v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Hong Kong Aktif Adakan Interaksi dan Kerjasama dengan Tanah Besar China dalam Bidang Sukan
2007-07-03 18:29:04 CRI

Pada tahun 1997, Hong Kong telah dikembalikan ke pangkuan China dan menjadi sebuah wilayah pentadbiran khas China. Dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, sama dengan usaha pendidikan, kesihatan, kewangan dan lain-lain, usaha sukan Hong Kong sedang secara aktif mengadakan interaksi dan kerjasama dengan Tanah Besar China.

Melalui pembangunan dalam tempoh 10 tahun, pelbagai bidang di Hong Kong telah mencapai kemajuan besar. Begitu juga usaha sukan. Encik Timothy Fok merupakan Pengerusi Jawatankuasa Olimpik Hong Kong China. Beliau bukan sahaja merupakan pengerusi yang pertama bagi Jawatankuasa Olimpik Hong Kong, tetapi juga merupakan ahli Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa orang Hong Kong pertama setelah Hong Kong dikembalikan ke pangkuan China. Membandingkan pembangunan usaha sukan Hong Kong sekarang dengan masa lalu, beliau berkata, "Sebelum Hong Kong dikembalikan ke pangkuan China, kami hanya menumpukan perhatian terhadap perkembangan beberapa acara tradisional Britain seperti kriket dan bola ragbi. Tetapi selepas dikembalikan, kami mencapai perkembangan secara menyeluruh, terutamanya acara tradisional di Tanah Besar China seperti Ping Pong dan badminton. Pertandingan yang dapat kami sertai turut bertambah, seperti Sukan Kebangsaan China."

Selepas dikembalikan ke pangkuan China, usaha sukan Hong Kong memang amat berbeza dengan masa lalu. Di Hong Kong, sekarang bukan sahaja ada juara acara pelayaran Sukan Olimpik, Lee Lai shan, tetapi juga ada juara basikal dunia, Wong Kam-po, malahan Hong Kong telah agak mempunyai daya saing dalam acara seperti Ping Pong, badminton dan lain-lain. Dalam Sukan Asia Doha 2006, atlet Hong Kong telah memperoleh 6 butir pingat emas. Sektor sukan Hong Kong sangat jelas bahawa hal ini berkaitan rapat dengan interaksi dan kerjasama antara Hong Kong dengan Tanah Besar China dalam bidang sukan.

Kaedah interaksi sukan antara Tanah Besar China dengan Hong Kong pelbagai. Salah satu ialah melatih atlet Hong Kong di Tanah Besar China, mana persekitaran latihan yang lebih baik. Ketua Setiausaha Kehormat Jawatankuasa Olimpik Hong Kong, Encik Pang Chung telah menceritakan bantuan Tanah Besar China terhadap usaha sukan Hong Kong: "Pasukan basikal, Ping Pong dan badminton Hong Kong selalu dilatih di Tanah Besar China. Ini kerana jaraknya agak dekat dan kos latihannya agak murah. Kemahiran pasukan olahraga dan perenang Hong Kong juga meningkat dengan ketara selepas dilatih di Tanah Besar sejak tahun 1950-an. Acara lawan pedang dan lain-lain di Tanah Besar telah mencapai taraf tertinggi di dunia, dan ini amat bermanfaat bagi meningkatkan taraf acara ini di Hong Kong."

Satu kaedah yang lain ialah mengambil atlet unggul dari Tanah Besar untuk mewakili Hong Kong dalam pertandingan antarabangsa. Sekarang, Li Jing dan Gao Lize, dua orang pemain yang uggul di Tanah Besar telah menyertai pasukan Ping Pong Hong Kong, dan pasukan badminton Hong Kong telah membawa masuk Wang Chen dan Zhou Mi dari Tanah Besar. Ketua jurulatih Pasukan Badminton Hong Kong, Chan Chi-choi menyatakan: "Tindakan-tindakan tersebut mempunyai erti yang besar. Selain atlet tersebut dapat memperluas bidang kerjayanya, tindakan itu juga bermanfaat besar bagi pasukan kami. Atlet dari Tanah Besar telah membawa teknik, semangat dan cara latihan yang profesional. Atlet kami dapat mempelajari banyak perkara daripada mereka. Teknik, strategi dan keyakinan diri atlet kami meningkat dengan ketara."

Sekarang, Hong Kong juga merupakan salah satu bandar pembantu bagi penganjuran Sukan Olimpik Beijing 2008. Sektor sukan Hong Kong akan berusaha untuk menjayakan Sukan Olimpik 2008.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |