v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Catatan Harian 23 Ogos - Wang Di
2007-08-24 15:35:43 CRI

Mengisikan Kemerdekaan dalam Pendidikan Negara Malaysia

"Merdeka! Merdeka! Merdeka!" bergema berterusan di atas lapangan apabila perhimpuan bulanan Kementerian Pelajaran Malaysia diadakan pada pagi ini. Apabila saya dengar itu, saya hendak tanya, masih ada berapa orang, khususnya bagi generasi pasca merdeka, boleh memahami apa ertinya "merdeka"?

Memang tidak hairanlah bahawa generasi muda ini masih tidak dapat menghayati erti kemerdekaan. Hal ini demikian kerana lebih daripada 75 peratus daripada rakyat Malaysia lahir selepas 31 Ogos tahun 1957 atau selepas zaman penjajahan. Kesenangan hidup yang dinikmati oleh generasi muda dalam sebuah negara yang sudah merdeka tanpa melalui jerih penderitaan pada zaman penjajahan melekakan mereka sehingga kurang menghayati erti kemerdekaan, perasaan cinta akan negara, dan pembentukan jati diri bangsa. Generasi muda perlu diberi kesedaran bahawa walaupun negara berada dalam keadaan aman dan selamat, namun usahlah lalai ancaman globalisasi ketika ini dari negara Amerika Syarikat yang mahu menghapuskan sempadan politik, ekonomi, budaya dan identiti negara-negara lain. Hal ini adalah penjajahan baharu yang tidak kurang bahaya kepada budaya, ekonomi dan masyarakat negara yang merdeka. Globalisasi adalah gejala dunia yang kita tidak dapat menolaknya sama sekali, tetapi dengan mempunyai jati diri, kita boleh membuat pilihan dan penyesuaian supaya globalisasi tidak menjajah kita seluruhnya. Lantaran itu, cabaran kepada generasi selepas merdeka sama besarnya dengan cabaran generasi pejuang kemerdekaan. Namun, istilah "merdeka" telah diberikan konsep baharu selaras dengan perubahan zaman, yakni mendapat kebebasan daripada penjajahan dalam segi bahasa, budaya dan falsafah.

Setahu saya, sekarang Kementerian Pelajaran Malaysia sedang menonjolkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Salah satu teras utama PIPP adalah pembinaan modal insan berminda kelas pertama yang mempunyai jati diri dan mengikut acuan sendiri. Bermakna, negara memerlukan rakyatnya yang bukan sahaja berfikiran kreatif dan terbuka, berdisiplin tinggi serta berdaya tahan, malah mempunyai jati diri serta berbudaya tinggi. Program pada petang ini yang dianjurkan untuk melawat ke Sekolah Sukan Bukit Jalil serta Sekolah Seni juga telah meyakinkan kami. Kecemerlangan yang dicapai oleh Sekolah tersebut yang mengeluarkan ramai atlet bertaraf antarabangsa amat dikagumkan. Kemudian, kami juga berpeluang dapat belajar cara permainan Congkak, iaitu satu permainan tradisionl Melayu dan juga menikmati persembahan kesenian tradisional seperti nyanyian, tarian zapin dan silat. Tidak dapat dinafikan bahawa pendidikan Malaysia sangat mementingkan mempertahankan budaya tradisional mereka sendiri bahkan memartabatkan bangsa Malaysia di persada dunia. Selain itu, jamuan makan malam bersama dengan YB Dato' Seri Hishammudin bin Tun Hussein telah membuktikan sekali lagi dasarnya. Semua peranan untuk persembahan malam ini yang dijemput oleh Dato' Seri adalah murid-murid comel sekolah rendah dari negeri-negeri yang pandai mementaskan budaya tradisional sendiri.

Pada sesi terakhir malam ini, apabila saya dengar Dato' Seri Hishammudin mengetuakan murid-murid melaungkan sekali lagi "Merdeka! Merdeka! Merdeka!", telah saya tengok kemajuan dan kecemerlangan yang akan dicapai oleh negara Malaysia pada separuh abad mendatang.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |