v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Beijing, Bandar Penganjur Sukan Olimpik 2008 Mendapat Perhatian Para Jurugambar yang Terkenal di Dunia
2007-05-30 11:49:10 CRI

Sukan Olimpik Beijing 2008 bukan sahaja menarik perhatian pemain dan pelabur, tetapi juga menarik para seniman. Kini, 10 orang jurugambar yang terkenal di dunia telah melawat Beijing dan merakamkan keadaan di Beijing dengan kamera mereka.

Sukan Olimpik 2008 bukan sahaja merupakan satu temasya sukan bagi Beijing, tetapi juga merupakan salah satu landasan yang baik untuk mempamerkan keunikan tersendiri. Beijing sebagai bandar yang bersejarah lama telah menjadi sebuah bandar yang menggabungkan unsur tradisional dan moden. Di Beijing, bukan sahaja terdapat pusat perniagaan yang terdiri dairpada bangunan moden seperti Xidan, Wangfujing, Pusat Perdagangan Dunia dan lain-lain, tetapi juga terdapat kawasan yang mempunyai kebudayaan tradisional China seperti Houhai, Gulou, Dashilan dan lain-lain.

Untuk meningkatkan pengetahuan kawan-kawan dari luar negara terhadap Beijing dan China, Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing telah mengadakan aktiviti penggambaran yang bertema "Bandar Olimpik" dan mempelawa 10 orang jurugambar yang terkenal di dunia datang ke Beijing. Mereka akan merakamkan pemandangan, kebudayaan tradisional dan adapt resam Beijing dari sudur pandangan mereka sendiri. Selepas itu, hasil rakaman foto mereka akan dipamerkan kepada umum. Naib Ketua Jabatan Penerangan Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing Puan Wang Hui menyatakan bahawa pada beberapa tahun kebelakangan ini, pihak Suruhanjaya Penganjur Sukan Olimpik Beijing telah mengadakan pameran rakaman foto di luar negara untuk mempamerkan keunikan bandar Beijing. Beliau berkata: "Pada tahun-tahun kebelakangan ini, kami telah mengadakan pameran rakaman foto yang berkaitan dengan Beijing dan Sukan Olimpik Beijing di bandar utama pada hampir setiap tahun. Contohnya, kami telah mengadakan pameran rakaman foto yang bertema 'Beijing yang Baru, Olimpik yang Baru' di Pusat Kesenian Kennedy A.S. pada Oktober 2005. Saya ingat akan seorang wanita tempatan yang telah tiga kali melawat ke pameran kami. Beliau berdiri betul-betul di hadapan sebuah rakaman foto dan tidak berganjak sedekit pun. Semasa saya berjalan dekat dengannya, beliau bertanya: "Bolehkah kamu berikan rakaman foto itu kepada saya? Saya rela membelinya dengan wang." Saya bertanya kembali mengapa dia begitu suka akan rakaman foto itu. Beliau berkata: "Saya dapat mengetahui tentang sejarah China melalui rakaman foto ini." Sudah tentu saya tidak boleh menjual rakaman foto itu kepada wanita tersebut, tetapi saya memberikan satu salinan yang lain kepadanya. Hampir setiap orang daripada kami telah mengalami pengalaman yang seumpama itu semasa mengadakan pameran di luar negara. Para penonton telah mencatatkan kata-kata yang memberi perangsang dalam buku catatan kami. Saya berpendapat bahawa itulah sebabnya yang menjadikan Beijing berjaya menarik perhatian sebegitu ramai jurugambar."

Di samping itu, Puan Wang Hui berpendapat bahawa Beijing merupakan sebuah bandar yang amat meriah dan penduduk Beijing amat baik hati. Para jurugambar tentu akan mencapai hasilnya masing-masing melalui penyertaan aktiviti itu. Encik Harry Mattison merupakan salah seorang antara 10 orang jurugambar dalam aktiviti itu. Sebagai seorang jurugambar yang berasal dari New York A.S., Encik Harry Mattison berpendapat bahawa Beijing mempunyai keunikan tersendiri yang menarik hati beliau. Beliau berkata: "Saya dilahirkan di Manhattan A.S. iaitu New York. Kampung halaman saya tidak begitu luas seperi Beijing. Beijing merupakan sebuah bandar yang dipenuhi oleh pelbagai cara kehidupan. Keunikan itu amat menarik minat saya. Pada beberapa hari lalu, saya berbasikal untuk melawat ke sekitar Beijing dan berbual-bual dengan orang ramai yang ditemui. Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana mereka melayani saya dengan baik di rumah mereka dan menjelaskan sejarah lama bandar Beijing kepada saya."

Encik Harry Mattison berpendapat bahawa seni rakaman foto dapat merakamkan keadaan dan perubahan sesebuah bandar. Dalam aktiviti tersebut, beliau akan merakamkan bandar Beijing dari sudut pandangannya sendiri dan mengongsikan hasil rakaman itu dengan kawan-kawan di seluruh dunia. Beliau berkata: "Seni pergambaran berasal dari Perancis. Dalam peralihan Paris menjadi sebuah bandar moden, kesemua perkara yang berlaku di Paris telah dirakamkan secara jujur oleh Encik Eugen Arget, salah seorang jurugambar warga Perancis yang terkenal di dunia. Kini, sebagai seorang jurugambar, dunia dalam pandangan saya amat menarik, saya secara sukarela ingin berkongsi keadaan di Beijing dengan selurun dunia."

Kini, rakaman foto 10 jurugambar tersebut telah dipamerkan di Beijing dan telah menarik perhatian ramai penduduk Beijing dan pelancong asing di China.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |