v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pengerusi IPC Philip Craven Puas Hati terhadap Persiapan China untuk Sukan Paralimpik Beijing 2008
2007-05-23 12:36:48 CRI

Semasa China giat membuat persiapan bagi Sukan Olimpik Beijing 2008, salah satu temasya sukan yang tidak kurang pentingnya juga akan turut diadakan tidak lama selepas itu iaitu Sukan Paralimpik Beijing 2008. Baru-baru ini, Pengerusi Jawatankuasa Paralimpik Antarbangsa IPC Encik Philip Craven telah melawat Beijing dan mengadakan pemantauan terhadap persiapan Sukan Paralimpik Beijing. Selepas aktiviti pemantauan itu, Encik Philip Craven menyanjung tinggi terhadap usaha Beijing untuk menjayakan temasya sukan itu.

Encik Philip Craven telah mengalami kecacatan dalam aktiviti mendaki gunung semasa beliau berumur 16 tahun pada tahun 1950. Selepas itu, beliau menceburkan diri dalam sukan acara bola keranjang kerusi roda. Dalam tempoh antara tahun 1972 hingga 1988, beliau telah lima kali menyertai pertandingan acara bola keranjang kerusi roda dalam Sukan Paralimpik. Disebabkan pengalaman sebagai pemain tersebut, Encik Philip Craven berpendapat bahawa standard bagi menilai sama ada persiapan bagi Sukan Paralimpik berjaya dianjurkan atau tidak bergantung kepada sama ada pihak penganjur benar-benar mementingkan para pemain dan menyediakan perkhidmatan yang baik kepada mereka. Beliau berkata: "Saya berpendapat bahawa perkara yang penting ialah pengutamaan para pemain iaitu cara untuk membolehkan para pemain memberi persembahan mereka yang terbaik. Para pemain telah membuat persiapan selama empat tahun untuk temasya sukan itu. Oleh itu, pihak penganjur harus menyediakan kemudahan yang sempurna bagi mereka dan gelanggang temasya sukan itu juga turut harus memenuhi piawaian. Tempat penginapan amat penting bagi para pemain. Selain itu, kepelbagaian dan mutu makanan juga harus memenuhi keperluan khas."

Jadi, bagaimanakah usaha dan persiapan Beijing bagi Sukan Paralimpik 2008? Encik Philip Craven berpendapat bahawa lalu lintas merupakan perkara yang amat penting semasa penganjuran temasya sukan yang besar. Tindakan Jawatankuasa Sukan Paralimpik Beijing yang membuka "sublaluan Olimpik" yang sejauh 235 kilometer telah memuaskan hati Encik Philip Craven.

Encik Philip Craven berpendapat bahawa pembinaan kemudahan tanpa halangan yang berkaitan dengan Sukan Paralimpik telah diadakan dengan jayanya. Beliau menyanjung usaha Beijing dalam bidang itu. Beliau berkata: "Semasa memperkatakan pembinaan kemudahan tanpa halangan, menyelesaikan usaha itu hanya merupakan isu waktu. Usaha Jawatankuasa Sukan Olimpik Beijing lebih unggul berbanding dengan negara lain dalam bidang tersebut. Mereka telah mencapai kejayaan dalam bidang perancangan dan pengubahsuaian kemudahan tanpa halangan. Saya yakin, Sukan Paralimpik yang akan diadakan di Beijing tentu akan mendorong pembinaan kemudahan tanpa halangan yang lebih banyak dan moden di Beijing."

Encik Philip Craven terutamanya menyebut kemudahan di tandas hotel penginapan para pemain dalam Sukan Paralimpik Beijing. Antara tiga tandas dalam satu bilik hotel, terdapat satu tandas boleh dimasuki dengan menaiki kerusi roda. Perancangan pembinaan dua tandas yang lain juga turut amat rasional. Beliau memuji kemudahan itu sebagai kemudahan "peringkat tertinggi di dunia". Encik Philip Craven mendedahkan bahawa semasa penganjuran Sukan Paralimpik Beijing kelak, beliau akan bersama-sama dengan 400o orang pemain yang lain akan mendaki Tembok Besar China atas bantuan kemudahan.

Encik Philip Craven menyatakan bahawa melalui lawatan yang berlangsung selama enam hari kali ini beliau berasa amat bangga terhadap pelbagai persiapan Beijing untuk Sukan Paralimpik 2008 kelak. Contohnya dalam bidang gelanggang pertandingan, lalu lintas, kemudahan lapangan terbang dan lain-lain. Encik Philip Craven yakin bahawa atas latar China yang berhasrat untuk menubuhkan masyarakat harmoni pada masa ini, Beijing tentu akan berjaya menganjurkan Sukan Paralimpik yang mempunyai ciri sosiobudaya dan harmoni. Beliau berkata: "Sukan Paralimpik yang mempunyai ciri sosiobudaya selaras dengan dasar kerajaan China iaitu menubuhkan masyarakat yang harmoni. Ini juga merupakan konsep yang dikemukakan oleh Presiden China Hu Jintao. Saya pernah bertemu dengan Perdana Menteri China Wen Jiabao pada tahun 2005. Semasa memperkatakan Sukan Paralimpik, beliau amat bersemangat. Saya yakin Sukan Paralimpik Beijing tentu akan berjaya diadakan sama seperti Sukan Olimpik Beijing."

Semasa wawancara kali ini berakhir, Encik Philip Craven berharap agar pihak media China dapat memainkan peranan penting untuk memperkenalkan imej pemain dalam Sukan Paralimpik Beijing kepada orang ramai dan menjalankan liputan pertandingan dalam temasya sukan itu.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |