v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Teknologi Ramalan Cuaca Sukan Olimpik Beijing 2008 Perlihatkan Konsep Sukan Olimpik Berteknologi Tinggi
2007-07-26 12:29:41 CRI

Cuaca merupakan salah satu faktor alam yang mempengaruhi pertandingan dan aktiviti berkenaan semasa penganjuran Sukan Olimpik. Berdasarkan daripada Sukan Olimpik yang pernah diadakan pada masa dahulu, perkhidmatan ramalam cuaca Sukan Olimpik mendapat perhatian umum. Pusat penerangan Sukan Olimpik Beijing telah mengadakan sidang akhbar tentang "kemudahan infrastruktur dan kejayaan kajian perkhidmatan ramalan cuaca" baru-baru ini. Pegawai Biro Meteorologi Beijing memaklumkan bahawa kini China telah mempunyai sistem ramalam cuaca dalam tempoh yang singkat yang bertaraf tinggi di dunia. China dapat meramalkan perubahan cuaca setiap tiga jam terhadap sesebuah gelanggang. Ini telah memperlihatkan konsep "Sukan Olimpik yang Berteknologi Tinggi".

Dalam sidang akhbar tersebut, Naib Ketua Pengarah Biro Meteorologi Beijing Puan Wang Jianjie memaklumkan bahawa kini sektor kaji cuaca China telah mencapai kemajuan dalam teknologi ramalan cuaca Olimpik. Terutamanya ialah pembinaan jaringan penyeliaan cuaca di Beijing dan kawasan sekitarnya. Beliau berkata: "Kami telah menubuhkan pusat pengawasan dan pengesanan di bandar Beijing dan Qingdao iaitu salah sebuah bandar kerjasama Sukan Olimpik. Kemudahan itu boleh membantu kami segera mengetahui akan perubahan cuaca."

Salah satu konsep Sukan Olimpik Beijing 2008 ialah "Sukan Olimpik yang Berteknologi Tinggi". Konsep itu diperlihatkan dalam bidang ramalan cuaca melalui perkhidmatan ramalan cuaca yang berteknologi tinggi. Beberapa masalah cuaca yang dihadapi oleh pakar cuaca di dunia masih belum diatasi. Oleh itu, berhubung dengan teknologi ramalam cuaca, perkhidmatan ramal awal bandar Beijing dengan kerjasama antarabangsa amat berpotensi besar. Sektor kaji cuaca China telah menubuhkan beberapa pusat pengawasan dan pengesanan yang baru bagi mengumpulkan lebih banyak data cuaca untuk digunakan dalam usaha ramalam cuaca dan teknologi ramal awal.

Selain itu, sektor kaji cuaca di China juga turut telah mencapai kemajuan dalam usaha ramalan cuaca terhadap hujan lebat dan angin kencang. Naib Ketua Pengarah Biro Meteorologi Beijing Puan Wang Jianjie memaklumkan bahawa atas sokongan Kementerian Sains dan Teknologi China, Suruhanjaya Sains dan Teknologi Beijing dan Biro Meteorologi

China, Biro Meteorologi Beijing telah melaksanakan kerjasama dengan sektor kaji cuaca, universiti dan akademi sains dan teknologi luar negara.

Kedua-dua pihak telah menjalankan kajian dan penerokaan tentang teknologi penting dalam usaha perkhidmatan ramalan cuaca untuk Sukan Olimpik. Mereka telah mencapai kejayaan yang pragmatik dalam bidang penempatan jaringan pusat pengawasan dan pengesanan cuaca di Beijing dan kawasan sekitarnya secara saintifik, teknologi ramalan cuaca yang rapi terhadap gelanggang Sukan Olimpik, penubuhan sistem ramalan cuaca bencana yang berlaku secara tiba-tiba seperti hujan lebat, angin kencang, hujan batu dan lain-lain, ujian sains tentang turun hujan secara manual dan kesan perkhidmatan ramalan cuaca terhadap sosioekonomi. Naib Ketua Pengarah Biro Meteorologi Beijing Puan Wang Jianjie menyatakan bahawa: "Apakah peringkat kerapian yang kami akan capai? Semasa penganjuran Sukan Olimpik Beijing 2008 kelak, selain keadaan perubahan cuaca di setiap gelanggang temasya sukan itu, terdapat lebih 30 buah gelanggang yang terletak di kawasan jalan lingkaran kelima di bandar Beijing, akan disediakan perkhidmatan ramalan cuaca setiap tiga jam terhadap setiap gelanggang tersebut bagi tempoh tiga hari akan datang. Antaranya termasuklah suhu, kelembapan dan angin."

Institusi kaji cuaca juga turut membuat cadangan tentang pengurangan dan pengelakan hujan semasa upacara perasmian dan upacara penutupan Sukan Olimpik Beijing 2008 diadakan. Akan tetapi, adakah bahan mangkin yang digunakan dalam usaha tersebut akan menjejaskan alam sekitar? Pegawai Biro Meteorologi Beijing Puan Zhang Qiang menghapuskan kebimbangan orang ramai. Beliau berkata: "Saya telah menjalankan pengiraan bahawa kami hanya telah menggunakan bahan pemangkin seberat 0.5 gram di kawasan seluas satu meter persegi. Saya boleh menyatakan dengan bertanggungjawab bahawa penggunaan bahan pemangkin itu tidak akan menjejaskan alam sekitar."

Kerjasama antarabangsa dan kajian sains dan teknologi meteorologi Olimpik bukan sahaja menyediakan sokongan teknologi yang kukuh bagi perkhidmatan ramalan cuaca Sukan Olimpik, tetapi juga memainkan peranan sebagai pendorong bagi mempercepat pembinaan kemodenan meteorologi China dan meningkatkan perkhidmatan ramalam cuaca di Beijing.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |