v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Cerita Gao Dianmin, Salah Seorang Wartawan Sukan Veteran China Mengenai Sukan Olimpik
2007-08-30 15:19:16 CRI

Dalam arena wartawan sukan di China, hampir setiap orang mengenali Gao Dianmin. Dalam Sukan Olimpik Los Angeles 1984, Encik Gao Dianmin merupakan wartawan China pertama yang melaporkan berita bertajuk "China Raih Pingat Emas Pertama dalam Sukan Olimpik". Kini, Encik Gao Dianmin telah menjawat jawatan sebagai Ketua Sidang Pengarang Berita Sukan Agensi Berita Xinhua China merangkap ahli Suruhanjaya Berita Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).

Sejak melaksanakan liputan dalam Sukan Olimpik Los Angeles pada tahun 1984, Encik Gao Dianmin telah menyertai liputan dalam enam Sukan Olimpik sehingga Sukan Olimpik Athens pada tahun 2004. Kini, Encik Gao Dianmin merupakan salah seorang wartawan sukan veteran di China. Semasa Sukan Olimpik Los Angeles 1984, Encik Gao Dianmin berumur 30 tahun. Beliau ditugaskan unutk melaporkan pertandingan acara menembak. Atlet Pasukan Menembak China Xu Haifeng meraih pingat emas pertama pasukan China dalam Sukan Olimpik. Encik Gao Dianmin melaporkan berita yang bertajuk "China Raih Pingat Emas Pertama dalam Sukan Olimpik" dengan segera dan tepat. Sehubungan dengan itu, beliau menjadi salah seorang wartawan sukan yang terkenal di China. Sehingga kini, semasa mengenang kembali peristiwa tersebut, Encik Gao Dianmin berasa amat terharu dan bertuah. Beliau berkata: "Sebagai seorang wartawan Agensi Berita Xinhua China, saya beruntung dapat menyertai liputan Sukan Olimpik Los Angeles 1984. Saya ditugaskan untuk melaporkan acara pertandingan menembak. Saya beruntung kerana dapat menyaksikan atlet China Xu Haifeng memecah rekod kekosongan pingat emas yang diraih oleh pasukan China dalam Sukan Olimpik."

Encik Gao Dianmin memberitahu wartawan bahawa pada masa itu, tiada komputer mudah alih atau "note book". Selepas beliau mengetahui Xu Haifeng meraih pingat emas, beliau segera menelefon ibu pejabat dan melaporkan berita itu. Selepas itu, Agensi Berita Xinhua tersebut turut segera menyiarkan berita itu dalam bahasa Inggeris kepada seluruh dunia.

China memulihkan kerusi yang sah dalam Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa pada tahun 1979. Selepas itu, China aktif membuat persiapan bagi penyertaan dalam Sukan Olimpik. Dalam Sukan Olimpik Los Angeles, China buat pertama kalinya menghantar pasukan untuk menyertai temasya sukan itu selepas pemulihan kerusi tersebut. Disebabkan oleh Sukan Olimpik 1984 diadakan di A.S., maka temasya sukan itu telah menyediakan peluang bagi kedua-dua negara China dan A.S. untuk mendorong pertukaran maklumat dan meningkatkan persahabatan. Encik Gao Dianmin berkata: "Disebabkan oleh China dan A.S. baru meningkatkan pertukaran maklumat pada masa itu, manakala rakyat kedua-dua negara kekurangan persefahaman, maka Sukan Olimpik memainkan peranan yang baik untuk mendorong persahabatan dan persefahaman kedua-dua negara. Pasukan China telah mendapat perhatian meluas di Los Angeles. Saya teringat akan kontinjen China telah mendapat tepukan yang gemuruh dalam upacara perasmian Sukan Olimpik itu."

Selepas itu, kehebatan pasukan China telah meningkat dan mereka telah mencapai kejayaan yang cemerlang dalam beberapa Sukan Olimpik yang berikutnya. Sehubungan dengan itu, rakyat China mengeluarkan hasrat untuk menganjurkan Sukan Olimpik di Beijing. Walaupun China gagal mendapat hak penganjuran pada tahun 1993, akan tetapi rakyat China tidak berputus asa. Melalui persiapan yang rapi, Beijing secara rasmi mengeluarkan permohonan tentang penganjuran Sukan Olimpik 2008. Bekas Pengerusi Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa Encik Juan Antonio Samaranch mengumumkan bahawa Beijing mendapat hak penganjuran Sukan Olimpik 2008 dalam Sidang ke-112 IOC yang diadakan di Moskow pada 13 Julai tahun 2001. Encik Gao Dianmin turut menyertai usaha permohonan penganjuran Sukan Olimpik 2008 di Rusia pada masa itu. Mengenang kembali keadaan pada masa itu, beliau berkata: "Semasa Beijing membuat permohonan kali kedua, saya, atas undangan kerajaan Beijing dan bersama-sama dengan mereka pergi ke Moskow untuk menyertai usaha permohonan itu. Selepas Encik Samaranch mengumumkan hasil permohonan tersebut, saya berasa amat terharu dan ramai wartawan media Barat mengucapkan tahniah kepada saya."

Dalam laporan penilaian terharap lima bandar yang membuat permohonan penganjuran Sukan Olimpik 2008 yang dikemukakan oleh Pesuruhjaya Jawawatankuasa Olimpik Antarabangsa dinyatakan bahawa Sukan Olimpik 2008 akan meninggalkan warisan yang julung-julungnya kepada China dan arena sukan seluruh dunia. Sehubungan dengan itu, Encik Gao Dianmin menyatakan bahawa: "Beijing berjaya mendapat hak penganjuran Sukan Olimpik. Ini merupakan pertama kalinya temasya sukan itu diadakan di China dan salah satu peristiwa yang penting di China. Sejak China menyertai Sukan Olimpik pada tahun 1984, seiring dengan peningkatan kehebatan pasukan China, peningkatan kemampuan negara China dan kepopularan acara sukan di China, penganjuran Sukan Olimpik merupakan hasrat rakyat China."

Semasa memperkatakan tentang Sukan Olimpik Beijing 2008, Encik Gao Dianmin berharap agar dapat berusaha bersama-sama dengan rakan sejawatannya untuk melaksanakan liputan yang baik bagi temasya sukan itu. Beliau berkata: "Saya berpendapat bahawa liputan tentang Sukan Olimpik bukan sahaja melalui kejayaan yang tercapai dalam bidang politik, ekonomi dan kebudayaan China, tetapi juga harus memaparkan tahap perkembangan sukan China. Selain itu, kami bertanggungjawab menunjukkan keadaan atlet pelbagai negara di dunia yang menyertai temasya sukan itu dan melaporkan kehidupan mereka di Beijing serta kejayaan yang dicapai oleh mereka dalam Sukan Olimpik Beijing."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |