v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pelbagai Kerja Persiapan bagi Sukan Olimpik Beijing 2008 Berjalan Lancar
2007-08-08 16:57:38 Agensi Berita Xinhua China

Laman Web Agensi Berita China, 6 Ogos 2007: sempena kira detik setahun penganjuran upacara perasmian Sukan Olimpik Beijing 2008, pihak Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing telah mengadakan sidang akhbar baru-baru ini. Naib Presiden Eksekutif Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing, Encik Wang Wei dan Encik Jiang Xiaoyu telah memberi takimat tentang kemajuan terkini kerja persiapan Sukan Olimpik Beijing dalam siding akhbar tersebut. Encik Wang Wei menyatakan bahawa penganjuran Sukan Olimpik Beijing telah mendapat sokongan padu daripada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) serta kerajaan pelbagai peringkat dan pelbagai lapisan masyarakat di China. Kini, pelbagai kerja persiapan bagi temasya sukan itu sedang berjalan dengan lancar.

Beliau memaklumkan bahawa pada umumnya, pelbagai kerja persiapan bagi Sukan Olimpik Beijing sedang berjalan dengan lancar mengikut rancangan yang ditetapkan.

Pertama, pembinaan gelanggang Sukan Olimpik dan kemudahan sampingan yang lain sedang dipercepat. Terdapat 37 buah gelanggang dan 55 buah gelanggang latihan akan digunakan untuk Sukan Olimpik Beijing. Setakat ini, stadium Pusat Sukan Olimpik Bandar Qingdao dan Shenyang serta gelanggang eknestrian Hong Kong telah siap dibina. Terdapat 12 buah stadium baru yang termasuk Stadium Nasional dan Pusat Aquatik Negara telah selesai dibina struktur utamanya, hiasan dalaman dan pemasangan mesin dan alat elektronik sedang dijalankan. Di samping itu, 11 buah projek pengubahsuaian dan peluasan gelanggang yang sedia ada telah dimulakan. Selain itu, 8 projek pembinaan bangunan sementara yang lain juga sedang dijalankan dengan lancar. Padang Sofbol Fengtai telah mula beroperasi. Selain Stadium Nasional yang akan disiapkan pada awal tahun 2008, kesemua gelanggang yang lain akan selesai dibina pada penghujung tahun ini.

Kedua, kerja penyelenggaraan pertandingan dan kerja persiapan bagi Sukan Paralimpik Beijing telah mencapai kemajuan. Kini, agenda pelbagai acara Sukan Olimpik Beijing telah ditetapkan. Pembinaan kemudahan tanpa halangan di gelanggang dan bandar sedang dijalankan dengan lancar mengikut rancangan yang ditetapkan.

Ketiga, kerja reka bentuk upacara perasmian Sukan Olimpik Beijing akan diselesaikan tidak lama lagi.

Keempat, kerja penyelenggaraan aktiviti larian obor Sukan Olimpik Beijing telah dilancarkan dan kempen pemilihan pembawa obor telah dilancarkan pada 23 Jun yang lalu.

Kelima, kerja penjualan tiket bagi Sukan Olimpik Beijing sedang dijalankan dengan lancar dan jualannya amat memuaskan.

Keenam, kerja perekrutan dan latihan sukarelawan telah mencapai kemajuan. Kerja perekrutan sukarelawan telah dilancarkan secara menyeluruh di pelbagai tempat di China. Lebih 560 ribu orang telah mendaftar untuk menjadi sukarelawan dalam Sukan Olimpik Beijing dan Sukan Paralimpik.

Ketujuh, perkhidmatan pengangkutan dan persekitaran ekologi di bandar telah dibaiki. Konsep "Olimpik hijau" telah dilaksanakan secara menyeluruh dalam usaha tersebut.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |