v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Catatan Harian 24 Ogos - He Rongzong (Hashim)
2007-08-27 09:43:44 CRI

24 hb. Ogos, 2007

He Rong Zong (Hashim)

Semalam kami telah membuat lawatan ke bandar Putrajaya, hari ini kami akan melawat Universiti Malaya (UM) yang terletak di Kuala Lumpur.

Universiti Malaya merupakan salah satu universiti yang tekenal di Malaysia telah mempunyai sejarah amat panjang. Sejarahnya telah melebihi 100 tahun.

Sekarang saya sedang belajar di UM, saya sentiasa tertarik oleh pandang yang cantik lagi istimewa di UM. Dalam UM terdapat banyak taman mini, pelbagai bunga yang berwarna-warni dan juga bangunan yang unik. Semuanya memang kelihatan macam satu lukisan yang sungguh indah dan menarik hati. Ada banyak hal yang istimewa yang tidak pernah kami tengok di Beijing. Contohnya, di tempat kami berkuliah, iaitu Akademi Pengajian Melayu (APM) terdapat banyak monyet liar, tetapi meraka sudah biasa dengan pelajar-pelajar di sini. Monyet itu pernah masuk ke dalam kantin APM untuk minta makanan, semua mereka comel sangat.

Selepas bus kami masuk ke dalam UM, destinasi pertama kami ialah APM. Kami telah jumpa dengan Pengarah dan pensyarah-pensyarah yang lain di dewan APM. Kelas tahun 1 telah memperkenalkan diri sendiri kepada pihak APM kerana akan ada kemungkinan besar mereka akan datang ke UM dan belajar di APM.

Selepas makan di Kolej Kediaman Ke-8, kami terus melawat Muzium Asia UM yang akan mengadakan dua pameran tentang lukisan dan menjaga alam sekitar, perpustakaan yang besar lagi sempurna dan Rimba Ilmu. Walaupun saya pernah melawat tempat-tempat itu, tapi lawatan hari ini telah meninggalkan kesan yang baru kepada saya.

Malam tadi kami juga makan di Kolej Kediaman Ke-8. Kami juga ada persembahan, bagi saya ialah tarian Joget. Malulah sikit kerana semua penari hanya belajar tarian ini satu malam sahaja. Oleh itu, terdapat banyak kesalahan apabila kami menari, tapi syukurlah bahawa kami boleh sampaikan persembahan ini dengan lengkap dan berjaya. Selepas makan malam dan semua persembahan sudah habis, tetapi pelajar-pelajar seperti Redshank sudi tunjuk dan ajar tarian-tarian tradisional Melayu yang lain seperti Zapin dan Tarian Poco-poco. Sebab saya memang berminat dalam tarian, oleh itu, saya ikut serta dengan mereka walaupun saya tidak tahu bagaimana menari. Tetapi dengan bantuan mereka, saya dapatlah menari tarian Poco-poco yang penuh dengan suasana yang sungguh meriah itu. Pelajar-pelajar itu juga berjanji akan mengajar kami kalau ada waktu lapang, memanglah baik dan murah hati mereka.

Besok kami akan pergi ke Akademi Seni Warisan Kebangsaan (ASWARA), kami juga akan belajar tarian tradisional Melayu di sana, sungguh baik bahawa saya boleh belajar tarian sekali lagi. Semoga kami semua boleh belajar lebih banyak dalam kesenian dan kebudayaan Melayu. Ini ialah bantuan dan panduan yang besar bagi pelajaran Bahasa Melayu kami.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |