v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Sukan Olimpik Jadi Bahan Pemangkin Pertumbuhan Ekonomi Beijing
2007-08-16 17:20:19 CRI

Sebuah roket yang dilancarkan ke ruang udara memerlukan bahan bakaran, bersamaan dengan itu, pembangunan ekonomi sesebuah bandar juga turut memerlukan pelbagai "bahan pemangkin ekonomi". Beijing akan menganjurkan Sukan Olimpik Musim Panas ke-29 pada tahun 2008. Kini, Sukan Olimpik telah menjadi bahan pemangkin bagi pertumbuhan ekonomi Beijing yang pesat.

Pusat Penerangan Sukan Olimpik Beijing telah mengadakan sidang akhbar yang bertajuk "Perkembangan Sosiokonomi Beijing pada Separuh Tahun Pertama Tahun 2007" baru-baru ini. Naib Biro Statistik Beijing Puan Yu Xiuqin memaklumkan bahawa ekonomi Beijing telah mengekalkan pertumbuhan yang stabil dan pesat pada separuh tahun pertama tahun ini. Beliau berkata: "Iklim dalaman dan luaran bagi pertumbuhan ekonomi Beijing adalah baik. Arah aliran pertumbuhan ekonomi sedunia yang pesat tidak akan berubah dan ekonomi China juga turut akan mengekalkan pertumbuhan yang pesat. Sukan Olimpik semakin memainkan peranan sebagai pendorong bagi ekonomi Beijing."

Berdasarkan data berkenaan, dalam persiapan bagi Sukan Olimpik Beijing yang berlangsung selama enam tahun, cara perkembangan ekonomi Beijing mengalami perubahan yang besar, pembinaan bandar dan tahap perkhidmatan meningkat dengan ketara dan penduduk Beijing menikmati kehidupan yang semakin mewah. Persiapan bagi Sukan Olimpik 2008 telah mendorong taraf kawalan operasi dan perkhimatan bandar, meningkatkan pembukaan, pertukaran dan kerjasama Beijing dan membaiki taraf hidup penduduk Beijing.

Puan Yu Xiuqin berpendapat bahawa Beijing dapat mewujudkan pertumbuhan ekonominya yang stabil, pesat dan berterusan berkait rapat dengan penganjuran Sukan Olimpik. Beliau berkata: "Antara peruntukan bagi kemudahan infrastruktur ialah sebahagian peruntukan langsung telah digunakan dalam persiapan Sukan Olimpik. Contohnya, tenaga sumber, lalu lintas, kehijauan taman, kesihatan awam, telekom unikasi dan pembinaan kemudahan pengairan. Saya rasa sebahagian daripada peruntukan dalam pembinaan kemudahan infrastruktur berkait rapat dengan persiapan Sukan Olimpik Beijing."

Industri pembinaan merupakan industri yang mencapai perkembangan paling besar dalam pengajuran Sukan Olimpik pada masa dahulu. Pihak penganjur pelbagai Sukan Olimpik telah banyak memperuntukkan modal dalam pembinaan gelanggang pertandingan dan kemudahan infrastruktur. Peruntukan tersebut mendorong perkembangan industri pembinaan. Selain itu, atas konsep Sukan Olimpik yang hijau dan Sukan Olimpik yang berteknologi tinggi, Beijing telah mewujudkan penyusunan semula struktur industri. Kini, industri pengeluaran teknologi tinggi, industri teknologi canggih telah menduduki nisbah yang lebih besar dalam struktur industri Beijing dan memberikan hampir separuh sumbangan bagi pertumbuhan industri Beijing. Puan Yu Xiuqin berkata: "Di samping itu, disebabkan oleh pelaksanaan konsep Sukan Olimpik yang hijau, industri yang menggunakan banyak sumber tenaga dan yang mengakibatkan pencemaran alam sekitar yang serius telah dikeluarkan daripada beroperasi dalam industri Beijing secara berperingkat-peringkat. Saya berpendapat bahawa ini merupakan peluang perkembangan baru yang didatangkan oleh Sukan Olimpik Beijing 2008 dan juga telah turut menyediakan syarat yang baik untuk mewujudkan perkembangan ekonomi Beijing yang stabil, sihat dan berterusan pada masa depan."

Sejak penganjuran Sukan Olimpik 1984, pelaburan dan pembayaran yang didatangkan oleh temasya sukan itu bukan sahaja memberi kesan posotif terhadap ekonomi bandar penganjur dan kawasan sekitarnya, tetapi juga meningkatkan kadar pengambilan tenaga kerja.

Naib Biro Statistik Beijing Puan Yu Xiuqin menyatakan bahawa memperoleh hak penganjuran Sukan Olimpik 2008 bermakna menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan di Beijing. Kini, kadar pengangguran di Beijing hanya mencatat 2% sahaja. Beliau berkata: "Kadar pengangguran itu telah menurun dengan besar berbanding dengan beberapa tahun lalu. Berdasarkan daripada teori ekonomi Barat, kadar pengangguran 4% dianggap sebagai kadar pengangguran yang rendah. Oleh itu, dapatlah dikatakan bahawa Sukan Olimpik telah menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada kami."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |