v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kalangan Orang Cina dan Perantau China di Los Angeles Adakan Aktiviti Untuk Sambut Sukan Olimpik Beijing
2007-07-23 11:40:55 Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, sebuah malam kesenian besar-besaran yang bertemakan Sukan Olimpik akan diadakan di Los Angeles bersempena dengan kira detik setahun Sukan Olimpik Beijing tahun 2008. Aktiviti itu akan membuka tirai penyambutan Sukan Olimpik dalam kalangan orang Cina dan perantau China di A.S..

 Sebuah pertubuhan di Los Angeles yang bernama Jawatankuasa Penyambutan Sukan Olimpik dalam Kalangan Orang Cina Seluruh Dunia pada 20 Julai yang lalu telah mengumumkan penganjuran malam kesenian besar-besaran yang bertemakan "China yang Gemilang---Memberi Sorakan kepada Beijing" pada 12 Ogos akan datang. Sejumlah seniman dan bintang popular China serta pelakon tempatan akan dipelawa untuk membuat persembahan dalam majlis malam kesenian itu bagi meluahkan perasaan kegembiraan kalangan orang Cina di seberang laut terhadap Sukan Olimpik Beijing di samping memohon restu untuk festival sukan itu.

Dalam sidang akhbar yang diadakan pada 20 Julai yang lalu, salah seorang penganjur aktiviti itu, Chen Jun menyatakan bahawa China telah meraih pingat emas Sukan Olimpik buat kali pertama dalam Sukan Olimpik Los Angeles pada tahun 1984. Perkara itu telah menakjubkan kalangan perantau China tempatan. Beliau menambah bahawa menjelang Sukan Olimpik Beijing, perantau China di Los Angeles telah memutuskan untuk mengadakan siri aktiviti yang bertemakan Sukan Olimpik bagi menyemarakkan semangat Olimpik dan kebudayaan China di samping mewujudkan keharmonian dunia.

Dimaklumkan, penganjuran majlis malam kesenian tersebut telah mendapat sokongan yang padu daripada pelbagai lapisan masyarakat Cina tempatan, Pejabat Konsulat China di Los Angeles serta badan kerajaan dan kumpulan kesenian China. Malam kesenian itu akan dirakamkan oleh Stesen Televisen Pusat China (CCTV) untuk disiarkan di seluruh dunia.

Selain itu, pihak Jawatankuasa Penyambutan Sukan Olimpik dalam Kalangan Orang Cina Seluruh Dunia juga merancang untuk mengadakan aktiviti sambutan Sukan Olimpik Beijing secara besar-besaran di Stadium Peringatan yang merupakan gelanggang utama Sukan Olimpik Los Angeles tahun 1984 semasa perkiraan detik 100 hari Sukan Olimpik Beijing iaitu pada 3 Mei tahun 2008. Pegawai kerajaan China dan A.S. serta Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan wakil atlet akan dipelawa untuk menyertai aktiviti itu.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |