v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Bandar Qingdao China Dorong Pelaksanaan Konsep "Olimpik Kemanusiaan"
2007-08-02 16:00:58 Harian Renmin Ribao

Berdasarkan laporan daripada laman web akhbar Renminribao China, pihak Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat bandar Qingdao China telah mengadakan sidang jawatankuasa tetap baru-baru ini. Para peserta telah mengadakan perbincangan mengenai pendorongan pelaksanaan konsep "Olimpik kemanusiaan" dan peningkatan taraf kecekapan penduduk dan tahap peradaban di bandar Qingdao.

Konsep "Olimpik Kemanusiaan" yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Penganjuran Sukan Olimpik Beijing itu merupakan satu konsep baru bagi Sukan Olimpik. Maka apakah caranya untuk mendorong pelaksanaan konsep tersebut? Ahli Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat bandar Qingdao, Chen Hongquan mencadangkan supaya pihak penganjuran menggabungkan penganjuran Sukan Olimpik dengan pembangunan bandar serta peningkatan taraf hidup penduduk Qingdao agar meningkatkan taraf ideologi, etika, kebudayaan dan kesihatan serta kesedaran undang-undang mereka, sekali gus membaiki secara menyeluruh taraf pengurusan dan persekitaran bandar serta kualiti perkhidmatan pelbagai sektor di bandar Qingdao.

Peningkatan taraf pengurusan bandar merupakan satu kandungan utama dalam usaha mendorong pelaksanaan konsep "Olimpik kemanusiaan". Ahli tetap Zhao Wenyuan berpendapat bahawa bandar Qingdao sebagai salah sebuah bandar penganjur Sukan Olimpik Beijing, keefisienan dan taraf pengurusan bandarnya masih kurang memuaskan pada masa ini. Beliau mencadangkan supaya menubuhkan satu pusat perkhidmatan pengurusan bandar bagi menyelesaikan pelbagai masalah yang berkaitan dengan pengurusan bandar.

Ahli tetap Fang Yi pula berpendapat bahawa penyemarakan semangat "Olimpik kemanusiaan" memerlukan penglibatan semua penduduk bandar Qingdao. Beliau menyeru pihak penganjuran agar memberi perhatian tinggi terhadap pengamalan semangat "Olimpik kemanusiaan" dalam kalangan remaja dan penyebaran semangat itu di kawasan luar bandar. Beliau mencadangkan supaya badan-badan berkenaan giat menyediakan syarat bagi golongan remaja untuk melibatkan diri dalam Sukan Olimpik, dan menggabungkan penyemarakan semangat "Olimpik kemanusiaan" dengan pembangunan kebudayaan desa baru untuk mendorong pembinaan desa baru yang harmoni.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |