v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Delegasi "Lawatan Kerjasama China-ASEAN" Mendapat Sambutan Hangat di Kuala Lumpur
2007-05-24 10:58:27 CRI

Aktiviti "Lawatan Kerjasama China-ASEAN" yang dianjurkan bersama oleh Radio Antarabangsa China, stesen TV Guangxi China dan stensen Penix TV Hong Kong kini sedang melakukan aktiviti wawancara di Kuala Lumpur. Sekarang sililah ikuti laporan yang disampaikan oleh Fadil dari Kuala Lumpur.

"Lawatan Kerjasama China-ASEAN" telah mengakhiri lawatan selama dua hari di Pulau Pinang dan menuju ke lokasi kedua di Malaysia, iaitu Kuala Lumpur. Apabila tiba di Kuala Lumpur, delegasi wartawan China telah mendapat sambutan yang hangat daripada masyarakat tempatan. Pegawai kanan kerajaan Kuala Lumpur, Encik Yao Changlu yang menghadiri upacara sambutan untuk delegasi wartawan China telah menerima wawancara wartawan CRI.

Beliau berkata: "Sejak penjalinan hubungan diplomatic antara Malayisia dengan China pada lebih 30 tahun lalu, pertukaran lawatan antara kedua-dua negara telah ditingkatkan dari semasa ke semasa, bukan sahaja antara pegawai kererajaan, tetapi juga di dalam kalangan rakyat. Perkara ini memang berfaedah bagi peningkatan hubungan persababatan Malaysia China."

Beliau berharap aktiviti wawancara yang dilakukan dalam "Lawatan kerjasama China-ASEAN" kali ini akan mendorong peningkatan persefahaman antara Malaysia dengan China dan menyumbang kepada peningkatan hubungan Malaysia-China ke satu tahap yang lebih tinggi.

Penganjuran "Aktiviti Lawatan kerjasama China-ASEAN" juga telah mendapat sokongan daripada pihak polis Kuala Lumpur. Polis-polis tempatan yang memandu motosikal telah menjadi pemandu untuk konvoi delegasi wartawan China sebaik sahaja kami sampai di Kuala Lumpur.

(wartawan CRI Fadil dan Puspa)

Menurut agenda di Kuala Lumpur, para wartawan China akan mengadakan temu bual dengan pegawai-pegawai kanan kerajaan Malaysia, antaranya termasuklah Menteri Pengangkutan Malaysia, Dato, Sri Chan Kong Choy, Timbalan Menteri Kewangan, Dato' Dr Ng Yen Yen, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ng Lip Yong. Selain itu, wartawan China juga akan mengadakan kunjungan ke beberapa perusahaan China yang telah berjaya melakukan urusan perniagaan mereka di Malaysia. Fadil melaporkan dari Kuala Lumpur, Malaysia.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |