v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Catatan Harian 23 Ogos - He Rongzong (Hashim)
2007-08-24 15:57:48 CRI

"Malaysia cemerlang, gemilang dan terbilang" telah menjadi satu slogan yang paling popular baru-baru ini sempena Hari Kebangsaan ke-50 Malaysia pada 31 hb. Ogos tahun ini.

Hari ini kami telah membuat lawatan ke Putrajaya. Pada awal pagi kami telah bangun dan apabila tiba di tempat destinasi kami masih berasa mengantuk. Tetapi sewaktu kami masuk ke dalam dataran yang ada kegiatan-kegiatan sedang dijalankan itu, perasaan mengantuk kami telah terhilang dengan segera.

Walaupun dataran itu sangat besar luasannya, tetapi juga ada ramai orang kumpul di situ. Kami semua pernah belajar tentang budaya Melayu di Beijing dan juga telah tinggal di Malaysia hampir selama dua bulan. Kami telah menyaksikan apa kami belajar dalam kursus Budaya Melayu iaitu orang Melayu sangat sopan santun dan perbuatan mereka amat lembut lagi halus juga. Tetapi hari ini semuanya berbeza, orang yang kumpul di dataran itu sedang bersenam dengan kuat dan aktif tanpa malu atau apa-apa rasa enggannya. Y.A.B Datuk Hishammuddin, sebagai Menteri Pelajaran, beliau juga mengetuai orang ramai berteriak slogan "Merdeka" dengan penuh semangat dan kekuatan suara. Saya memang sangat kagum dengan semangat patriotisme mereka. Slogan "Merdeka! Merdeka! Merdeka!" ini masih bergumandang dalam ingatan saya walaupun saya telah balik ke asrama.

Sekarang kami sedang melanjutkan pelajaran kami di Unversiti Melaya yang terletak di Kuala Lumpur, tetapi hari ini saya memang tertarik hati oleh pandangan yang indah dan permai di bandar Putrajaya. Jabatan Perdana Menteri, Masjid Putrajaya dan PICC, semuanya menarik hati sekali. Sebagai satu kawasan pentadbiran yang baru, Putrajaya tentulah penuh dengan bangunan megah, tetapi bandar Putrajaya tidak begitu sesak kalau dibandingkan dengan Kuala Lumpur.

Walaupun saya berasa sungguh penat dalam lawatan hari ini, tetapi saya rasa amat gembira dan bertuah kerana ada peluang untuk menikmati pandangan yang sungguh indah dan makanan jamuan yang sungguh sedap di Hotel Istana hari ini. Ia tentulah akan menjadi satu pengalaman yang cantik dan tidak akan lupa bagi kamu semua.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |