v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pengenalan tentang Pusat Kebudayaan dan Sukan Wukesong Beijing
2007-06-20 14:26:08 CRI

Kini, Pusat Kebudayaan dan Sukan Wukesong sedang dibina di Beijing. Pusat itu seluas 52 hektar dan terdiri daripada Stadium Tertutup Wukesong, Padang Sofbal Wukesong, kemudahan awam kebudayaan dan sukan serta padang riadah.

Antaranya, Padang Sofbal Wukesong akan menjadi gelanggang Sukan Olimpik Beijing 2008 dan Stadium Tertutup Wukesong akan menjadi gelanggang pertandingan bolah keranjang Sukan Olimpik Beijing.

Penetapan cadangan reka bentuk projek pembinaan Stadium Wukesong telah mengalami banyak perubahan.

Dalam penilaian dan pemilihan cadanngan reka bentuk projek pembinaan gelanggang itu pada tahun 2002, dua syarikat dari A.S. dan Swizterland telah memperoleh anugerah kedua cadangan reka bentuk projek pembinaan Pusat Kebudayaan dan Sukan Wukesong. Selepas rundingan para pakar, cadangan reka bentuk syarikat Swizterland ditetapkan sebagai cadangan muktamad.

Akan tetapi, selepas kajian yang terperinci pakar China, mereka telah mendapati beberapa isu dalam keselamatan dan teknologi. Dalam cadangan reka bentuk syrikat Swizerland, pusat perniagaan diletakkan di atas Stadium Bola Keranjang Negara. Selepas rundingan, pakar China berpendapat bahawa cadangan itu kurang rasional dalam bidang tahan berat, keselamatan dan pemadaman kebakaran.

Selepas penggubalan semula, pusat perniagaan yang seluas 100 ribu meter persegi ditempatkan di luar stadium itu. Stadium Bola Keranjang Negara dibina sebagai salah satu bangunan tunggal dan reka bentuk asalnya telah dikekalkan.

Pakar China berpendapat bahawah cadnang yang digubal semula telah mengekalkan sari cadangan asal itu dan meningkatkan faktor keselamatan. Pusat Kebudayaan dan Sukan Wukesong Beijing tentu akan menjadi salah satu pusat sukan yang klasik.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |