v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing Memelihara Kepentingan Perusahaan Kerjasama
2007-07-11 14:46:20 CRI

Kejayaan sesuatu penganjuran Sukan Olimpik tidak dapat dipisahkan dengan persembahan atlet yang baik, persiapan rapi pihak penganjur dan penyertaan orang ramai. Di samping itu, jaminan kewangan juga turut merupakan salah satu faktor yang penting bagi menjayakan temasya sukan itu. Sebahagian besar modal yang digunakan dalam penganjuran Sukan Olimpik disediakan oleh perusahaan penaja. Di samping menyediakan sokongan kewangan bagi penganjuran Sukan Olimpik, mereka juga turut berharap agar kepentingan perniagaan dapat terjamin. Dalam proses persiapan Sukan Olimpik Beijing 2008, Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing telah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memelihara kepentingan perusahaan penaja.

Perkembangan dan kejayaan penganjuran Sukan Olimpik memerlukan sokongan kewangan yang kukuh. Kewangan yang digunakan dalam penganjuran Sukan Olimpik Beijing bergantung kepada penerokaan pasaran. Oleh itu, memelihara kepentingan perusahaan penaja, industri penyiaran stesen TV dan perusahaan perniagaan francais merupakan perkara yang amat penting. Selain menyediakan sokongan kewangan kepada pihak penganjur Sukan Olimpik, perusahaan kerjasama tersebut harus mendapat hak untuk mempromisikan perusahaan sendiri dengan harta intelek Olimpik atau memasarkan barangan Olimpik. Dalam sidang akhbar tentang perlindungan harta intelek Olimpik dan antipasar gelap yang diadakan pada 13 Jun lalu, Naib Ketua Pengarah Jabatan Penerokaan Pasaran Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing Encik Cheng Feng telah memaklumkan akan usaha jawatankuasa itu untuk memelihara hak dan kepentingan perusahaan kerjasama, khususnya usaha dalam pencegahan pasar gelap.

Pasar gelap bermaksud kegiatan perusahaan yang tidak dapat kebenaran untuk menjalinkan hubungan dengan Sukan Olimpik atau yang tidak diberi mandat untuk memperoleh kepentingan perniagaan. Contohnya, perusahaan bukan perniagaan francais Sukan Olimpik mengeluarkan atau menjual barangan yang mempunyai logo Sukan Olimpik dan perusahaan bukan penaja Olimpik menggunakan perkataan "Sukan Olimpik", "Beijing 2008" dan lain-lain dalam mempromosikan perusahaan itu yang mengelirukan orang ramai. Encik Chen Feng menyatakan bahawa pasar gelap boleh diumpamakan sebagai kegiatan "mengembara tumpang kereta". Beliau berkata: "Tindakan itu melanggar dasar saingan secara adil dan menjejaskan penerokaan pasaran Olimpik. Tindakan itu turut akan menjejaskan hak dan kepentingan perusahaan kerjasama Sukan Olimlik dan nilai perniagaan jenama Olimpik."

Sekiranya pasar gelap tersebut tidak dapat dibendung, maka lebih banyak perusahaan akan memasuki pasaran itu dan nilai jenama Olimpik tentu akan terjejas. Perusahaan penaja Olimpik tidak akan menyediakan sokongan kewangan dan Sukan Olimpik Beijing 2008 sukar dijayakan. Oleh itu, usaha pembendungan pasar gelap harus dilaksanakan. Encik Chen Feng menegaskan bahawa: "Pencegahan pasar gelap merupakan keperluan untuk memelihara kepentingan perusahaan kerjasama Olimpik dan juga turut merupakan salah satu janji semasa kami menandatangani siri kontrak dengan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa serta salah satu tanda bagi kejayaan penganjuran Sukan Olimpik Beijing 2008."

Untuk membendung kegiatan pasar gelap, Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing telah mengambil tindakan dalam proses persiapan temasya sukan itu dengan menutup peluang yang membolehkan kewujudan pasar gelap beroperasi. Contohnya, tidak membenarkan perusahaan bukan penaja mengaitkan aktiviti Sukan Olimpik dengan perusahaan sendiri dan mengawal iklan yang dipasang di tentang sekeliling gelanggang pertandingan dan kawasan utama di bandar penganjur serta iklan dalam siaran pertandingan. Selain itu, atlet yang menyertai Sukan Olimpik dilarang menyertai aktiviti pengiklanan perusahaan bukan penaja Sukan Olimpik semasa penganjuran Sukan Olimpik. Encik Chen Feng menyatakan bahawa: "Semasa penganjuran Sukan Olimpik, semua atlet yang menyertai Sukan Olimpik seperti Liu Xiang, pada masa itu imejnya bukan lagi imej perseorangan sebaliknya orang ramai menganggap bahawa beliau merupakan seorang juara Sukan Olimpik. Kami melarang mereka mengiklankan perusahaan bukan penaja Sukan Olimpik semasa penganjuran Sukan Olimpik."

Selain itu, Jawatankausa Penganjur Sukan Olimpik juga turut akan melaksanakan komunikasi dengan orang ramai bagi meningkatkan kesedaran mereka tentang pencegahan kegiatan pasar gelap. Encik Chen Feng berkata: "Kami mengambil peluang semasa penyertai persidangan dan ekspo yang besar untuk memperkenalkan pengetahun tentang perlindungan harta intelek Olimpik. Kami berharap agar melalui komunikasi tersebut orang ramai dapat menyedari akan perbezaan antara perlindungan harta intelek Olimpik dengan perlindungan harta intelek yang biasa."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |