v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

PBB dan Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing Tandatangani Projek Kerjasama Perkhidmatan Sukarela
2007-07-27 13:48:54 Harian Renmin Ribao

Menurut laporan daripada laman web akhbar Renminribao China, upacara penandatanganan projek kerjasama "Mendorong Perkembangan Perkhidmatan Sukarela China Melalui Penganjuran Sukan Olimpik Beijing Tahun 2008" telah diadakan di Beijing kelmarin. Ketua Pengarah Pusat Pertukaran Ekonomi dan Teknologi Antarabangsa China, Wang Yue, Ketua Pengarah Sukarelawan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNV), Ad De Raad, dan Wakil Program Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) ke China, Subinay Nandy telah menghadiri upacara penandatanganan tersebut.

Projek yang jumlah belanjawannya mencatat 1.4 juta dolar Amerika itu bertujuan untuk menyediakan latihan dalam bidang perekrutan, pengurusan dan pemberian ganjaran kepada sukarelawan kepada kumpulan teras sukarelawan Sukan Olimpik Beijing yang terdiri daripada kira-kira 10 ribu orang. Serentak dengan itu, untuk menyokong pelaksanaan konsep "Sukan Olimpik hijau", kempen peningkatan kesedaran penduduk terhadap perlindungan alam sekitar akan dilancarkan di Beijing, dan aktiviti untuk membudayakan cara hidup mesra alam juga akan diadakan di pelbagai sekolah di Beijing.

"Pihak UNV berasa amat bertuah kerana dapat terlibat dalam kerja perkhidmatan sukarela Sukan Olimpik Beijing. Pada tahun 2008, rakyat seluruh dunia akan menyaksikan sumbangan penting yang diberikan oleh sukarelawan terhadap temasya sukan itu. Kami berharap agar semangat perpaduan dan daya kreatif sukarelawan dalam usaha mendorong kewujudan matlamat pembangunan negara dapat ditunjukkan melalui projek tersebut," kata Ad De Raad dalam upacara penandatanganan tersebut.

"Perkhidmatan sukarela yang dijayakan oleh orang China dengan bakat dan semangat dedikasi mereka sendiri pasti akan memberi kesan mendalam terhadap pembangunan sosioekonomi China. Kami berharap agar usaha kami dapat menggalakkan para sukarelawan Sukan Olimpik supaya terus berusaha untuk memberikan sumbangan kepada kewujudan Matlamat Pembangunan Milenium dan masyarakat kaya," kata Subinay Nandy.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |