v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

IOC Lancarkan Prosedur Permohonan Hak Penganjuran Sukan Olimpik Musim Panas Belia
2007-08-14 13:38:43 Agensi Berita Xinhua China

Berdasarkan laporan laman web rasmi Sukan Olimpik Beijing tahun 2008 kelmarin, pihak Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) telah melancarkan secara rasmi prosedur permohonan hak penganjuran Sukan Olimpik Musim Panas Belia pertama pada tahun 2010 pada 10 Ogos yang lalu. Dalam upacara perasmian itu, pihak IOC telah memperkenalkan prosedur tersebut kepada Jawatankuasa Olimpik daripada 205 buah anggota IOC secara terperinci.

Pemain yang berumur 14 hingga 18 tahun akan berkelayakan untuk menyertai Sukan Olimpik itu. Pelbagai anggota harus menunjukkan hasrat masing-masing untuk menjadi bandar penganjur sebelum 31 Ogos akan datang, dan laporan permohonan berkenaan harus diserehkan pada 26 Oktober tahun ini. Dimaklumkan, bandar penganjur akan dipilih oleh IOC melalui pengundian pada Februari tahun 2008 berdasarkan laporan penilaian yang dibuat oleh jawatankuasa penilai, dan nama bandar penganjur terakhir akan diumumkan sebelum penghujung bulan itu.

Dalam Sidang Pleno Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa ke-119 yang diadakan di Guatemala pada 5 Julai yang lalu, ahli IOC telah meluluskan resolusi melalui pengundian tentang penganjuran Sukan Olimpik Belia. Pengerusi IOC, Jacques Rogge menyatakan bahawa penganjuran Sukan Olimpik Belia bertujuan untuk menggalakkan golongan muda-mudi supaya lebih banyak menyertai pelbagai kegiatan sukan, merasai keseronokan yang dibawa oleh sukan agar mengurangkan masa mereka untuk memainkan komputer dan menonton TV.

Kini, terdapat 5 hingga 6 buah bandar yang sudah menyatakan kesediaan mereka untuk menganjurkan Sukan Olimpik Musim Panas Belia pertama pada tahun 2010. Dimaklumkan, Sukan Olimpik Musim Panas Belia Tahun 2010 akan diadakan bermula pada 6 hingga 29 Ogos tahun 2010, dan kira-kira 3500 orang atlet akan menyertai temasya sukan itu. Berdasarkan rancangan IOC, bandar penganjur akan menganjurkan temasya sukan tersebut dengan menggunakan stadium dan kemudahan yang sedia ada, dan belanjawan awalnya mencatat 30 juta dolar Amerika.

Kesemua 26 acara pertandingan Sukan Olimpik Musim Panas Belia Tahun 2010 akan dipilih daripada acara pertandingan rasmi Sukan Olimpik London Tahun 2012. Kini, beberapa butir tentang penganjuran Sukan Olimpik Musim Panas Belia masih perlu dibincangkan.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |