berasaskan imej kartun "Sanmao" telah ditetapkan sebagai maskot Sukan Olimpik Khas 2007.

Imej kartun "Sanmao" yang terkenal di seluruh negara China itu diciptakan oleh juruanimasi China terkenal, Zhang Leping pada tahun 1930-an di Shanghai. Karakter Sanmao yang berani menghadapi kesukaran, bersikap optimis dan tidak pernah tunduk kepada kegagalan adalah selaras dengan tema Sukan Olimpik Khas kali ini, iaitu "Anda Boleh, Saya Juga Boleh".

Sekeluarga Zhang Leping telah menyetujui imej kartun "Sanmao" digunakan untuk Sukan Olimpik Khas tahun ini secara percuma.

Atlet China terkenal, Liu Xiang telah mengambil bahagian dalam upacara perasmian maskot Sukan Olimpik Khas 2007 pada hari itu. Beliau telah mengeluarkan harapan agar semua atlet yang menyertai Sukan Olimpik Khas itu dapat meraih pingat emas dan merayu kepada seluruh masyarakat supaya lebih prihatin terhadap orang kurang upaya.

Selain itu, 3 poster Sukan Olimpik Khas 2007 juga telah dirasmikan.

Sukan Olimpik Khas Musim Panas Sedunia 2007 akan dirasmikan pada 2 Oktober nanti di Shanghai.

 

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |