v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Catatan Harian 25 Ogos - Wang Di
2007-08-28 20:21:27 CRI

25 hb Ogos, 2007

Rahsia di Sebalik Kelir

Sudah banyak kali terdengar nama "Wayang Kulit" ini daripada pensyarah saya. Difahamkan Wayang Kulit merupakan satu teater tertua di Asia Tenggara. Saya pun pernah menonton wayang kulit dari video dan tertarik oleh bayang dikemukakan di atas kelir itu. Tetapi saya lagi ingin tahu rahsia di sebalik kelir itu. Ada juga satu peribahasa China: "Dengar orang lain cakap beribu-ribu kali tidak dapat dibandingkan dengan pergi lihat sendiri sekali sahaja". Jadi, boleh dikatakan menikmati wayang kulit secara hidup telah menjadi mimpi saya sebelum saya datang ke negara Malaysia belajar. Hari ini, mimpi saya ini akhirnya dapat direalitikan dalam lawatan ke Akademi Seni Warisan Kebangsaan (ASWARA). Sebaik sahaja wayang kulit bermula, saya terus berjalan ke dunia sebalik kelir itu. Saya melihat sekumpulan pekerja menjalankan kerja masing-masing secara teratur. Sebenarnya, bayang-bayang itu daripada patung-patung kulit yang terdiri daripada pelbagai watak dikawalkan oleh seorang dalang diiringi oleh satu kumpulan muzik. Alat-alat muzik terdiri dari sebatang serunai, sepasang gedombak, sepasang geduk, sepasang gong, sepasang kesi, sebiji mong dan canang.

Setelah wayang kulit itu tamat, saya tidak dapat menahan kesabaran saya untuk cakap sepatah dua kata dengan dalang itu. Barulah saya tahu wayang kulit yang tadi disembahkan itu tergolong kepada Wayang Kelantan yang dahulunya dikenali sebagai Wayang Kulit Siam kerana pemerintahan Melayu Kelantan yang berasal dari Patani di negeri Siam. Walaubagaimana pun ia dipercayai berasal dari Kemboja tetapi dibawa masuk ke Kelantan melalui Patani.Wayang ini tersebar dengan meluas di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Dan dia memberitahu saya bahawa bahasa pengantar dalam wayang kulit tadi ialah loghat Melayu Kelantan dan wayang kulit sekarang ini boleh disampaikan melalui pelbagai bahasa. Moga-moga saya dapat menggunakan bahasa Mandarin untuk mementaskan wayang kulit dalam suatu hari nanti.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |