v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing Sempurnakan Perkhidmatan kepada Media
2007-08-02 10:21:36 CRI

Menganjurkan Sukan Olimpik yang beristimewa dan bertaraf tinggi merupakan janji China di Beijing kepada masyarakat antarbangsa. Sehubungan dengan itu, perkhidmatan kepada pihak media juga turut mendapat perhatian kerajaan China dan Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing.

Seiring dengan kedatangan tahun 2008, pelbagai usaha pesiapan bagi Sukan Olimpik Beijing 2008 telah memasuki fasa yang paling penting. Selain pembinaan gelanggang pertandingan dan pengadaan pertandingan ujian bagi Sukan Olimpik, Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing juga turut berusaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pihak media. Berdasarkan prinsip terperinci dan sempurna, mereka berusaha untuk menyediakan perkhidmatan yang bermutu tinggi dan senang.

95% pihak media yang telah berdaftar dengan Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing berasal dari negara asing dan kawasan di seberang laut . Untuk menjamin wartawan itu dapat mejayakan liputan tentang Sukan Olimpik Beijing 2008, pihak Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing telah memulakan mekanisme perkhidmatan "stesen sehenti" kepada pihak media semasa persiapan dan penganjuran Sukan Olimpik Beijing 2008. Ketua Pengarah Jabatan Media Massa Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing Encik Sun Weijia menyatakan bahawa: "Berdasarkan prinsip menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada pihak media, Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing telah bersama-sama dengan badan berkenaan kerajaan pusat China dan Beijing menubuhkan mekanisme perkhidmatan 'stesen sehenti' kepada pihak media. Berdasarkan mekanisme itu, kami akan menyediakan perkhidmatan 24 jam kepada pihak media di seluruh dunia."

Di dewan perkhidmatan 'stesen sehenti' di tingkat kelima Bangunan Pusat Penerangan Sukan Olimpik Beijing, wartawan CRI mendapati bahawa 29 buah badan seperti Kementerian Luar China, Kementerian Keselamatan Awam China, Kementerian Komunikasi China, Jabatan Pentadbiran Kastam China, Bank China, Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing dan lain-lain telah membuka kaunter perkhidmatan. Sistem pengurusan yang digunakan dalam perkhidmatan bersama itu dapat menyelesaikan usaha untuk pengurusan surat permohonan, memeriksa, melulus, memberi jawapan dan berkoordinasi dengan 'stesen sehenti'. Wartawan asing akan dapat menyelesaikan pelbagai permohonan pentadbiran dan keperluan perkhidmatan dengan segera di sana. Menyediakan perkhidmatan 'stesen sehenti' kepada pihak media merupakan julung-julung kalinya diadakan dalam sejarah penganjuran Sukan Olimpik dan perkhidmatan itu juga turut merupakan salah satu hasil ciptaan pihak penganjur Sukan Olimpik Beijing dalam perkhidmatan kepada pihak media.

Selain itu, Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing telah mengeluarkan Panduan Perkhidmatan kepada Wartawan Asing Semasa Persiapan dan Penganjuran Sukan Olimpik Beijing, Panduan Perkhidmatan kepada Wartawan Hong Kong dan Makau Semasa Persiapan dan Penganjuran Sukan Olimpik Beijing dan Panduan Perkhidmatan kepada Wartawan Taiwan Semasa Persiapan dan Penganjuran Sukan Olimpik Beijing. Sehubungan dengan itu, Encik Sun Weijia menyatakan bahawa: "Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing mengeluarkan panduan tersebut bertujuan untuk menjelaskan undang-undang dan dasar mengenai liputan tentang Sukan Olimpik Beijing 2008 kepada wartawan asing dan wartawan dari Hong Kong, Makau dan Taiwan."

Berdasarkan maklumat Encik Sun Weijia, panduan tersebut telah melibatkan kandungan yang diperhatikan umum oleh pihak media seperti permohonan visa, tatacara kastam, penyewaan rumah, koordinasi frekuensi radio, permohonan lesen pemandu sementara, cukai, insurans dan lain-lain. Pihak Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing berpendapat bahawa "perincian menentukan kejayaan". Mereka berusaha memberi penjelasan tentang peraturan berkenaan dari segi pandangan pembaca.

Selain menyediakan perkhidmatan yang sempurna kepada wartawan seberang laut, Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing juga turut menyediakan kemudahan yang baik kepada pihak media di dalam negara China. Atas kesungguhan usaha jawatankuasa itu, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa telah meningkat jumlah wartawan di dalam negara China daripada 200 orang kepada 500 orang.

Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing juga telah menyediakan iklim kerja yang baik dan selesa kepada pihak media pelbagai negara. Pusat Penerangan Sukan Olimpik Beijing (MPC) yang seluas 270 ribu meter persegi akan mula digunakan pada tahun ini. Encik Sun menyatakan bahawa: "Contohnya, kami sedang mengkaji penyediaan ruang kerja bagi 1000 orang. Apakah saiz perabot? Berapa soket di atas sesebuah meja dan berapa kapasiti satu soket? Adakah sekot yang kami sediakan selaras dengan plug yang dibawa oleh wartawan asing? Kesemua perkara itu telah kami pertimbangkan. Perkhidmatan kepada pihak media semasa penganjuran Sukan Olimpik merupakan perkara yang mengutamakan perincian. Kami berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang rapi kepada pihak media bagi mewujudkan liputan Sukan Olimpik Beijing yang baik."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |