v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Sains dan Teknologi akan Memainkan Peranan Penting dalam Liputan Sukan Olimpik Beijing
2007-07-18 14:39:52 CRI

Jangka masa tidak berapa panjang lagi bagi penganjuran Sukan Olimpik Beijing Tahun 2008. Untuk menyelenggarakan Sukan Olimpik kali ini dengan jayanya, Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing telah mengeluarkan slogan "Sukan Olimpik yang saintifik dan berteknologi tinggi". Menggunakan teknologi tinggi untuk menghantar maklumat Sukan Olimpik supaya berita Sukan Olimpik Beijing dimaklumkan kepada seluruh dunia telah menjadi salah satu pengisian penting bagi slogan tersebut.

Forum Kemuncak Sains dan Teknologi Media Ke-3 telah diadakan di Beijing tidak lama dulu. Tokoh-tokoh kalangan media serta pakar teknologi telekomunikasi dan wakil korporat China telah membincangkan masalah tentang sokongan sains dan teknologi terhadap liputan Sukan Olimpik.

Tema Forum kali ini adalah untuk membolehkan para peserta mengetahui dengan lebih menyeluruh tentang persiapan teknologi yang berkaitan dengan liputan Sukan Olimpik melalui rundingan dan penerangan berkenaan, merancang penggunaan teknologi digital dan internet dalam liputan, menggunakan teknologi yang matang dan maju dalam bidang internet dan telekomunikasi mudah alih untuk membuat persiapan rapi bagi tugas liputan Sukan Olimpik.

Naib Presiden Agensi Berita Xinhua China, Encik Lu Wei telah menyampaikan ucapan dalam forum tersebut. Beliau telah membentangkan kesan kemajuan teknologi terhadap liputan media dan telah menegaskan pentingnya sains dan teknologi terhadap Sukan Olimpik. Beliau berkata:

"Slogan 'Sukan Olimpik yang saintifik dan berteknologi tinggi' ialah dasar, sains dan teknologi tinggi yang merupakan jaminan dan sokongan bagi menyelenggarakan Sukan Olimpik dengan berjaya. Untuk menyelenggarakan Sukan Olimpik yang bertaraf tinggi, sudah tentulah memerlukan sokongan sains dan teknologi tinggi. Perkembangan Sukan Olimpik bergantung kepada sains dan teknologi, Sukan Olimpik tidak akan mencapai skala dan prestij yang begitu besar pada saat ini tanpa perkembangan sains dan teknologi."

Difahamkan, dalam Sukan Olimpik Tahun 2008, Jawatankusa Penganjur Sukan Olimpik Beijing akan menggunakan teknologi multimedia yang canggih untuk menyediakan perkhidmatan teknologi yang baik kepada media, misalnya termasuk perkhidmatan teknologi telekomunikasi, perkhidmatan keputusan Sukan Olimpik dan maklumat, perkhidmatan teknologi video dan audio dalam pelbagai stadium serta pengawalan dan pengawasan frekuensi wayarles dan sebagainya.

Perkhidamatan tersebut akan menggunakan banyak teknologi yang baru, misalnya dalam perkhidmatan teknologi telekomunikasi, teknologi telekomunikasi 3 G yang paling maju akan digunakan, serentak dengan itu, beberapa jenis kelengkapan yang baru akan digunakan termasuk kenderaan telekomunikasi yang fungsinya termasuklah telekomunikasi tanpa wayar, telekomunikasi berwayar, telekomunikasi campuran, penghantaran video, penghantaran video tanpa wayar, penghantaran video gelombang mikro dan penghantaran video satelit. Kenderaan jenis tersebut dapat tiba di tempat kejadian dengan cepat dan dapat menyediakan panduan dan arahan yang lengkap. Sekiranya kenderaan telekomunikasi tersebut tiba di sesuatu tempat kejadian, sama seperti pusat arahan telah dipindahkah ke tempat kejadian itu dan boleh menyediakan perkhidmatan yang sempurna.

Untuk menjamin perkhidmatan saintifik dan berteknologi tinggi kepada media, piawaian CMMB yakni piawaian siaran multimedia mudah alih yang diselidiki dan dihasilkan oleh Jabatan Pentadbiran Am Radio, Filem dan Televisyen Negara China yang juga akan berkhidmat secara khusus semasa Sukan Olimpik Beijing pada tahun 2008. Piawaian tersebut terutamanya terhadap telefon bimbit dan computer riba. Piawaian itu akan menggunakan isyarat satelit untuk menyokong siaran 25 buah saluran program TV dan 30 saluran program radio. Pada saat ini, jaringan ujian CMMB telah ditubuhkan di Beijing, jaringan itu akan menyediakan perkhidmatan di Beijing, Shanghai, Tianjin dan Shenyang dalam tempoh Sukan Olimpik Tahun 2008.

Selain itu, dalam tempoh Sukan Olimpik Tahun 2008, perkhidmatan internet jalur lebar akan digunakan dengan meluas, kelajuan dan keselamatannya akan terjamin secara serentak. Naib Pengurus Bahagian Pengawalan Telekomunikasi Sukan Olimpik Syarikat China Modiacom, Encik Zhang Ling berkata:

"Kami akan menyediakan perkhidmatan yang berbeza kepada stesen TV dan media yang lain. Kami menghantar program TV melalui optik gentian optik berkembar. Selain itu, kami juga boleh menyisihkan kemalangan secara automatik dengan menggunakan jaringan kami sendiri. Tentang perkhidmatan kepada media yang lain, terutamanya bagi capaian internet dengan luar negara, kami terutamanya akan menyediakan jaringan khas dengan menjamin 150 megabait untuk Sukan Olimpik. Wartawan dan pihak media boleh menghantar maklumat ke negara asing melalui jaringan khas, saya menganggap bahawa jaminan keselamatan perkhidmatan telekomunikasi dan media dalam tempoh Sukan Olimpik pasti dapat diwujudkan."

Selain internet tradisional, Beijing juga akan membina internet jalur lebar tanpa wayar untuk Sukan Olimpik Tahun 2008. Difahamkan, pembinaan internet jalur lebar tanpa wayar sedang dijalankan dengan pesat. Menjelang suku tahun kedua tahun 2008, sebanyak 9,000 capaian jaringan setempat tanpa wayar serta 150 buah stesen perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar akan disediakan di kawasan seluas 275 kilometer persegi di bandar Beijing yang akan meliputi 90% laluan utama dalam bandar. Kelajuan capaian internet jalur lebar tanpa wayar adalah 3 atau 4 kali ganda daripada jaringan setempat tanpa wayar yang sedia ada. Keadaan ini tentu akan dapat memenuhi keperluan Sukan Olimpik terhadap perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar.

Syarikat Telekomunikasi Zhongxing China ialah pembina sistem jalur lebar Sukan Olimpik Athens Greece Tahun 2004, sistem jalur lebar itu telah meliputi semua kemudahan Sukan Olimpik itu termasuk stadium utama, pusat siaran langsung TV satelit antarabangsa, pusat media dan hotel yang menjadi tempat penginapan wartawan. Naib Ketua Pengurus Syarikat Zhongxing, Encik Xu Ming berkata bahawa teknologi syarikatnya sama sekali akan dapat memenuhi keperluan Sukan Olimpik Tahun 2008 Beijing. Katanya:

"Seiring dengan perkembangan teknologi, kami akan menggunakan lebih banyak teknologi yang baru untuk memenuhi pelbagai keperluan perkhidmatan Sukan Olimpik Tahun 2008."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |