v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Projek Perintis Penerokaan dan Penggunaan Sumber Tenaga Bersih Mula Dilaksanakan di Beijing
2007-08-24 12:41:07 Agensi Berita China

Menurut Agensi Berita China, projek perintis mengenai penerokaan dan penggunaan tenaga solar, tenaga angin dan tenaga haba bumi telah mula dilaksanakan di Beijing. Demikian dimaklumkan oleh Naib Datuk Bandar Beijing Ji Lin dalam seminar "Menggunakan Sumber Tenaga Secara Rasional bagi Mendorong Pembinaan Masyarakat Penjimat Sumber Ibu Negara" yang diadakan pada 21 Ogos yang lalu.

Seiring dengan pembangunan pesat bandar Beijing pada tahun-tahun kebelakangan ini, isu sumber tenaga telah mendapat perhatian umum. Dalam seminar anjuran Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat Bandar Beijing tersebut, para peserta telah melontarkan pandangan masing-masing tentang keadaan sumber tenaga di Beijing, dan juga mengemukakan beberapa cadangan.

Ahli Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat Bandar Beijing yang juga Naib Ketua Pengarah Biro Urusan Air Bandar Beijing, Zhang Shouquan menyatakan bahawa bandar Beijing menghadapi masalah kekurangan sumber air, maka kerajaan bandar Beijing akan mempercepat usaha pengitaran semula dan penggunaan semula air.

"Kadar rawatan air kumbahan di Bandar Beijing telah mencatat 90 peratus. Dengan itu, air yang dikitar semula telah menjadi sebahagian penting dalam sumber air Beijing. Disebabkan oleh kosnya yang jauh lebih rendah daripada penyahmasinan air laut, maka penggunaan air tersebut telah menjadi kaedah berkesan bagi merealisasikan penggunaan semula air," kata Zhang Shouquan.

Ketika menyebut pembekalan elektrik, ketua jurutera Syarikat Grid Utara China Bhd., Liu Yongqi menjelaskan bahawa 30 peratus daripada jumlah keseluruhan bekalan kuasa elektrik di Beijing dijana oleh loji janakuasa elektrik tempatan, dan 70 peratus yang lain bergantung kepada pembekalan kuasa elektrik dari tempat lain di China. Beliau menyatakan bahawa kini, kerajaan bandar Beijing sedang berusaha supaya pembekalan kuasa elektrik dari pelbagai tempat ke Beijing melalui pelbagai saluran untuk menjamin keselamatan system jaringan bekalan elektrik bandar itu.

Dalam seminar tersebut, Naib Datuk Bandar Beijing, Ji Lin juga menyatakan bahawa kini, masalah kekurangan sumber tenaga dan kecekapan penggunaan tenaga yang kurang tinggi tetap wujud di Beijing. Sehubungan dengan itu, kerajaan bandar Beijing akan meningkatkan penyusunan semula struktur sumber tenaga di samping giat meneroka sumber tenaga baru bagi menjamin pembangunan ekonomi secara pesat dan sihat di Beijing.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |