v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Beijing Akan Hadkan Jumlah Penggunaan Kereta Milik Kerajaan
2007-07-05 17:18:33 CRI

Wartawan dimaklumkan oleh Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing kelmarin bahawa tindakan jaminan kecemasan yang menyasarkan bidang pengangkutan dan perlindungan alam sekitar dalam tempoh Sukan Olimpik Beijing 2008 akan dilaksanakan secara percubaan di Beijing pada bulan depan.

Pada masa itu, kerajaan bandar Beijing akan menghadkan perjalanan kenderaan kerajaan di samping menggalakkan orang awam supaya mengurangkan penggunaan kereta peribadi.

Berdasarkan laporan Agensi Berita Xinhua China, pihak Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) telah mengumumkan pada 1 Julai yang lalu bahawa kerajaan bandar Beijing akan melaksanakan secara percubaan satu rancangan yang bertujuan untuk mengurangkan pencemaran udara pada Ogos tahun ini. Menerusi rancangan itu, jumlah kenderaan yang berjalan di jalan raya Beijing akan berkurang sejuta buah.

Jurucakap IOC, Giselle Davis menyatakan bahawa pihak mesyuarat Lembaga Eksekutif IOC telah mengurangkan kebimbangannya terhadap masalah pencemaran alam sekitar di bandar Beijing mendengar laporan yang dibuat oleh Naib Pengerusi Eksekutif yang juga Ketua Setiausaha Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing, Wang Wei tentang kemajuan kerja persiapan bagi Sukan Olimpik Beijing.

Pegawai Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing menyatakan bahawa siri pertandingan yang bertemakan "Bernasib Baik, Beijing" akan diadakan di Beijing pada Ogos tahun ini. Dalam tempoh pertandingan itu, kerajaan bandar Beijing akan menghadkan jumlah perjalanan kenderaan untuk mengurangkan pelepasan gas pencemaran kenderaan bagi menjamin kebersihan udara di bandar ini. Dimaklumkan, kenderaan yang akan dihadkan sekatan dalam tempoh Sukan Olimpik Beijing termasuk kenderaan kerajaan dan kenderaan yang enjinnya berkapasiti tinggi. Sebelum itu, Giselle Davis telah menyatakan bahawa ahli eksekutif IOC amat berpuas hati terhadap kemajuan kerja persiapan Sukan Olimpik Beijing.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |