v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Sesetengah Kawasan di China Galakkan Perkembangan Industri Pelancongan dengan Peluang Sukan Olimpik 2008
2007-05-24 13:57:51 Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, penganjuran Sukan Olimpik 2008 di Beijing bukan saja mendorong perkembangan industri pelancongan Beijing, bahkan juga menyediakan peluang yang baik bagi kawasan lain di China untuk memaparkan imej mereka kepada seluruh dunia.

Pertandingan bola sepak Sukan Olimpik 2008 akan diadakan di Qinhuangdao, Provinsi Hebei, sebuah bandar yang berhampiran dengan Beijing. He Jianghai, Naib Ketua Pengarah Jabatan Pelancongan Hebei baru-baru ini dalam Forum Antarabangsa Sukan Olimpik dan Pelancongan 2007 menyatakan bahawa provinsi itu sedang berusaha untuk menyempurnakan sistem perkhidmatan untuk Sukan Olimpik Beijing. Sebanyak 200 buah hotel di beberapa bandar Hebei yang berhampiran dengan Beijing seperti Langfang, Baoding, Tangshan dan Qinhuangdao akan berkhidmat kepada Sukan Olimpik 2008. Selain itu, alam sekitar di hotel tersebut sedang dibaiki dan kakitangan mereka juga sedang menerima latihan.

Jika menyebut panda, tentulah ramai orang mengetahui binatang comel itu. Provinsi Sichuan, itulah habitat panda yang terletak di barat daya China. Panda itu telah ditetapkan sebagai salah satu maskot Sukan Olimpik Beijing 2008. Jadi, Provinsi Sichuan sedang menggunakan kelebihan itu untuk menyempurnakan perkhidmatan maklumat dalam sektor pelancongan.

Bandar Dalian yang terletak di pesisir pantai, timur laut China telah mengemukakan strategi "Menyertai Sukan Olimpik di Beijing, Melawat ke Dalian" untuk mengembangkan industri pelancongannya setelah Beijing berjaya memperoleh hak penganjuran Sukan Olimpik pada tahun 2001. Pada masa ini, Jabatan Pelancongan Dalian telah menandatangani Persetujuan Kerjasama Strategik Pelancongan Sukan Olimpik dengan Jabatan Pelancongan Beijing untuk meningkatkan kerjasama dengan pelbagai agensi pelancongan Beijing. Selain itu, Dalian juga sedang berusaha untuk memupuk tenaga profesional dalam bidang pelancongan. Sekarang terdapat 8 buah universiti di Dalian telah membuka jurusan pelancongan. Dijangkak bahawa sehingga tahun 2010, seramai 30% daripada semua staf yang bekerja dalam sektor pelancongan di Dalian akan menerima pendidikan tinggi.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |