v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Lawatan Olimpik Fuwa telah Diselesaikan Pembikinanya.
2007-08-09 10:45:03 CRI

Hari ini 8 Ogos 2007. Sukan Olimpik Beijing 2008 akan diramikan di Beijing pada 8 Ogos tahun depan iaitu hanya tinggal setahun sahaja lagi sehingga temasya sukan itu berlangsung. Adakah saudara masih ingat akan maskot Sukan Olimpik Beijing iaitu lima Fuwa yang bernama Beibei, Jingjing, Huanhuan, Yingying dan Nini? Baru-baru ini, seratus episod rancangan kartun yang bertajuk "Lawatan Olimpik Fuwa" telah diselesaikan pembikinannya. Lima Fuwa telah menjadi watak utama dalam rancangan kartun itu. Jadi, bagaimana persembahan mereka? Marilah kita sama-sama mengetahui perkara itu.

Setelah diberi mandat oleh Suruhanjaya Penganjur Sukan Olimpik Beijing dan diperuntukkan 50 juta yuan RMB oleh Jabatan Penerangan Jawatankuasa Bandar Beijing Parti Komunis China, rancangan kartun itu diterbitkan bersama-sama oleh Stesen TV Beijing dan Syarikat Rancangan TV Kartun Kaku Beijing. Rancangan kartun "Lawatan Olimpik Fuwa" tersebut merupakan siri kartun yang memilih maskot Olimpik sebagai watak utama berskop paling besar setakat ini.

Karnival Kartun Kaku telah diadakan di Pusat Pameran Pertanian China, Beijing pada 21 hingga 27 Julai lalu. Peminat kartun dari pelbagai tempat di China berpeluang untuk berkomunikasi dengan bintang kartun dalam TV. Fokus karnival kali ini merupakan rancangan kartun "Lawatan Olimpik Fuwa". Dalam tempoh tujuh hari pengadaan kavnival itu, 20 episod pertama kartun Lawatan Olimpik Fuwa telah ditayangkan di dalam dewan tayangan di tapak kanvinal itu.

Untuk mendapat lebih banyak maklumat tentang kartun itu, wartawan CRI telah mewawancara Naib Ketua Pengarah Syarikat Rancangan TV Kartun Kaku Beijing, Puan Li Guo. Semasa memperkatakan ilham penciptaan kartun itu, Puan Li Guo menyatakan bahawa: "Sukan Olimpik Beijing 2008 merupakan temasya sukan yang mendapat perhatian seluruh dunia. Sehubungan dengan itu, kami harus memberikan sumbangan kami sendiri untuk Sukan Olimpik Beijing. Oleh itu, kami telah bercadang untuk mencipta sebuah rancangan kartun pada tahun lalu. Kartun memang diminati oleh kanak-kanak. Jadi, kami bercadang menciptakan sebuah rancangan kartun tentang cerita Olimpik dan menyebarkan konsep Olimpik kepada orang ramai melalui kaedah yang amat istimewa iaitu kartun. Sebenarnya, kartun itu bukan sahaja disukai oleh kanak-kanak, tetapi juga menarik perhatian kalangan remaja."

Stesen TV Beijing telah bekerjasama dengan Syarikat Rancangan TV Kartun Kaku mengumpul cadangan dan senario daripada seluruh rakyat negara China. Aktiviti itu mendapat perhatian dan penyertaan meluas daripada pelbagai lapisan masyarakat. Pihak penganjur telah menerima beberapa ribu cadangan dan senario dalam tempoh beberapa bulan.

Selepas rancangan, pengumpulan senario dan penciptaan yang berlangsung selama setahun, maka hasilnya 20 episod pertama Lawatan Olimpik Fuwa telah berjaya diselesaikan. Puan Li Guo memaklumkan bahawa: "Kartun ini terdiri daripada 100 episod dan setiap episode selama 11 minit. Kini, kami telah selesaikan 20 episod pertama. Karnival kartun telah dirasmikan pada 21 Julai. Kami telah mengadakan upacara tayangan perdana Lawatan Olimpik Fuwa pada hari itu. Kami juga turut menayangkan 20 episod kartun itu di dalam dewan tayangan khas di tapak kanival itu. Kartun itu telah menarik perhatian ramai kanak-kanak."

Pada pukul 9 pagi, pusat pameran karvinal kartun itu telah dipenuhi oleh orang ramai. Di dalam dewan tayangan Lawatan Olimpik Fuwa, orang ramai sedang menikmati kartun itu dengan penuh berminat.

Seorang kanak-kanak yang baru keluar dari dewan tayangan itu memberitahu wartawan bahawa: "Kartun ini sangat bagus, saya suka akan Fuwa. Dalam kartun itu juga diceritakan banyak pengetahuan tentang Olimpik."

Seorang ibu Zhao Shunying berpendapat bahawa kartun itu dapat mempopularkan maklumat tentang Olimpik. Beliau berkata: "Saya rasa rancangan kartun itu amat baik. Semasa menonton kartun itu, kanak-kanak dapat mempelajari banyak pengetahun tentang Olimpik. Saya juga mendapatkan banyak pengetahuan."

Lagu tema rancangan "Kartun Lawatan Olimpik Fuwa" dipersembahkan oleh Liu Huan, penyanyi terkenal di China. Puan Li Guo memaklumkan bahawa: "Kami telah mengekalkan standard yang tinggi dalam proses penciptaan kartun itu. Kami mementingkan setiap segmen dan mengharapkan penyertaan pencipta-pencipta yang unggul. Kumpulan penasihat kami terdiri daripada pencipta kartun yang terkenal di Tanah Besar, Taiwan, Hong Kong dan Makau China. Mereka telah menyumbang buah fikiran yang amat bagus."

Cerita "Lawatan Olimpik Fuwa" berlaku dalam keluarga seorang kanak-kanak yang bernama Da You. Fuwa merupakan hadiah yang diberi oleh ibu bapa Da You semasa hari jadinya yang ke-8 tahun. Jadi, cerita yang menarik telah berlaku antara Fuwa dengan alat-alat mainan Dayou yang lain. Semasa orang lain semua tiada, alat-alat mainan itu akan 'hidup' semula. Fuwa membawa alat-alat mainan itu melawat pelbagai gelanggang Sukan Olimpik dan menceritakan asal usul dan perkembangan Olimpik, peraturan dalam Sukan Olimpik serta cerita-cerita terkenal dalam sejarah Sukan Olimpik.

Rancangan Kartun Lawatan Olimpik Fuwa akan dipopularkan di luar negara secara berperingkat-peringkat, setakat itu, penonton asing turut boleh menikmati ranacangan kartun yang menggabungkan keistimewaan China dengan semangat Olimpik itu.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |