v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Aktiviti Kebudayaan Diadakan di Beijing untuk Mempertunjukkan Konsep "Kebudayaan Beijing"
2007-06-27 11:02:12 CRI

Sukan Olimpik Ke-29 akan diadakan di Beijing pada tahun 2008. Bermula bulan Mei tahun ini, pelbagai aktiviti kebudayaan telah diadakan di Beijing untuk mempertunjukkan konsep "Kebudayaan Beijing".

Pada awal bulan Mei, sebagai salah satu bahagian penting dalam "Kebudayaan Olimpik", pameran pertama "Pameran Kesenian Pelukisan PBB-Sedunia" telah diadakan di Beijing. Pegawai salah satu pihak penganjur, Jabatan Penerangan Dewan Negara China, Encik Li Bing menyatakan dalam upacara perasmian aktiviti itu: "Ini merupakan satu aktiviti yang luar biasa. Kami telah mengundang seramai 200 pelukis yang unggul China, termasuk Hong Kong dan Taiwan untuk mencerminkan imej 192 negara anggota PBB dan pelbagai jabatan PBB dengan kesenian lukisan China."

Difahamkan bahawa ini juga merupakan pertama kali kerajaan China mengundang begitu ramai pelukis untuk mencipta karya tentang satu topik yang begitu besar skopnya. Aktiviti ini merupakan satu hadiah yang penuh bercirikan China kepada rakyat seluruh dunia.

Terdapat 200 orang pelukis China dalam aktiviti tersebut masing-masing mencipta karya yang bertemakan imej kebudayaan 192 negara anggota PBB dengan teknik lukisan tradisional China. Antaranya, peninggalan sejarah, bangunan tipikal, adat resam dan budaya, bunga kebangsaan dan lain-lain termasuk Teater Opera Sidney, Australia, Patung "Little Mermaid", Denmark telah dicerminkan dalam karya lukisan pelbagai seniman tersebut.

Pelukis terkenal China, Huang Yongyu telah melukis "Burung Flamingo di Tasik Nakuru" dan mendapat sambutan yang meriah. Tiga ekor burung Flamingo sedang terbang di langit yang berwarna biru kehijau-hijuan. Pemandangan Afrika yang tipikal telah dipamerkan kepada para penonton dengan teknik lukisan China. Encik Huang Yongyu menyatakan dalam upacara perasmian itu:

"Sebagai seorang pelukis yang telah berumur 84 tahun, saya berasa amat gembira kerana dapat menyertai aktiviti tersebut. Menjelang sukan Olimpik Beijing 2008, pameran itu telah mempertunjukkan teknik lukisan tradisional China kepada seluruh dunia. Ini merupakan satu manfaat kepada pelukis China dan kalangan penggiat seni di China."

Difahamkan bahawa selepas pameran "seluruh dunia" ditutup di Beijing, pameran itu bukan sahaja akan diadakan di pelbagai tempat yang lain di China, tetapi juga di Ibu Pejabat PBB, pejabat PBB di Genava dan di lebih 10 buah negara di pelbagai benua. Karya lukisan dalam pameran itu akan diserahkan kepada tokoh-tokoh negara berkenaan dan kontinjen yang menyertai Sukan Olimpik Beijing 2008 nanti.

Pameran tersebut hanya merupakan salah satu daripada aktiviti yang diadakan dalam tempoh "Kebudayaan Olimpik". Difahamkan bahawa terdapat lebih 100 pameran kebudayaan telah dianjurkan di pelbagai muzium kesenian dan galeri di Beijing dalam bulan Mei ini. Antaranya, pameran karya seniman yang terkenal Belgium pada abad ke-20 telah diadakan di Pusat Kesenian China. Lebih 230 karya dan foto telah dipamerkan dan ini juga merupakan pertama kali karya tersebut dipamerkan di China dengan skop yang begitu besar. Selain itu, pelbagai pameran kesenian tentang karya dari Britain dan Perancis juga telah diadakan di Muzium Ibu Negara, Muzium Kota Larangan China dan lain-lain. Naib Ketua Pengarah Jabatan Artifak Beijing, Shu Xiaofeng menyatakan bahawa berdasarkan rancangan mereka, bermula dari sekarang hingga tempoh penganjuran Sukan Olimpik 2008, terdapat sejumlah 400 pameran yang menarik akan diadakan di bandar Beijing. Beliau berkata: "Bermula dari sekarang hingga tempoh Sukan Olimpik Beijing tahun 2008, sejumlah 400 pameran sama ada yang bercirikan China atau negara asing akan diadakan di Beijing seiring dengan konsep 'Kebudayaan Olimpik'. Pelbagai muzium di Beijing bertanggungjawab untuk mempamerkan budaya tradisional China dan memperlihatkan pencapaian China kepada seluruh dunia. Di samping itu, pelbagai muzium Beijing juga telah menjadi platform bagi memperlihatkan kemajuan dan pencapaian seluruh dunia."

Tambah beliau, bermula pada setengah tahun kedua tahun ini hingga penghujung tahun depan, penduduk Beijing dan pelancong yang melawat Beijing dari seluruh dunia pasti akan menikmati pencapaian kebudayaan seluruh dunia yang menarik.

Antara pelbagai aktiviti kesenian yang diadakan di Beijing, pesta kesenian "Berjumpa di Beijing" juga telah diadakan pada bulan Mei dan menarik perhatian orang ramai. Untuk membolehkan lebih ramai orang awam dapat menikmati persembahan pesta tersebut, pihak penganjur telah menurunkan harga tiket persembahan itu semenjak tahun 2005. Sejak tahun 2000, pesta itu telah berjaya diadakan sebanyak 6 kali. Tiket yang paling murah hanya berharga 20 yuan RMB. Sebanyak 40 kumpulan kesenian dari 20 buah negara dan kawasan telah menyertai pesta tersebut. Cara persembahan seperti perayaan bersama di lapangan awam, pameran kesenian dan lain-lain telah ditambah dalam pesta kesenian kali ini. Ketua pihak penganjur pesta itu, Encik Zhangyu berkata bahawa harga tiket pesta kali ini tetap akan dikekalkan sederhana dan murah untuk membolehkan lebih ramai orang dapat menikmati kesenian dari seluruh dunia.

Selain itu, Pameran Kesenian Antarabansa Beijing Dwitahunan ke-3 yang akan diadakan pada musim gugur tahun ini juga ditangguh pada musim panas tahun depan. Pameran itu akan dianjurkan dalam tempoh penganjuran Sukan Olimpik sebagai salah satu aktiviti penting dalam "Kebudayaan Olimpik". Pameran itu akan dianjurkan bersama-sama oleh Persatuan Kesusasteraan dan kesenian China, kerajaan Beijing dan Persatuan Pelukis China dan merupakan platform yang paling besar dan berwibawa dalam kalangan penggiat seni di China. Naib Ketua Pengarah Persatuan Pelukis China, Encik Liu Dawei memperkenalkan:

"Untuk memperlihatkan konsep 'Kebudayaan Olimpik' dan menyatukan Penganjuran Sukan Olimpik dengan aktiviti kebudayaan, kami telah memutuskan untuk menganjurkan Pameran Kesenian Antarabangsa Beijing Dwitahunan ke-3 dalam tempoh penganjuran sukan Olimpik. Berdasarkan cadangan daripada Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing, upacara perasmian pameran kami akan diadakan pada awal bulan Julai dan pameran kami akan diadakan sepanjang tempoh berlangsungnya Sukan Olimpik dan ditutup pada penghujung bulan Oktober."

Tambah beliau, pameran itu dapat menyediakan suasana kesenian yang baik bagi Sukan Olimpik. Terdapat 800 karya dari lebih 70 buah negara akan diundang untuk menyertai pameran itu bagi mencerminkan semangat kesukanan Olimpik dari segi kesenian.

Menjelang penganjuran Sukan Olimpik Beijing 2008, lebih banyak aktiviti kesenian yang menarik akan diadakan. Sekiranya saudara pendengar datang ke China, pastilah saudara akan berpeluang untuk menikmati salah satu aktiviti kebudayan yang menarik.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |