24 hb Ogos, 2007
Universiti Malaya VS Universiti Pengajian Bahasa-Bahasa Asing Beijing
Program hari ini ialah lawatan ke Universiti Malaya! Memandangkan saya telah belajar di Universiti Malaya (UM) selama 2 bulan, hendaklah saya meluahkan segala perasaan mengenai kehidupan di sini serta membuat nisbah dengan universiti ibunda saya iaitu Universiti Pengajian Bahasa-Bahasa Asing Beijing (BFSU).
Nisbah ini bermula dari segi pakaian:
Sikap terhadap pakaian di masyarakat China telah terbuka. Khususnya pada musim panas, Nahu kian tinggi, pakaian kian pendek. Dalam kampus BFSU, tidak hairanlah dijumpai baju tanpa lengan, mini skirt yang telah dianggap sebagai pakaian biasa dalam kehidupan harian.
Manakala, sudah diketahui umumnya, masyarakat Melayu beragama Islam. Oleh itu, pembatasan bagi pakaian amat tegas, khususnya terhadap golongan perempuan. Perempuan Melayu memakai baju kurung atau baju kebaya serta bertudung setiap hari. Saya difahamkan mempakai tudung ada 2 jenis kelebihan. Bertudung boleh melindungi kulit muka dan rambut daripada bahaya sinar matahari iaitu digunakan sebagai topi. Selain itu, jarang saya tengok perempuan bergesa-gesa walaupun kehujanan kerana lupa membawa payung disebabkan tudung boleh memhalang air hujan daripada kepalanya. Namun, tudung mengurangkan keistimewaan perempuan Melayu. Sukarlah bagi saya untuk mengingatkan seseorang perempuan kalau hanya melalui muka yang hampir sama. Di sebelah itu, pengehadan juga wujud bagi orang yang bukan Islam. Jangankan baju tanpa lengan, mini skirt tentunya dilarang bahkan kemaja-T, seluar pendek, jean pun dianggap sebagai pakaian yang kurang sopan. Kami terpaksa mematuhi permintaan tersebut sebagai hormat bagi masyarakat Melayu. Lama-kelamaan, saya telah biasa memakai pakaian panjang walaupun cuaca sangat panas. Mungkin setelah menyelesaikan pembelajaran sini balik ke kampus universiti ibunda saya, akan saya berasa terkejut kalau tengok pelajar-pelajar sana memakai terlalu 'seksi'.
Makanan:
Boleh dikatakan hidup di BFSU adalah hidup untuk makan. Lauk-pauk bermacam-macam. Saya terlalu rindu Gong Bao Ji Ding, mee tarik, hotpot…Amboi sedapnya, tak boleh tulis lagi. Makanan ringan pun senang didapatkan dalam kedai runcit dalam kampus kami.
Tetapi, tengok menu yang 'panjang' di kantin kolej sini. Makanan utama ada nasi, mee, bihun, kuey teow, roti, burger. Malah cara memasak terhadap makanan utama tersebut hampir sama iaitu goreng biasa, dengan hailam, dengan telur, dengan kari, dengan soto atau sup. Sebenarnya, sesudah hidup hampir 2 bulan di sini, saya telah berasa amat bosan bagi makanan sini dan saya tidak begitu suka makanan sini kerana terlalu pedas dan juah bezanya sesungguhpun dibandingkan dengan makanan Cina sini. Kalau ditanya apa makanan yang paling saya suka, soalan ini memang sukar dijawab disebabkan saya menanggap bahawa di sini hanya makan untuk hidup. Namun syukurlah, sini masih kaya dengan minuman terutamanya minuman buah-buahan seumpamanya jus epal, jus pelingping, jus tebu, susu soya, horlick(sejenis minum semacam teh susu), teh tarik dan sebagainya.
Selain itu, saya amat tertarik oleh cara memakan orang di ini. Cara memakan lazimnya terbahagi kepada 2 jenis, iaitu memakan guna sudu serta garbu dan memakan guna tangan. Saya sendiri pun pernah cuba memakan guna tangan. Seronoknya kerana sangat senang khususnya apabila makan daging. Tapi saya masih belum mahir cara tersebut jadi nampaknya tidak cantiklah bukan selagi orang Melayu dan kuku saya pun diwarnakan. wuwu~
Penginapan:
Kami semua sekarang duduk di kolej ke-11 iaitu daerah penginapan bagi pelajar antarabangsa. Kemudahan di kolej ini amat lengkap. Yang luar biasa, saya menjumpai kertas yang ditulis dengan 'kiblat' dan satu penunjuk arah tertentu yang dilekatkan di lelangit di setiap bilik dan juga koridor. Difahamkan itu adalah tanda untuk menuju arah kiblat iaitu arah Muslim bersembahyang. Azan juga dapat terdengar 5 kali setiap hari yang menyerdakan umat Islam tibalah masa untuk bersembahyang. Di sebelah itu, air mandi di sini hanya dibekalkan dengan air sejuk. Sejak kecil lagi, kami telah biasa menggunakan air panas untuk mandi, malah di sini kami terpaksa menerima kebenaran ini. Mesin air panas untuk minum disediakan di setiap tinggap banguan asrama di sini. Setiap kolej mempunyai kantin, taman, sudut bacaan dan dewan sendiri. Lagi, bertuah, kami tinggal dekat pusat sukan. Berenang, bermain bola tampar, bola keranjang telah menjadi sebahagian besar dalam kehidupan kami.
Tiada banyak pembatasan terhadap kehidupan di sini. Pada malam, tidak ada masa had untuk memasukkan kolej juga menggunakan elektrik. Tidak ada sesiapa pun datang memeriksakan kebersihan bilik masing-masing. HAHA! Semua bebas!
Pengankutan Awam:
Universiti Malaya sememangnya mempunyai kampus yang sungguh besar. Akademi juga sangat jauh dari kolej kami. Lantaran itu, pengangkutan awam telah menjadi masalah utama dihadapi oleh kami. Kebanyakan pelajar tempatan menggunakan kenderaan mereka sendiri seperti kereta, motosikal atau basikal. Bagi kami, terdapat 3 jenis cara berpusing-pusing dalam kampus ini. Yang pertama, kami berjalan kaki mengikut perjalanan yang kami dapat menikmati perpandangan yang indah. Betapa damainya hati saya melihat sungai mengalir lesu, melihat pohon-pohon menghijau, melihat pelbagai haiwan comel bersiar-siar. Tubuh badan saya juga dapat diperkuatkan melalui perjalanan selama 50 minit kalau dibangdingkan dengan universiti ibunda saya yang hanya perlu 15 minit cukup untuk mengembara seluruh kampus. Yang kedua, kami juga boleh guna bas sekolah. Tetapi perlu prabayarlah kad perkhidmatan tersebut sebanyak 30RM yang boleh digunakan 60 kali. Kadangkala, kami terpaksa tunggu lama lebih kurang 40 minit. Lagi lamanya pada hari Jumaat. Yang ketiga, guna teksilah namun hanya dalam keadaan kecemasan (seperti menyerahkan tugas…) dan bayaran sebanyak 5 ringgit kalau pergi balik.
Pembelajaran:
Apabila memperkatakan pembelajaran sini, saya amat dimanfaatkan daripada sistem pendidikan sini. Kalau meninjau balik, pembelajaran dalam 2 tahun yang lalu, sesungguhnya saya hanya menghabiskan baca 5 buku iaitu buku teks mengenai bahasa Melayu. Semua ilmu dipelajari dari buku tersebut dan setiap pelajar senang mengdapat buku-buku tersebut dari pihak berkenaan. Tapi di sini, senarai buku rujukan utama yang lebih kurang 4 buah buku dalam setiap mata pelajaran akan diberikan kepada setiap pelajar. Lalu, kami sendiri perlu mencari buku terbabit dari perpustakaan. Selain itu, setiap mata pelajaran perlu membuat satu tugas di mana nisbahnya sebanyak 40 peratus. Ekoran itu, masih ada banyak buku berkenaan dengan tajuk tugas masing-masing patut dibaca. Dalam lautan buku, saya perlu menapiskan maklumat yang berguna dan berfikir banyak sendiri. Dengan usaha-usaha belajar di sini, saya bukan sekadar belajar bahasa dan budaya Melayu, tetapi juga telah mengubahkan cara belajar iaitu membaca luasnya dulu dan mendapat fikiran baharu lalu.
Di samping itu, cara mengajar di sini juga amat berkesan. Ambil satu mata pelajaran sebagai contoh. Dalam satu minggu, ada 2 jam menyampaikan ilmu serba baru yakni kuliah. Lagi ada 2 jam yang dipanggil 'tutorial' yang digunakan untuk berbincang dengan tutor dan pelajar sekelas terhadap bahagian yang baru belajar tapi kurang faham maksudnya. Cara ini saya amat sukai kerana dapat diperkukuhkan pengetahuan yang baru belajar hingga mahir menguasainya dan masalah pun terpaksa diselesaikan dengan cepat malah bukan dikumpulkan tanya sebelum peperiksaan.
Memang nikmati kehidupan di UM, Malaysia.
|