v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

China Akan Ambil Siri Langkah Bagi Memastikan Keselamatan Kesihatan Awam Terjamin Semasa Penganjuran Sukan Olimpik Beijing 2008
2007-08-10 18:14:12 Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, sebelum dan semasa penganjuran Sukan Olimpik Beijing tahun 2008, badan-badan berkenaan di China akan mengesan wabak penyakit berjangkit dengan lebih awal melalui rangkaian pengawasan dan pengesanan yang memfokuskan kepada tanda-tanda penyakit tertentu. Rangkaian pengawasan yang kadar liputannya tinggi boleh memberi amaran awal mengenai wabak dan respons yang bertepatan masa terhadap kemunculan jangkitan. Ini akan memastikan keselamatan kesihatan awam terjemin semasa penganjuran Sukan Olimpik 2008.

Demikian dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Pusat Pencegahan dan Pengawalan Penyakit China (CDC), Wang Yu dalam seminar yang bertemakan "Pencegahan Penyakit, Vaksin dan Keselamatan Bandar" baru-baru ini.

Kini, keselamatan kesihatan awam telah menjadi prasyarat dan faktor yang mesti dijamin bagi pelbagai negara di dunia untuk menganjurkan temasya sukan antarabangsa yang berskala besar-besaran seperti Sukan Olimpik. Pelbagai negara di dunia telah mengambil siri tindakan yang khusus untuk menjamin keselamatan kesihatan awam semasa menganjurkan aktiviti pertandingan sukan.

Pegawai CDC, Dong Xiaoping menyatakan bahawa pencegahan dan pengawalan wabak selesema burung semasa penganjuran Sukan Olimpik Beijing merupakan satu usaha yang perlu diberi perhatian. Antaranya penggunaan vaksin merupakan langkah yang paling berkesan untuk menjayakan usaha tersebut, maka simpanan vaksin yang bersifat strategik harus disediakan mengikut keperluan pelbagai tempat dan ciri-ciri pelbagai sektor di China.

Dalam seminar itu, para pakar telah memberi syarahan mengenai tindakan dan pengalaman penjaminan keselamatan kesihatan awam semasa penganjuran Sukan Olimpik Athens serta strategi dan tindakan untuk menangani kejadian kecemasan berkenaan di Beijing. Selain itu, mereka juga telah membincangkan kaedah bagi membentuk dan menyempurnakan sistem pencegahan dan pengawalan kejadian kesihatan awam yang memenuhi piawaian, teratur dan berefisien tinggi di samping memperkenalkan tindakan pencegahan dan pengawalan penyakit yang menjadikan penvaksinan sebagai bentuk utamanya.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |