v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Menteri Pelajaran Malaysia: Pertukaran dan Interaksi antara Generasi Muda Malaysia-China akan Diperluas Lagi
2007-08-24 17:41:49 CRI

Menurut berita CRI, Menteri Pelajaran Malaysia, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan, pertukaran dan interaksi antara generasi muda Malaysia-China perlu diperluas lagi.

Demikian dinyatakan oleh beliau dalam majlis makan malam sempena lawatan delegasi Universiti Pengajian Bahasa-bahasa Asing Beijing (BFSU) di Hotel Istana, Kuala Lumpur semalam.

Dalam ucapannya yang diberi dalam majlis tersebut, Dato' Seri Hishammuddin berkata, hubungan antara generasi dan anak-anak muda Malaysia-China perlu sentiasa dipertambah dan diperhebatkan. Interaksi seperti lawatan delegasi BFSU kali ini diharap dapat diperluas dan diperhebat lagi pada masa yang akan datang.

Dalam majlis makan malam semalam, para pelajar BFSU telah mempersembahkan nyanyian dan tarian Melayu yang menarik kepada para hadirin. Tentang lawatan BFSU kali ini, Dato' Seri Hishammuddin menyatakan, kehadiran pelajar-pelajar dari China yang mengiktiraf budaya Melayu dan menyatakan kekaguman mereka terhadap Malaysia telah memberikan rakyat Malaysia semangat untuk membina sebuah negara selepas 50 tahun merdeka. Itulah yang perlu dihargai oleh setiap warga Malaysia.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |