v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Rancangan Pergerakan Tenaga Profesional Olimpik Dilancarkan
2007-06-20 14:36:19 CRI

(sidang akhbar tentang "Rancangan Pergerakan Tenaga Profesional Olimpik")

Kemudahan gelanggang yang sempurna dan moden, lalu lintas yang lancar merupakan perkara yang penting bagi menganjurkan Sukan Olimpik dengan jayanya. Selain itu, tenaga profesional Olimpik yang bertaraf tinggi juga turut merupakan salah satu perkara yang penting. Sempena setahun kira detik tarikh penganjuran Sukan Olimpik Beijing 2008, kerajaan Beijing telah memulakan "Rancangan Pergerakan Tenaga Profesional Olimpik" baru-baru ini.

Dimaklumkan, rancangan pergerakan tenaga profesional Olimpik bertujuan untuk menjamin pewujudan matlamat mengenai Sukan Olimpik, menyediakan sokongan tenaga profesional dalam proses persiapan temasya sukan itu dan atas peluang penganjuran Sukan Olimpik tersebut dapat menarik, memupuk dan mengumpul tenaga profesional yang bertaraf tinggi.

(Ketua Pengarah Biro Personel Beijing, Encik Xin Tieliang)

Berhubung dengan keperluan Sukan Olimpik, rancangan tersebut telah menetapkan tanggungjawab latihan dalam 16 bidang yang termasuklah hal ehwal luar negara, jaminan keselamatan, lalu lintas, perlindungan alam sekitar dan lain-lain. Ketua Pengarah Biro Personel Beijing, Encik Xin Tieliang menyatakan bahawa kerajaan Beijing akan menyediakan sokongan kewangan yang kukuh terhadap rancangan itu. beliau berkata:"Menyebut isu tentang peruntukan bagi rancangan pergerakan tenaga profesional Olimpik, kami telah menyatakan dengan jelasnya bahawa peruntukan untuk memupuk dan melatih tenaga profesional Olimpik akan digabungkan dalam peruntukan latihan tenaga profesional yang sedia ada di bandar Beijing. Sekiranya berlaku kekurangan kewangan, kami akan menghubungi kumpulan urusan tenaga profesional Beijing dan menambah peruntukan."

Jaminan keselamatan semasa penganjuran Sukan Olimpik Beijing 2008 mendapat perhatian umum masyarakat. Sesiapa yang memikul tanggungjawab tersebut turut akan menjadi fokus orang ramai. Sehubungan dengan itu, rancangan pergerakan tenaga profesional menuntut Biro Keselamatan Awam Beijing menubuhkan pasukan keselamatan Sukan Olimpik yang terdiri daripada 12 ribu orang dan meningkatkan kemampuan tenaga profesional. Ketua Pengarah Jabatan Politik Biro Keselamatan Awan Beijing Encik Shan Zhigang menyatakan bahawa mereka amat mementingkan pertukaran dengan luar dalam bidang latihan tenaga profesional Olimpik. Beliau berkata:"Kini, separuh anggota polis di Beijing telah lulus dalam peperiksaan bahasa Inggeris. Selain itu, pada beberapa tahun kebelakangan ini, kami telah menghantar lebih 400 anggota polis ke Universiti Westminster dan Universiti Canberra untuk mendapatkan ijazah sarjana. Atas usaha mereka, Ratu Britain telah menerima kunjungan mereka. Tindakan tersebut meningkatkan pertukaran kami dengan kalangan polis di luar negara, menambah pengalaman kami untuk mengadakan aktiviti peringkat antarabangsa yang berskop besar serta menimba pengalaman yang unggul daripada pihak polis pelbagai negara khususnya polis dari bandar penganjur Sukan Olimpik.

Usaha jaminan keselamatan dilaksanakan bertujuan untuk menjamin keselamatan para tetamu dari pelbagai negara di dunia. Jadi siapakah yang akan menyambut kedatangan mereka pelancong ke Beijing semasa penganjuran Sukan Olimpik 2008, siapa? Berdasarkan rancangan pergerakan tersebut, Biro Pelancongan Beijing akan bertanggungjawab dalam memberikan latihan kepada tenaga profesional kawalan perniagaan sektor pelancongan yang bertaraf tinggi, tenaga profesional dalam sektor pelancongan dan tenaga profesional sektor pelancongan Olimpik. Semasa memperkatakan tindakan pelaksanaan yang konkrit, pegawai Biro Pelancongan Beijing Encik Ma Shuqun menyatakan bahawa:"Pertama, kami telah menawarkan latihan pengawal peringkat tinggi yang dijalankan oleh Pusat Akreditasi Teknik Kementerian Buruh dan Jaminan Sosial China. Kedua, kami telah memperuntukkan sebanyak lebih 500 ribu Yuan RMB untuk melaksanakan rancangan latihan kelayakan Britain dan menjalankan latihan terhadap tenaga profesional kawalan peringkat tinggi di hotel."

Semasa penganjuran Sukan Olimpik Beijing 2008, sukarelawan di pelbagai tempat dan gelanggang di Beijing akan menjadi salah satu imej Beijing yang lain. Sehubungan dengan itu, usaha perkhidmatan sukarelawan turut digabungkan dalam rancangan pergerakan tenaga profesional Olimpik tersebut. Selain 100 ribu orang sukarelawan yang dicalonkan oleh Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing, bandar Beijing juga turut akan mencalonkan lebih ramai sukarelawan untuk berkhidmat semasa Sukan Olimpik.

Dalam rancangan pergerakan tenaga profesional Olimpik tersebut juga turut terkandung tentang pembentukan sumber tenaga profesional selepas temasya sukan itu. Tenaga profesional yang telah menyumbangkan tenaga semasa penganjuran Sukan Olimpik Beijing akan terlebih dahulu dicalonkan dalam kerajaan atau kerajaan Beijing melalui beberapa dasar keutamaan bagi menarik mereka agar terus bekerja di Beijing.

Salah satu ciri Sukan Olimpik yang berjaya biasanya diukur melalui usaha tenaga profesionalnya yang unggul. Ini ditambah lagi dengan penyediaan peluang perkembangan kepada mereka. Itulah tujuan asas rancangan pergerakan tenaga profesional Olimpik Beijing.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |