v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Industri Persukanan Berkembang Pesat di China
2007-07-04 10:42:10 CRI

Ekspo Industri Kebudayaan Antarabangsa China ke-3 telah ditutup di bandar Shenzhen, selatan China. Dalam ekspo kali ini, muzium pameran industri persukanan telah diadakan untuk pertama kali bagi mempamerkan perkembangan industri persukanan di China dan menggalakkan interaksi industri tersebut antara China dengan negara luar.

Ekspo Industri Kebudayaan Antarabangsa China ditubuhkan pada tahun 2004. Dalam ekspo tahun ini, selain ruang untuk mempamerkan industri kebudayaan tradisional seperti penerangan dan penerbitan, industri animasi dan komedi, industri persukanan juga telah menjadi salah satu bahagian yang baru. Dalam ruang pameran itu, suasana seperti muzik, model dan lain-lain telah menarik perhatian penonton untuk menikmati kegembiraan yang dibawa oleh aktiviti sukan. Antaranya, pertunjukan permainan golf dan pertunjukkan gaya berbasikal telah menarik perhatian ramai orang.

Pan Yan ialah seorang pemain gaya berbasikal yang berumur 25 tahun. Dia telah mempunyai pengalaman 10 tahun dalam aktiviti tersebut. Pada mulanya, aktiviti itu hanya merupakan satu kegemarannya sahaja. Namun, sekarang, dia telah menjadi seorang pemain yang profesional dalam pasukan basikal Fuji di Taiwan dan telah menyertai pelbagai pertandingan yang diadakan di Tanah Besar China. Dia berkata, pada tahun-tahun kebelakangan ini, orang yang menyertai aktiviti itu telah bertambah dengan ketara dan melebihi 10 ribu dan kebanyakan peminatnya merupakan remaja yang berumur antara 12 hingga 25 tahun. Dia menyatakan:

"Pada tahun-tahun kebelakangan ini, peserta aktiviti itu telah meningkat dengan berkali-kali ganda. Kebanyakan peserta merupakan remaja sekolah menengah, tetapi terdapat juga sesetengah peserta merupakan orang setengah baya. Mereka biasanya telah berjaya dalam kerjaya dan mempunyai banyak masa untuk menikmati kehidupan pribadi."

Dia menjelaskan bahawa orang yang berpendapatan sederhana telah cukup mampu untuk membeli satu basikal yang baik. Aktiviti itu juga tidak menuntut syarat yang begitu tinggi. Seseorang dapat berlatih untuk aktiviti itu di mana-mana tempat di bandar sama ada di tepi tangga atau di tempat yang ada halangan.

Selain itu, sesetengah aktiviti persukanan yang agak mahal seperti bot laju, kapal persiar mewah dan sukan golf juga berkembang dengan pesat di China. Pada tahun lalu, Grand Prix Bot Laju F1 China daripada Kejohanan Bot Laju F1 Antarabangsa China telah dianjurkan di bandar Chengdu, barat China. Pada tahun ini, bandar Xi'an dan Shenzhen juga akan menganjurkan dua pertandingan daripada kejohanan tersebut. Di ruang pameran persukanan tersebut, gadis litar dan bot laju yang mewah telah menarik perhatian para penonton. Pegawai Jawatankuasa Penganjur Grand Prix Bot Laju F1 China daripada kejohanan Bot Laju F1 Antarabangsa menyatakan semasa menerima wawancara wartawan bahawa mereka akan mengimport teknik dan sistem pentadbiran yang baik daripada negara lain tentang aktiviti itu. Setakat ini, terdapat 10 bandar dari luar negara telah menyatakan kesediaan mereka untuk bekerjasama dengan China.

Permainan golf juga telah mendapat perhatian ramai di China. Aktiviti itu memerlukan kos yang tinggi. Hanya orang berpendapat lumayan sahaja yang mampu bermain golf. Maka, permainan golf juga diberi nama "aktiviti orang kaya". Sejak sekian lama, permainan golf telah dianggap sebagai lambang bagi kedudukan seseorang. Di samping itu, padang golf memerlukan sumber tanah yang luas dan sumber air yang banyak. Maka, kerajaan China telah mengambil tindakan bagi mengawal perkembangan industri permainan golf.

Namun, disebabkan permintaan pasaran, aktiviti permainan golf nampaknya sedang menarik perhatian lebih ramai penduduk China. Encik Wang Jijun merupakan ketua perusahaan yang khususnya mengusahakan padang golf mini dan tertutup. Beliau memberitahu bahawa aktiviti permainan golf telah bersejarah selama lebih 200 tahun. Walaupun aktiviti itu hanya mempunyai sejarah lebih 20 tahun di China, akan tetapi aktiviti itu telah berkembang dengan amat pesat di China. Semenjak pembinaan padang golf yang pertama pada tahun 1984, aktiviti itu telah disukai ramai oleh kalangan rakyat China. Beliau berkata:

"Disebabkan perkembangan ekonomi China yang pesat dan taraf kehidupan rakyat China yang kian meningkat, lebih ramai penduduk mempunyai masa dan kemampuan kewangan untuk beriadah. Selain aktiviti biasa seperti pingpong, tenis dan badminton, aktiviti persukanan yang agak mahal seperti golf, kapal persiar, ski dan lain-lain turut mendapat sambutan daripada lebih ramai orang."

Beliau berpendapat bahawa pada 10 hingga 15 tahun akan datang, aktiviti permainan golf akan terus berkembang di China. Berdasarkan pengalaman perkembangan aktiviti itu di sesetengah negara lain, permainan golf merupakan satu industri. Aktiviti itu mempunyai kaitan yang rapat dengan industri hartanah dan industri pelancongan. Beliau memaklumkan di lebih 300 padang golf di bandar besar seperti Shenzhen, Beijing dan lain-lain, perusahaan berkenaan semuanya beroperasi dengan baik dan mendapat keuntungan yang lumayan. Terdapat 3 padang golf awam di Shenzhen dengan harga yang sederhana. Seseorang hanya perlu membayar 500 yuan RMB dan dapat bermain golf di sana! Ini telah menarik perhatian ramai penduduk.

Jurucakap Ekspo Industri Kebudayaan Antarabangsa China ke-3, Puan Ni Heqin menyatakan semasa diwawancara oleh wartawan bahawa Beijing akan menganjurkan Sukan Olimpik Tahun 2008, manakala bandar Shenzhen pula berjaya mendapat hak untuk menganjurkan Sukan Universiti-universiti Sedunia Musim Panas pada tahun 2011. Maka, ruang pameran industri persukanan telah ditubuhkan untuk menunjukkan sokongan bandar Shenzhen kepada kedua-dua aktiviti tersebut. Di samping itu, ini juga disebabkan oleh sesetengah aktiviti persukanan sedang berkembang dengan baik di bandar Shenzhen. Beliau berkata:

"Industri persukanan di Shenzhen, seperti permaian golf dan kapal persiar telah berkembang dengan amat baik. Sesetangah pertandingan antarabangsa bagi aktiviti tersebut akan dianjurkan di bandar itu kerana sistem industri berkenaan agak sempurna. Kami mempunyai lapangan atau tenaga profesional yang baik. Penubuhan ruang pameran persukanan tersebut juga telah menunjukkan keupayaan Shenzhen dalam bidang berkenaan."

Tambah beliau, sebagai salah satu bahagian daripada industri kebudayaan, industri persukanan telah berkembang pesat pada tahun-tahun kebelakangan ini. Menjelang Sukan Olimpik Tahun 2008, aktiviti persukanan akan menjadi kian popular dalam kalangan penduduk China dan menjadi satu cara beriadah bagi penduduk awam.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |