v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

IOC Sanjung Tinggi Kerja Persiapan Sukan Olimpik Beijing
2007-07-19 12:00:57 Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, Ketua Pengarah Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Urs Acotte dan Pengarah Eksekutif IOC, Gilbert Felli telah menyanjung tinggi kerja persiapan Sukan Olimpik Beijing tahun 2008 kelmarin. Mereka yakin bahawa bandar Beijing berkemampuan untuk menyelenggarakan Sukan Olimpik yang amat menarik.

Uparaca pelancaran barang pameran untuk "Pameran Barang Berharga Olimpik di China" yang dianjurkan bersama oleh IOC, Jawatankuasa Olimpik China dan Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing di China telah diadakan di Muzium Olimpik di Lausanne Switzerland pagi kelmarin. Lebih 700 unit barang berharga Olimpik akan pertama kali dibawa keluar dari Eropah untuk dipamerkan di pelbagai tempat di China.

Ketika diwawancara dalam upacara itu, Urs Acotte menyatakan bahawa pihak IOC amat berpuas hati terhadap kerja persiapan Sukan Olimpik Beijing. Kini, semua projek sedang dijalankan dengan lancar mengikut rancangan.

 

Acotte yakin bahawa melalui usaha sama pelbagai pihak, rakyat di seluruh dunia pasti akan dapat menonton satu sukan Olimpik yang menarik pada tahun 2008. Beliau berkata bahawa: "Penyelenggaraan sukan Olimpik oleh Beijing pada tahun 2008 merupakan satu peluang yang amat berharga bagi Sukan Olimpik kerana seramai 1/5 penduduk di seluruh dunia akan terlibat dalam temasya sukan itu. Justeru dengan peluang itu, kebudayaan dan nilai tentang Sukan Olimpik akan diperkenalkan kepada orang awam China. Pihak Beijing dan China juga boleh menggunakan peluang itu untuk mendemonstrasikan imejnya yang baik kepada dunia, sama ada dalam aspek pertandingan dan kebudayaan mahupun kemampuan mereka dalam menyediakan perkhidmatan."

Pengarah Eksekutif IOC, Gilbert Felli juga amat berpuas hati terhadap keadaan pembinaan gelanggang dan infrastruktur Sukan Olimpik Beijing. Beliau juga telah menyatakan perhatiannya terhadap masalah kesesakan lalu lintas dan pencemaran udara di Beijing. Beliau berkata bahawa pencemaran udara merupakan satu masalah yang diperhatikan oleh ramai atlet. Pihak berkenaan di China akan mengawal lalu lintas dan menguji tahap pencemaran udara di Beijing supaya dapat mengambil tindakan susulan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |