Lawatan Universiti Pengajian Bahasa-Bahasa Asing Beijing (BFSU) ke Malaysia
22 Ogos hingga 5 September 2007
Tujuan:
Mencapai objektif-objektif berikut:
Membina rangkaian pendidikan yang baru dan memperkukuhkan lagi rangkaian pendidikan serantau yang sedia ada untuk melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan menerusi lawatan delegasi ini;
Menarik minat pelajar luar negara dalam mempelajari bahasa dan budaya Melayu;
Mewujudkan kerjasama bahasa serta menyemai dan menyuburkan semangat integrasi, menghargai nilai estetika seni, budaya dan warisan bangsa di antara kedua belah pihak;
Menyelami adat resam dan cara hidup masyarakat tempatan;
Mengerat hubungan persahabatan di kalangan kerajaan Malaysia khasnya Kementerian Pelajaran Malaysia dengan BFSU.
Aktiviti-aktiviti:
Lawatan Sekitar Putrajaya;
Program bersama UM;
Program bersama KeKKWa;
Lawatan ke Negeri Sembilan;
Lawatan ke Melaka ;
Program Bersama Kolej Matrikulasi Johor;
Program Bersama Dewan Bahasa dan Pustaka;
Program Home-Stay di Gombak, Selangor (Pergerakan Puteri Umno Malaysia ).
|